Thursday, April 30, 2015

:: Motivasi diri :: jadilah wanita bahagia :: Part 1

Assalamualaikum...

blog kesayangan hamba...

hari ini saya berminat untuk kongsikan sesuatu yang kadangkala sebagai wanita kita terlepas pandang akan perkara ini. 

Hari ini kita mendengar pelbagai isu berkaitan rumahtangga. 

yang bahagia. alhamdulillah.

yang kurang, didoakan menemui redha ilahi. 

ok back to the topik...

dalam rumahtangga. suami dan isteri punya tangungjawab yang hampir sama. cuma lelaki ofkos punya lebih berat dan banyak. tahu kenapa? kerana sah2 dosa isteri pun akan ditangung oleh suami. 

memilih suami samalah ertinya kita sendiri harus menyediakan diri menjadi isteri yang baik untuk seseorang yakni bakal suami kita nanti. 

saya petik petikan ini dari blog 

http://apeciter.com/2015/04/09/pesan-rasulullahjangan-kahwini-6-jenis-wanita-ini/ 

boleh g link kat atas tu untuk info yang lebih menarik. ^__^

jom baca :


wanita-solehah.jpg
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah.
1.Wanita Ananah :
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
::::::   hari ini tanpa sedar,kita sebagai wanita banyak terlepas pandang akan perkara ini. nampak ringan. nampak kesedaran ada di situ. namun sejauh mana kita berusaha untuk mengelak. menghindari daripada terjebak. Ya Allah janganlah kau jadikan aku wanita yang Ananah. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmatMu. 
2.Wanita Mananah :
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
Yup hari ini perkara ini paling banyak berlaku. kerana banyank wanita yang pelajarannya lebih tinggi berbanding suami. tak semua. tapi kebanyakkan. Ya Allah janganlah kau jadikan aku wanita yang Mananah. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmatMu. 

3.Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
marilah kita elakkan perkara ini berlaku ke atas kita. sudah ada yang dihadapan mata. tetapi menginginkan yang lain pula. Ya Allah janganlah kau jadikan aku wanita yang Hananah. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmatMu. 
4.Wanita Hadaqah :
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.