Thursday, October 17, 2013

:: Wanita Pinang Lelaki ::

"sudi tak jadi suami saya" 

urm..
bunyi agak pelik.. tapi saya kira itu isu yang sering diperkatakan hari ini.. 
dan tidak mustahil ada yang menyatakan itu satu ungkapan yang memalukan..
tidak pernah dilakukan oleh nenek mOyang.. 
Mentaliti masyarakat kini menganggap wanita yang melamar lelaki dianggap suatu perkara yang agak memalukan. Namun hakikatnya ia bukanlah perkara yang kurang baik seperti yang perkatakan, tetapi ia tidak menjadi satu masalah selagi tidak melanggar syariat Islam.
Pujangga menyatakan "cinta takkan ada kalau kita tak memberi, dan cinta juga takkan ada kalau kita tak menerima"  

hari ini bila masyarakat mempersoalakan Perempuan meminang lelaki, samalah maksudnya dengan isu perigi mecari timba..
konOnnya sekiranya berlaku, jatuhlah martabat seorang wanita..  
namun kita mungkin tidak sedar, Ini bukan satu fenomena baru.. 
pada Zaman Rasulullah sebenarnya perkara ini sudah terjadi.. 

dan baginda melalui kedua-dua situasi..

1. Dipinang oleh isteri kesayangannya baginda.. Siti Khadijah

Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit ‘malu’ terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu
2. Baginda meminang Siti Aisyah..
perkara ini berlaku 2 dalam satu.. pihak perempuan meminang pihak lelaki dan pihak lelaki meminang pihak perempuan.Umar pernah melamar Usman untuk anaknya Siti Aisyah, namun Usman dengan rendah hati menolak pinangan. Tanpa kenal putus asa, Umar melamar Abu bakar. kerana dia mahu anaknya berama dengan orang yang baik2.. Abu Bakar juga menolaknya..dan tiba2 bilamana mendengarkan cerita tersebut, seorang lelaki Super tahu akan hal ini. Tanpa buang masa, Baginda meminang gadis itu untuk dirinya sendiri.. dan lelaki super itu adalah Rasulullah ^_^

JAdi siapa bilang wanita meminang lelaki itu satu perkara yang salah? 
mungkin agak janggal gayanya, tapi perkara ini bukan satu kesalahan.. 
"bukan satu kesalahan sehingga bOleh menjejaskan aQidah" Ustaz Salehudin Bin Hj Sabar (2010)
Melayukini.net - dalam mencari pasangan perlulah kita sentiasa berusaha. Biarlah tanggapan orang sama ada Perigi Mencari Timba mahupun Timba Mencari Perigi. Yang paling penting soal usaha dalam mencari jodoh. Andai diri kita rupawan, jangan jadikan ia sebagai modal dengan sekadar menunggu di tepian. Berenanglah ke tengah selagi mana kita mampu. Namun andai kita tidak rupawan, usahlah menganggap diri kekurangan. Namun bentuklah suatu modal iaitu jati diri agar diri kita mudah disenangi. Tidak semua orang memandang kepada rupawan, oleh itu sematkan dalam diri, tanamkan dalam diri, soal jodoh perlu kita usaha tanpa bertepuk dahi.

Carilah cinta itu selagi boleh mencari.. 
dan ingat dalam mencari jOdoh, pertimbangkan 4 perkara utama.. 
Agamanya, Rupa, Harta dan keturunan
InsyaAllah.. semOga berOleh restu ilahi dan sentiasa dibawah reDhanya.. 
Aminnn..