Siapa Saya

            Normasheeda Binti Salleh. Itu nama yang saya  miliki sejak saya lahir. Menurut kata arwah ibu salah seorang sepupuku yang tua lebih 20 tahun berbanding dengan diri saya dengan sukarela menawarkan khidmatnya untuk menamakan diri saya. Menurut kata arwah ibu juga pada saat saya  dilahirkan sepupu yang saya gelar Kak Aro itu telah menyerahkan senarai yang panjang untuk ibu dan bapaku pilih. Akhirnya mungkin setelah mendapat persetujuan pelbagai pihak saya pun di beri nama Normasheeda  Binti Salleh. 
Nama yang boleh saya banggakan kerana setakat ini tidak pernah lagi saya jumpa orang yang berkongsi nama dengan saya. Bangga lah sikit
Dan kerana nama itu jugalah saya dikenali. Bukan terkenal sepertimana artis-artis antarabangsa, namun  bak kata orang asal sebut je nama Normasheeda Salleh, pastinya orang akan membayangkan saya. Bagaimana bentuk fizikal yang saya miliki dan segala-galanya tentang saya. Tapi sedihnya semua itu hanya apabila orang mengenaliku, kalau orang yang tidak mengenaliku sudah pastilah tak dapat membayangkan bagaimana diriku. Hehehe…

            Saya merupakan anak keempat kepada pasangan Salleh Bin Hj Bujang dan Sapiah Binti Sait. Dilahirkan pada 23 Disember 1987 saya tetap bangga kerana setiap kali saya menyertai mana-mana kumpulan yang sebaya denganku pasti saya lah yang paling bongsu.Hehehe.
Kalau bayi lain pastilah dilahirkan di hospital-hospital berdekatan. Atau untuk sesiapa yang lebih bernasib baik,pasti mereka dilahirkan dalam keadaan yang paling selesa. Berbanding dengan diri saya , saya dilahirkan saat jam di dinding menunjukkan jam sebelas lima belas minit malam. Ini saya ceritakan menurut cerita arwah ibu sewaktu saya bertanyakan detik saya dilahirkan. Saat itu bapa saya yang bekerja sebagai petani tiada dirumah kerana sudah menjadi kebiasaan yakni apabila mereka memasarkan hasil tani mereka maka mereka akan bermalam di pasar.    

Saya mempunyai enam orang adik beradik, Abang, Kakak, abang, saya sendiri, adik pompuan n kemudian adik bongsu saya..

Masa kecik2 saya sekolah dekat Tadika Bina.. Best sangat2 sekolah masa dulu. macam2 kenangan masa tu,...hehehe
antara pengalaman yang saya tak lupa adalah kenangan mencuri anak patung.. saya tak curi cuma bantu si kembar mencuri..hehehehe

Pastu saya sekolah kat SK Serpan.. Ni lagi lah banyak sangat kenangan yang kami create bersama..banyak sangat2..hehehe

Then saya sambung Kat SMK Asajaya. Sampai Form 5.. tu pun banyak cita best..hehehe

2006 saya sambung form 6 kat SMK Asajaya.. Bangga lah dapat masuk F6..bukan apa sebab parents tak mampu nak lanjut pelajaran kat University.. Saya belajar bersungguh2..sebab hasrat hati masih nak masuk University. Alhamdulillah, saya dapat tawaran P UPSI.. pabila esok nak p bayar yuran petangnya pulak dapat tawaran P maktab perguruan. Susah sangat nak decide masa tu.. Last2 saya ikut kata parents.. Kami orang susah.. Jadi lebih baik ambik tempat dekat. Kemudian belanja bulan2 takyah nak bingung.. Elaun ada..hehehe
walaupun sedih sebab saya memang nak sangat masuk University, tapi saya tetap akur dengan permintaan parents saya..hehehe

Sekarang saya sangat bersyukur sebab dapat masuk sini. Jumpa kawan2 yang best giler.. Tq sebab bantu create pengalaman yang saya akan ingat sampai mati. 

Saya adalah seorang bakal guru. Saya jadi guru bukan sahaja kerana impian parents saya. tapi juga kerana saya ingin jadi pendidik...




Mengapa saya memilih profesion perguruan sebagai kerjaya saya pada masa akan datang? Persoalan itu sebenarnya tidak pernah terlintas difikiran saya. Kerana sepertimana tiada alasan untuk mencinta begitu juga yang saya rasa sebelum ini. Namun tidak dapat tidak, setiap individu pasti punya alasan sendiri. Saya mempunyai beberapa alasan untuk soalan ini.

Saya seorang yang suka pada kanak-kanak. Semua maklum bahawa dengan memasuki profesion perguruan secara tidak lansung, kanak-kanak adalah insan yang bakal saya jumpa suatu hari nanti. Berdepan dengan kanak-kanak suatu hari nanti merupakan satu cabaran yang berbeza untuk saya pada masa depan. Menurut pemerhatian, kanak-kanak disekolah tidak sama perwatakkan mereka semasa berada dirumah. Itu yang saya mahukan. Cabaran pada masa depan.

Melentur buluh biarlah dari rebung. Umum selalu menyatakan bahawa setiap pelajaran kanak-kanak itu bermula disekolah. Meskipun ibu bapa kanak-kanak merupakan seorang guru, namun mereka cenderung untuk tidak belajar dengan ibu bapa mereka. Nah nyata disini peranan guru sangat tinggi peranannya. Memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak, itu sudah semestinya tanggungjawab yang akan saya pikul. Namun saya rela. Walau pada tahap umur apa sekalipun, saya akan berusaha menggalas tanggungjawab ini sebaiknya.

Kerjaya guru nyata menjadi pilihan utama saya ekoran kerjayanya yang mulia. Sepertimana kata pujangga “ jika hari ini seorang uru mendapat bunga, itu tanda tugas guru mengharumkan dunia, jika hari ini seorang guru dapat sebatang Pen, itu tanda guru bijak melakar kata, Hati ini seorang guru dapat pemadam, tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta, hari ini guru dapat mesej. Itu tanda guru sentiasa di minda”. Itu sebab mengapa kerjaya ini menjadi pilihan. Bukan kerana apa2 saya yakin mendidik itu kerjaya yang mulia. Saya tidak mampu mensedekahkan wang berjuta, namun dengan ilmu yang saya ada, itu mampu menjadikan pelajar-pelajar saya insan yang berguna.

Ini jalan yang saya pilih. Menjadi seorang insan bergelar guru. Sebenarnya saya punya 2 pilihan untuk menjadi guru. Sekolah menengah atau sekolah rendah. Saya tetapkan hati saya memilih ke IPG kerana parents saya. Nak dijadikan cerita kami bukan dari golongan yang senang. Masa itu arwah Mak pun sering tak sihat. Kalaulah saya memilih untuk ke UPSI, pastinya tiket penerbangan menjadi salah satu perkara atau masalah yang sering menjadi beban minda saya. Saya tetap bersyukur kerana memilih untuk masuk ke IPG kerana saya yakin memang sudah tertulis untuk saya ke sana.. Apa2 pun saya bangga menjadi guru…hehehhe