Saturday, January 5, 2013

:: ..Jodoh, Jodoh, Jodoh.. ::

Bismillahirrahmanirahim.. 

tengok tajuk entry pun dah tau kan nak cakap pasal apa kali ni..saya baru sahaja melawat Blog Sahabat baik saya. Juga ada kaitannya dengan entry Jamilla saya kali ini.. hehehe

..Jodoh, Jodoh, Jodoh.. 

Bilamana soal ini ditimbulkan, itu tidak bermaksud saya "leju" dengan perkataan ini.. hahaha (Leju kau! Sarawakian faham la.Yang tak faham, sila match word dengan ayat yer).  Kadang2 syok jugak asyik jadi perhatian ni. Bukan sebab kecantikan semula jadi dan kelebihan lemak yang ada tapi semua itu disebabkan kawan dok duduk atas pelamin, yang pergi kenduri ni single lagi. Belum punya tanda2 nak bersuami. (Padahal dalam hati:: HADOI!). Sorang panggil " kau bila lagi", yang sorang datang dengan soalan yang sama. Then  saya jawab, " sabar ye, nanti kalo ada saya jemput. Jangan tak datang. bawak hadiah baikkkk punya cilok :p " haha (ada unsur kurang sopan di situ :: untuk menyesuaikan sekalikan dengan gelak.. nampak main2 sikit). cakap ngan vateren kena pandai cover beb! karang ada yang berkenan terus kena riject!

Ok, back to the topik. J to the O to the D to the O balik to the H (JODOH). Walaupun kadang2 jawapan saya "belum jumpa jodoh", "belum jodoh", " awak carilah untuk saya" itu bukan tanda saya desperate sangat nak kawen. Totally NOP! atau dalam bahasa kebangsaan kita TIDAK!! Saya baru dua puluh enam okay!!..(belum Official lagi) so, still dua puluh lima. Ok saya akui dalam umur yang menganjak dewasa in, perempuan mana dalam dunia ni tak nak kahwen. Sedikit senbanyak secubit rasa halal oriental atau halal beijing (merapu!) semua perempuan tetap ada rasa nak kahwin. Itu Sunnah dan rasa cinta dalam diri itu fitrah. Saya nak kahwin, tapi bukan sekarang. Sebab saya masih punya tanggungjawab sosial yang saya kena laksanakan. Saya masih ada Ayah (Tak bermakna bila saya kahwin saya akan abaikan. Absolutely NOT!!). Saya nak jugak rasa duit sendiri. Enjoy dengan duit sendiri. Bagi belanja ngan adik2 n kakak n abang2.. hehehe maklumlah selama ni asyik diaorang ja blanja. 

Lately saya sebenarnya dihantui dengan lebih kerap oleh Pak cik2 dan Mak Cik2 pasal kahwin ni.. hehehe My Dad My Hero cool je.. sebab dia tahu anak dara dia sorang ni masih belum menunjukkan minat yang mendalam pasal kahwin! hehehe. Biasalahkan bila masa cuti sekolah, masa tu lah jugak banyak Masjid yang dibina. Saya Happy untuk mereka. Dan pada masa itu jugalah soalan tentang kahwin ni bermain - main (macam "ambulan" masa kita pening ) di kepala. Siap ada yang nak jodohkan saya dengan anak sedara dia.. "Sorry Mok Aji, hati kmk tok dah ada orang pun" <-- -pengenjen.

Sebenarnya kita semua tahu kan, Jodoh pertemuan Allah tentukan. Sejak kita dalam perut mak lagi Allah dah tentukan bila kita kahwin, bila kita mati. Takkan laju seminggu tak kan lambat dua hari. time2 tu jugak kalau dah masa dia, maka kahwinlah dia. Maka matilah dia.. huhuh So, kita hamba Allah yang percaya pada ketentuan Allah just wait and see. 


Tapi readers (Kalau ada), Sheeda (kalau takda), 


Allah memang dah tentukan siapa jodoh kita dari kecik. Tak semestinya kita harus duduk berpeluk tubuh tunggu orang datang bawak sejambak bunga n sebentuk cincin  dan kata " Will u marry me" <-- Oh Pelizzzz... jangan dok berangan dik oiiii.. Ini bukan zaman Cinderella yang duduk ceruk dapur, tiba2 datang seorang putera bawak kasut.. cuba pakai.. Ngam, terus ambik jadi bini! Haih Magic!! Ini bukan juga zaman Snow White just tunggu dalam keranda. Tido ntah berapa tahun. then datang putera cium, suppp sedar. terus jadi isteri putera. Wei,...ingat dengan ciuman cinta boleh mengalir ke badan kew... hahaha


Ok ini zaman yang perempuan tidak boleh malu. Maksud, perempuan perlu cari cinta itu. Cinta takkan datang kalau tak di undang. macam majlis kahwin la, takkan da orang datang kalau tak di jemput kan? so carilah cinta. Lupakan istilah perigi cari timba. Istilah tu yang LAPUK. Pok Pok Pok Bujang Lapok! Kalau ada yang berkenan di hati. PINANG!! Sekarang nak dapat suami / lelaki baik, susah..Jangan tunggu lama2 nanti lama2 dia diambil orang.. . Mesti akan ada yang terfikir, Haish, buat malu ja! Oh Em Gee !! Dulukan, Siti Khadijah pinang Rasulullah tau, tak nak ke ikut contoh? hehehe.. saya sendiri berani cakap je. Buat belum lagi. 

