Monday, January 28, 2013

:: Dat Byul ::

Bismillahirrahmanirrahim.. 
entry kali ini adalah entry khas tentang Dat byul saya.. 

beberapa bulan yang lepas, ada rang bagi saya kucing. 
Comel sangat!! Kucing siam.
masa mula2 dia satang, dia datang dengan senyuman. Wajah ceria, lincah dan menghiburkan. Sebenarnya saya dah lama tak bagi komitmen jaga kucing. dulu masa saya kecik2, saya dalam darjah satu, saya ada kucing. Nama dia Gaban Z. 
bila dia mati, saya nangis sampai saya demam dekat 2 minggu. Itu my mum cakap. 
Gaban meninggal depan mata saya. Dia tunggu saya balik sekolah. saya ingat lagi dia seolah2 kehausan masa tu. tak lama lepas saya jumpa dia, dia meninggal. dan sejak itu saya tiada kucing sendiri. 
Cuma menumpang kucing adik. hehehe

dan sejak saya jadi penganggur saya diberi kepercayaan untuk jaga kucing. Macam saya cakap tadi, dia datang dengan wajah yang ceria dan menghiburkan. saya sayang dia. Dia kucing yang baik. Cuma sekarang saya sedih. 

saya sangkakan diatak mampu berjalan sebab dia gemuk. 
Bila saya search kat Encik Google, kuching lain lebih gemuk daripada dia, tapi tetap mampu berjalan. Saya doa dengan Allah, tunjukkan saya cara nak sembuhkan Dat Byul. 
Saya tengok muka dia, saya sedih. Sebab walaupun dia tak cakap dia sedang sakit, tapi saya tahu, Dia sakit. Mata dia membicarakannya. 
Saya jaga makan minum dia. Saya bercakap dengan dia. Saya pesan, lepas ni, tolong baik. sebab saya tak sanggup tengok dia tak bermaya. Dia cuma kerdipkan mata. Perkara yang selalu dia buat kalau saya suruh dia senyum. 
Pagi semalam, macam biasa saya letak dia di luar rumah. Itu rutin. Setiap pagi dia akan buang air besar n main2 kat luar. Lepas jam 11 dia akan masuk n tidur. Bangun dia makan, minum main then tido. Tetapi pagi semalam saya tak nampak dia. Saya nebes. Sebab takut dia hilang. saya cari dia keliling rumah. Luar dan dalam. Atas dan bawah. tak jumpa. Then saya cari dia dalam rumput. Ya dia ada di situ. Terbaring lesu. saya angkat dia, saya nak suruh dia berdiri, dia jatuh. saya nagkat lagi, dia jatuh.. akhirnya air mata saya yang jatuh. saya sangat2 kasihan dengan dia. 

then, malam tadi, Allah makbulkan doa saya. Allah lintaskan fikiran saya dengan perkataan lumpuh. Saya dekati Mr Google lagi, then saya temui kebenaran. 

Dat Byul saya lumpuh. 
dia tak boleh jalan, 
saya takkan tengok dia berlari lagi.
saya takkan tengok dia main bola lagi 
Saya sangat3 sedih..
Saya mungkin takkan faham apa dia rasa, tapi saya tahu perasaan dia. 
Dia kucing, takkan mampu meluah. 
takkan bagitahu saya dia sakit. 
Itulah sebab saya sedih. Dia tak mampu berkata.. 

Baru2 ni, saya hairan kenapa ada najis kucing dekat ruang tamu. 
sebab sebelum ini, kucing2 kat rumah ni berdisiplin.
Berak di tempat yang dikhaskan untuk berak. 
Hari ini saya faham. Najis itu Dat byul yang punya. 
dia dah tak mampu berjalan kat depan tandas untuk pelawasan. Dia tak mampu keluar rumah untuk berak. kemana dia berhenti, di situ dia akan berak. 
Saya cakap dengan ahli keluarga saya, takpa, saya akan lap najis dia Saya akan cuci. 

 Hari ini, saya hanya mampu menyediakan kotak untuk Dat Byul. saya buat pintu supaya dia masih boleh tengok dunia luar..
Dia macam orang lumpuh. Berak tapi tak mampu nak habiskan najis dia. 
Tak apa, Mesti ada hikmah sebalik semua ni. 
Hati saya kata saya mampu jaga dia, tapi air mata saya seolah2 menyatakan sebaliknya. 
Apabila saya tengok dia, hanya air mata saya berbicara. 
Kalau manusia, sekurang2nya dia boleh cakap "sakit" 
tapi kucing tidak. 
Dia diam sambil mengerdipkanmatanya seolah memberitahu saya bahawa dia kuat. Dia masih ammpu tersenyu. 

Ya Allah, sembuhkan dia.

Sorry sebab saya penganggur, takda modal nak bawa dia g jumpa doktor. 
Kat pekan ni takda klinik haiwan. Kalau nak bawa jugak, terpaksa turun Kuching. 
apa yang mampu saya buat, juz urut kaki dia. Dan doa supaya dia sembuh. 



Sadaqallahulazim




No comments: