Friday, March 29, 2013

:: First Posting ::

bismillahirranhmanirrahim.. 

alhamdulillah saya sudah pun mendaftar ke sekolah yang telah ditakdirkan untuk saya.
walaupun sekadar status intrim (program baru lepasan guru) namun penantian itu satu perkara yang kadangkala akan membahagiakan kita. dalam situasi saya, YA saya GEMBIRA. sebab apa, sebab saya tidak lagi menyandang status penganggur. 
then ini aalah rezeki yang telah Allah suratkan untuk saya 

:: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUAN (SKSD) ::

sebuah sekolah pedalaman yang berada di pinggir bahagian Mukah. sarawak. 
so secara tidak langsung saya adalah Pendidik Bumi Kenyalang!! >_<

teruja, gembira, sedih, semua perasaan bercampur baur. 

so jom, mari lihat sekolah dia macammana. 

Tadaa... bak kata Guru besar

"Istana dalam hutan!"






opkos my dad my hero!! hehehe






datang ke soklah no jangan nak guna kreta lowed! sebab jalan dia "cantekkkkk" 


hehehe so 
doakan saya baik2 aja..
adik2.. jangan takut dengar nama sekolah ni..

sekolah ni cantek!
in sha Allah orang2nya pun baik!!




Wednesday, March 6, 2013

:: Allah the BEST Planner ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.. 

Dear Allah, 
Sometimes it's hard for me to understand what you really want to happen. 
But i trust You!
I know You'll give me the best ^_^

memang.. kadang2 saya rasa berdosa menyalahkan takdir.. 
tampil dengan persoalan yang tidak sepatutnya.. 

kenapa jadi macam ni?
kenapa tak begitu?

namun apabila kembali kepada Fitah, 
i believe Allah, I know Allah will give me the best ^_^ " 

terlalu banyak perkara berlaki dalam masa kurang dari 3 hari. 

Al Fatihah untuk Arwah Abang :: Azean Bin Salleh yang telah kembali kerahmatullah pada 3.3.2013
pada usia 35 tahun, beliau meninggalkan seorang balu bersama 3 anak yang masih kecil. Malah anak bongsu baru berusia 5 hari. 
Malam tu saya memang tak bleh nak tido. Main ngan puteh, masuk keluar bilik. 
then trima call dari abang yang kat Johor. Masa tu jam 1.30 kalo tak silap

"aku da brita x bagus"
saya diam... 
" bang bet dah sikda. Tapi aku sik tau bena ka sik. Wandy madah nya heart attack masa di Kem. Rebah then terus pergi"
" hurm, bena ka? boh main2."
"try kol ezah (isteri arwah)" 
"ok2"

masa tu saya berdoa dalam hati crita tadi adalah rekaan semata2. 
bila kol kak ezah, dia cakap abang kat kem. saya dah tak senang hati. saya yakin kak ezah belum tahu ni. mungkin orang tak sampai hati n tak tahu macammana nak bagitahu pada isteri yang baru melahirkan anak ketiga 5 hari yang lepas. 
kami "Hold" kak ezah. saya try cont abang saya balik 

"tanya betul2 ngan Wandy. Benda cantok ni bleh buat main"
" Sabar. Redha. Macammana kita redha mak pergi, macam ya kita perlu redhakan Abang pergi. Dot, cayalah. bang bet dah sikda. Aku dah tanya betul2 ngan wandy. Nya di Hospital seremban"

Aku sedih tapi sepertimana aku redha ngan pemergian Arwah Mak, aku redha dengan pemergian Arwah. 
Arwah disemadikan di Gadong, Seremban. 

Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 beriman. 

Kadang2 kan sebenarnya dia pernah bagi hint, tapi kita anggap orang tu bergurau. 

contohnya 
arwah balik tahun lepas 2 kali. selalunya 2 tahun sekali. 
arwah nak sangat balik raya. minta tolong belikan tiket. untuk dia sorang pun tkpa. sebab dia takut tu Raya terakhir.
dia melawat semua ahli keluarga masa balik. selalunya paling malas keluar rumah. 
bila dengar lagu "teman pengganti" :: lagu ni abang bagi kat adik2. Bila abang dah takda, jangan lupa abang k. 
Jom bergamba. Dorang2.. nanti takda peluang nak bergamba lagi. 

banyak perkara yang sebenarnya hint yang dia bagi. Tapi mati itu rahsia Allah. kita takkan dapat menghidu kehadirannya.. 

Innalillahiwainnailaihirajiun

daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. 

Harris, jaga adik2..
Balqis jadi adik dan kakak yang baik
Hairul,walaupun tak sempat trima kasih sayang ayah, doakan ayah selalu.. 



dan dalam kesedihan itu Allah selitkan dua berita gembira. 
Tahniah Hasbini Bin Salleh atas kurinaan seorang Puteri Baru dalam hidupnya. 
4.3.2013

Alhamdulillah, nama sudah tersenarai dalam intrim, dan in Sha Allah saya akan berkhidmat sebagai pendidik bumi kenyalang. ^_^