OK, apa kata saya kongsikan satu gamba buat kita semua.. then baca. kemudian tafsirkan.. Saya ulas, anda yang tiba2 jumpa blog ni, baca.. Orait?!




Point num 1, 2 dan 8 saya dah ulas kat atas.. hehehe

So, we go to number 4 dan last.. Ni lebih kepada hubungan intim before kahwin.. tadi saya tengok cita. Ok la, hujung minggu takda kerja nak buat, tengok crita. Tersungkur Di kaki Cinta.. Mantap tajuk doe.. nak dijadikan cerita lah kan atas sebab wanita terlalu percaya dengan lelaki, terjerumuslah mereka dalam lautan nafsu asmara. berlaku lah zina. Yang bertudung terpedaya, yang tak bertudung pun sama. " I hormat u dan takkan usik u sebelum kita nikah" na.. Kotakan apa dikata..  Benda macam ni kita boleh elak.. Sekarang kita sendiri dapat lihat, budak3 didedahkan dengan teknologi. Nak salahkan siapa? Diaorang tengok Video lucah? kite tau ke? diaorang wab cam pelik2 kita pantau tak? Tak kan? jadi daripada hasil pembacaan, tontonan diaorang punya semangat inkuiri nak tahu tu sangat tinggi. Nak Praktik kunun! supaya malam pertama nanti tak kekok. Dik, biar kekok malam pertama, jangan kekok nanti masuk syurga.. Kita ada hak untuk menjauhi Zina. Sepatutnya jangan jadikan alasan terlanjur itu satu alasan kukuh untuk terus buat dosa. Allah maha menerima taubat. Andai benar kta terbuat, bertaubatlah. Jangan dok makin syok buat lagi. 

Point number 3:: MEMILIH!! : ini peluru selalu orang guna untuk smash wanita2 belum kahwin. :: saya pernah kena::
Sidang sabtu yang dirahmati Allah sekalian, WANITA ADA HAK UNTUK MEMILIH. 
kalau orang lelaki bukan main, nak yang cantik, badan solid macam pasu bunga, nak yang pandai masak, nak yang bertudung, nak yang pandai jaga suami.. So tak salah wanita memilih. Kenapa tidak. Takkan nak yang tepi jalan je buat suami.. Sekurang2nya biarlah lelaki yang jaga solat. Boleh tegur walau sesaat. Biar lelaki yang boleh bimbing ke Jannah. In sha Allah. Tak semestinya Ustaz. Yang bukan Ustaz pun bOleh. Kalau saya sendiri, saya nak suami saya yang jaga solat, tapi kalau boleh saya tak nak Ustaz. Cukup yang sentiasa fikirkan masa depan kami di Syurga macamana. Rupa, biar sedap mata memandang. Sebab teman tidur sepanjang hayat tu. huhuhu. Biar yang rajin berusaha dan ada kerja. Sebab hari ini tiada yang percuma. 

Akhir sekali :: Cinta Lepas Kahwin :: 

Adik2, kakak2 dan abang2..Tak semestinya kita perlu bercinta sebelum kahwin. Tak semestinya perlu jumpa setiap masa. Tak semestinya perlu punya banyak persamaan untuk hidup bersama. Bukankah kita diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain?. Kalau suami anda tak pandai masak, kita perempuan lengkapkanlah. Kalau perempuan tak suka memacing, lelaki pula suka, tak salah kita temankan.. ho w suwiiit kan? Tak perlu banyak persamaan untuk bina persefahaman kerana kadang2 perbezaan itu akan mencipta satu situasi yang lebih menarik dalam rumah tangga. Bercinta lepas kahwin, kita terima banyak SUPRISE!! suka sangat kan suprise? hehehe Itu satu perasaan indah. Banyak perkara pertama d\kita lakukan bersama - sama insan yang halal buat kita. Cukup kita kenal dia sapa. dari keturunan mana . In sha Allah jika hubungan itu semua kerana Allah, anda akan peroleh satu perasaan yang indah2.. 


ok sebelum saya mengundur dir : aahah <-- data-blogger-escaped-dah="dah" data-blogger-escaped-font="font" data-blogger-escaped-macam="macam" data-blogger-escaped-ucapan="ucapan">


"lelaki yang baik, untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya..." 


saya pernah ajukan soalan. Bagaimana Jika lelaki baik jumpa wanita selaiknya dan wanita yang baik jodohnya pula sebaliknya.. tahu ustaz saya jawab apa?


" kalau benar perkara itu terjadi. Yakinlah. Allah sedang menguji kamu. Allah percaya kamu boleh membimbing seseorang itu ke arah yang lebih baik. Mungkin akan ambil masa yang lama. Doa pasangan kamu menerima hidayah dariNya. Syukurlah sebab Allah pilih anda untuk tangungjawab itu. Biar apa orang kata, sebab Allah tak pandang dosa silam hambaNya yang bertaubat, Allah juga tak tafsir seseorang juga melalui masa silamNya, tapi Allah percay setiap hambaNya yang menerima hidayah akan kembali ke pangkal jalan. Setiap hambanya yang bertaubat itu pasti lebih merasai nikamt beribadah dan akan merasai kemanisan iman. In Sha Allah, Cinta sampai ke Jannah.. 


" Percintaan itu Fitrah, Pernikahan itu Sunnah. Jika sudah tertulis takkan awal walau sesaat dan takkan lewat walau Sesaat. Kekurangan pasangan bukan utnuk dikeji, tapi untuk dilengkapi. Bercintalah kerana Allah. kerana kita akan rasa perasaan itu indah " 



 ~Sadaqallahulazim ~






3 comments: