Thursday, October 17, 2013

:: Wanita Pinang Lelaki ::

"sudi tak jadi suami saya" 

urm..
bunyi agak pelik.. tapi saya kira itu isu yang sering diperkatakan hari ini.. 
dan tidak mustahil ada yang menyatakan itu satu ungkapan yang memalukan..
tidak pernah dilakukan oleh nenek mOyang.. 
Mentaliti masyarakat kini menganggap wanita yang melamar lelaki dianggap suatu perkara yang agak memalukan. Namun hakikatnya ia bukanlah perkara yang kurang baik seperti yang perkatakan, tetapi ia tidak menjadi satu masalah selagi tidak melanggar syariat Islam.
Pujangga menyatakan "cinta takkan ada kalau kita tak memberi, dan cinta juga takkan ada kalau kita tak menerima"  

hari ini bila masyarakat mempersoalakan Perempuan meminang lelaki, samalah maksudnya dengan isu perigi mecari timba..
konOnnya sekiranya berlaku, jatuhlah martabat seorang wanita..  
namun kita mungkin tidak sedar, Ini bukan satu fenomena baru.. 
pada Zaman Rasulullah sebenarnya perkara ini sudah terjadi.. 

dan baginda melalui kedua-dua situasi..

1. Dipinang oleh isteri kesayangannya baginda.. Siti Khadijah

Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit ‘malu’ terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu
2. Baginda meminang Siti Aisyah..
perkara ini berlaku 2 dalam satu.. pihak perempuan meminang pihak lelaki dan pihak lelaki meminang pihak perempuan.Umar pernah melamar Usman untuk anaknya Siti Aisyah, namun Usman dengan rendah hati menolak pinangan. Tanpa kenal putus asa, Umar melamar Abu bakar. kerana dia mahu anaknya berama dengan orang yang baik2.. Abu Bakar juga menolaknya..dan tiba2 bilamana mendengarkan cerita tersebut, seorang lelaki Super tahu akan hal ini. Tanpa buang masa, Baginda meminang gadis itu untuk dirinya sendiri.. dan lelaki super itu adalah Rasulullah ^_^

JAdi siapa bilang wanita meminang lelaki itu satu perkara yang salah? 
mungkin agak janggal gayanya, tapi perkara ini bukan satu kesalahan.. 
"bukan satu kesalahan sehingga bOleh menjejaskan aQidah" Ustaz Salehudin Bin Hj Sabar (2010)
Melayukini.net - dalam mencari pasangan perlulah kita sentiasa berusaha. Biarlah tanggapan orang sama ada Perigi Mencari Timba mahupun Timba Mencari Perigi. Yang paling penting soal usaha dalam mencari jodoh. Andai diri kita rupawan, jangan jadikan ia sebagai modal dengan sekadar menunggu di tepian. Berenanglah ke tengah selagi mana kita mampu. Namun andai kita tidak rupawan, usahlah menganggap diri kekurangan. Namun bentuklah suatu modal iaitu jati diri agar diri kita mudah disenangi. Tidak semua orang memandang kepada rupawan, oleh itu sematkan dalam diri, tanamkan dalam diri, soal jodoh perlu kita usaha tanpa bertepuk dahi.

Carilah cinta itu selagi boleh mencari.. 
dan ingat dalam mencari jOdoh, pertimbangkan 4 perkara utama.. 
Agamanya, Rupa, Harta dan keturunan
InsyaAllah.. semOga berOleh restu ilahi dan sentiasa dibawah reDhanya.. 
Aminnn.. 

Friday, June 21, 2013

It seems just like yesterday

All the best in your future undertaking! :)
Thank you and sorry for everything!

"It seems just like yesterday,
We registered to be a trainee teacher,
It seems just like yesterday,
We just got to know each other.

It seems just like yesterday,
We shared moments together,
It seems just like yesterday,
We did our best to be better.

They said its time to say good bye,
But I don't want to bid farewell.
Instead I will say 'See you later',
Because goodbye is too mainstream."


Tuesday, June 4, 2013

: ~ Konvo ~ :

Haaaaacuuumm!!!
uhuk.. uhuk.. uhuk.. 

rasa nak beli bulu manok k buang debu.. hahahaa.. 
bismillahirrahmanirrahim.. 
assalamualaikum... 

alhamdulillah... rupa2nya setelah 2 bulan lebih bok lah blog tok di update.. 
belum pernah jadi.. hahaha salu nya every month pun saya update.. 

okay lets start!!

saya dah intrim di sekolah saya almost 3 month..
so far so good..
malah saya nak stay kat situ dalam 2-3 tahun.. 
cikgu2nya okay~ itu saya suka..
n saya harap selama saya ada sia.. orang2 yang saya senang akan masih ada sia.. hehehe
dak nya bait3.. 
anak2 murid saya pun swit..
even saya jaga 2 orang OKU but still saya happy ngan daknya.. hehehe

baru2 tok, alhamdulillah saya dah konvo..
berkesempatan untuk menghadiri konvokesyen kali ke 3 ya.. 

malas nak madah papa jom layan gamba jak o ^_^
















Friday, March 29, 2013

:: First Posting ::

bismillahirranhmanirrahim.. 

alhamdulillah saya sudah pun mendaftar ke sekolah yang telah ditakdirkan untuk saya.
walaupun sekadar status intrim (program baru lepasan guru) namun penantian itu satu perkara yang kadangkala akan membahagiakan kita. dalam situasi saya, YA saya GEMBIRA. sebab apa, sebab saya tidak lagi menyandang status penganggur. 
then ini aalah rezeki yang telah Allah suratkan untuk saya 

:: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUAN (SKSD) ::

sebuah sekolah pedalaman yang berada di pinggir bahagian Mukah. sarawak. 
so secara tidak langsung saya adalah Pendidik Bumi Kenyalang!! >_<

teruja, gembira, sedih, semua perasaan bercampur baur. 

so jom, mari lihat sekolah dia macammana. 

Tadaa... bak kata Guru besar

"Istana dalam hutan!"






opkos my dad my hero!! hehehe






datang ke soklah no jangan nak guna kreta lowed! sebab jalan dia "cantekkkkk" 


hehehe so 
doakan saya baik2 aja..
adik2.. jangan takut dengar nama sekolah ni..

sekolah ni cantek!
in sha Allah orang2nya pun baik!!




Wednesday, March 6, 2013

:: Allah the BEST Planner ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.. 

Dear Allah, 
Sometimes it's hard for me to understand what you really want to happen. 
But i trust You!
I know You'll give me the best ^_^

memang.. kadang2 saya rasa berdosa menyalahkan takdir.. 
tampil dengan persoalan yang tidak sepatutnya.. 

kenapa jadi macam ni?
kenapa tak begitu?

namun apabila kembali kepada Fitah, 
i believe Allah, I know Allah will give me the best ^_^ " 

terlalu banyak perkara berlaki dalam masa kurang dari 3 hari. 

Al Fatihah untuk Arwah Abang :: Azean Bin Salleh yang telah kembali kerahmatullah pada 3.3.2013
pada usia 35 tahun, beliau meninggalkan seorang balu bersama 3 anak yang masih kecil. Malah anak bongsu baru berusia 5 hari. 
Malam tu saya memang tak bleh nak tido. Main ngan puteh, masuk keluar bilik. 
then trima call dari abang yang kat Johor. Masa tu jam 1.30 kalo tak silap

"aku da brita x bagus"
saya diam... 
" bang bet dah sikda. Tapi aku sik tau bena ka sik. Wandy madah nya heart attack masa di Kem. Rebah then terus pergi"
" hurm, bena ka? boh main2."
"try kol ezah (isteri arwah)" 
"ok2"

masa tu saya berdoa dalam hati crita tadi adalah rekaan semata2. 
bila kol kak ezah, dia cakap abang kat kem. saya dah tak senang hati. saya yakin kak ezah belum tahu ni. mungkin orang tak sampai hati n tak tahu macammana nak bagitahu pada isteri yang baru melahirkan anak ketiga 5 hari yang lepas. 
kami "Hold" kak ezah. saya try cont abang saya balik 

"tanya betul2 ngan Wandy. Benda cantok ni bleh buat main"
" Sabar. Redha. Macammana kita redha mak pergi, macam ya kita perlu redhakan Abang pergi. Dot, cayalah. bang bet dah sikda. Aku dah tanya betul2 ngan wandy. Nya di Hospital seremban"

Aku sedih tapi sepertimana aku redha ngan pemergian Arwah Mak, aku redha dengan pemergian Arwah. 
Arwah disemadikan di Gadong, Seremban. 

Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 beriman. 

Kadang2 kan sebenarnya dia pernah bagi hint, tapi kita anggap orang tu bergurau. 

contohnya 
arwah balik tahun lepas 2 kali. selalunya 2 tahun sekali. 
arwah nak sangat balik raya. minta tolong belikan tiket. untuk dia sorang pun tkpa. sebab dia takut tu Raya terakhir.
dia melawat semua ahli keluarga masa balik. selalunya paling malas keluar rumah. 
bila dengar lagu "teman pengganti" :: lagu ni abang bagi kat adik2. Bila abang dah takda, jangan lupa abang k. 
Jom bergamba. Dorang2.. nanti takda peluang nak bergamba lagi. 

banyak perkara yang sebenarnya hint yang dia bagi. Tapi mati itu rahsia Allah. kita takkan dapat menghidu kehadirannya.. 

Innalillahiwainnailaihirajiun

daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. 

Harris, jaga adik2..
Balqis jadi adik dan kakak yang baik
Hairul,walaupun tak sempat trima kasih sayang ayah, doakan ayah selalu.. 



dan dalam kesedihan itu Allah selitkan dua berita gembira. 
Tahniah Hasbini Bin Salleh atas kurinaan seorang Puteri Baru dalam hidupnya. 
4.3.2013

Alhamdulillah, nama sudah tersenarai dalam intrim, dan in Sha Allah saya akan berkhidmat sebagai pendidik bumi kenyalang. ^_^



Thursday, February 28, 2013

:: Special Entry ::

Bismillahirrahmanirrahim ^_^
Assalamualaikum wth

Ok lama dah tak update.. uhukkkkkk.. (Kotan banyak lak debu)

Ok untuk entry ni saya buat special. !st n Last for Febuari 2013. 
itu pasel saye kate special sebab ini entry pasal encik Bakal imam ^_^

Mesti ramai tak sangka encik ni bleh sumbangkansuaranya. Hurm.. sedap.. Ok lah.. ingatkan saya dengan crita kartun Saladin ^_^

Ok trimalah.. 

Lirik Lagu Tema OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad


Siapa ingin membawa
Aku terbang ke sana
Ke langit tinggi
Ke awan cinta

Siapa ingin membawa
Aku layar bersama
Ke laut dalam
Ke dasar mu sayang

Masihkah ada jalan bahagia
Simpati belas..

Komposer Lagu Siapa Ingin Membawa

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya
Hak Cipta: Art Effect International



Monday, January 28, 2013

:: Dat Byul ::

Bismillahirrahmanirrahim.. 
entry kali ini adalah entry khas tentang Dat byul saya.. 

beberapa bulan yang lepas, ada rang bagi saya kucing. 
Comel sangat!! Kucing siam.
masa mula2 dia satang, dia datang dengan senyuman. Wajah ceria, lincah dan menghiburkan. Sebenarnya saya dah lama tak bagi komitmen jaga kucing. dulu masa saya kecik2, saya dalam darjah satu, saya ada kucing. Nama dia Gaban Z. 
bila dia mati, saya nangis sampai saya demam dekat 2 minggu. Itu my mum cakap. 
Gaban meninggal depan mata saya. Dia tunggu saya balik sekolah. saya ingat lagi dia seolah2 kehausan masa tu. tak lama lepas saya jumpa dia, dia meninggal. dan sejak itu saya tiada kucing sendiri. 
Cuma menumpang kucing adik. hehehe

dan sejak saya jadi penganggur saya diberi kepercayaan untuk jaga kucing. Macam saya cakap tadi, dia datang dengan wajah yang ceria dan menghiburkan. saya sayang dia. Dia kucing yang baik. Cuma sekarang saya sedih. 

saya sangkakan diatak mampu berjalan sebab dia gemuk. 
Bila saya search kat Encik Google, kuching lain lebih gemuk daripada dia, tapi tetap mampu berjalan. Saya doa dengan Allah, tunjukkan saya cara nak sembuhkan Dat Byul. 
Saya tengok muka dia, saya sedih. Sebab walaupun dia tak cakap dia sedang sakit, tapi saya tahu, Dia sakit. Mata dia membicarakannya. 
Saya jaga makan minum dia. Saya bercakap dengan dia. Saya pesan, lepas ni, tolong baik. sebab saya tak sanggup tengok dia tak bermaya. Dia cuma kerdipkan mata. Perkara yang selalu dia buat kalau saya suruh dia senyum. 
Pagi semalam, macam biasa saya letak dia di luar rumah. Itu rutin. Setiap pagi dia akan buang air besar n main2 kat luar. Lepas jam 11 dia akan masuk n tidur. Bangun dia makan, minum main then tido. Tetapi pagi semalam saya tak nampak dia. Saya nebes. Sebab takut dia hilang. saya cari dia keliling rumah. Luar dan dalam. Atas dan bawah. tak jumpa. Then saya cari dia dalam rumput. Ya dia ada di situ. Terbaring lesu. saya angkat dia, saya nak suruh dia berdiri, dia jatuh. saya nagkat lagi, dia jatuh.. akhirnya air mata saya yang jatuh. saya sangat2 kasihan dengan dia. 

then, malam tadi, Allah makbulkan doa saya. Allah lintaskan fikiran saya dengan perkataan lumpuh. Saya dekati Mr Google lagi, then saya temui kebenaran. 

Dat Byul saya lumpuh. 
dia tak boleh jalan, 
saya takkan tengok dia berlari lagi.
saya takkan tengok dia main bola lagi 
Saya sangat3 sedih..
Saya mungkin takkan faham apa dia rasa, tapi saya tahu perasaan dia. 
Dia kucing, takkan mampu meluah. 
takkan bagitahu saya dia sakit. 
Itulah sebab saya sedih. Dia tak mampu berkata.. 

Baru2 ni, saya hairan kenapa ada najis kucing dekat ruang tamu. 
sebab sebelum ini, kucing2 kat rumah ni berdisiplin.
Berak di tempat yang dikhaskan untuk berak. 
Hari ini saya faham. Najis itu Dat byul yang punya. 
dia dah tak mampu berjalan kat depan tandas untuk pelawasan. Dia tak mampu keluar rumah untuk berak. kemana dia berhenti, di situ dia akan berak. 
Saya cakap dengan ahli keluarga saya, takpa, saya akan lap najis dia Saya akan cuci. 

 Hari ini, saya hanya mampu menyediakan kotak untuk Dat Byul. saya buat pintu supaya dia masih boleh tengok dunia luar..
Dia macam orang lumpuh. Berak tapi tak mampu nak habiskan najis dia. 
Tak apa, Mesti ada hikmah sebalik semua ni. 
Hati saya kata saya mampu jaga dia, tapi air mata saya seolah2 menyatakan sebaliknya. 
Apabila saya tengok dia, hanya air mata saya berbicara. 
Kalau manusia, sekurang2nya dia boleh cakap "sakit" 
tapi kucing tidak. 
Dia diam sambil mengerdipkanmatanya seolah memberitahu saya bahawa dia kuat. Dia masih ammpu tersenyu. 

Ya Allah, sembuhkan dia.

Sorry sebab saya penganggur, takda modal nak bawa dia g jumpa doktor. 
Kat pekan ni takda klinik haiwan. Kalau nak bawa jugak, terpaksa turun Kuching. 
apa yang mampu saya buat, juz urut kaki dia. Dan doa supaya dia sembuh. 



Sadaqallahulazim




Thursday, January 24, 2013

:: 12 Rabiulawal ::


Bismillahirrahmanirrahim ^_^
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk bernafas lagi. Hari ini (sebelum marghrib tadi) umat islam seluruh dunia meraikan hari kebesaran nabi Muhammad s.a.w
baginda lahir dan wafat pada tarikh yang sama. namun pada tahun yang berbeza. Tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada  hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). 

artikel dibawah adalah salah satu artikel yang berjaya menjatuhkan air mata saya setiap kali saya membacanya.. dan daripada artikel ini jugalah, saya pernah hasilkan sebuah sajak dan pernah saya deklamasikan semasa saya belajar. 

so, ini blog saya, dan saya ingin mengajak sapa2 yang singgah baca artikel ini. Anda takkan rugi wang berjuta jika hanya untuk meluangkan masa beberapa minit untuk artikel ini. Minta maaf, saya tak ingat dah kat mana saya copy artikel ni. sebab pada mulanya artikel ini untuk bacaan peribadi ^_^ 

XxXxXxxXxXXxXxXxXxxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXx
XxXXxXxXxXxXxXxXXXxXxXxXXxXxXXxXxXx

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].


Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.


Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: 
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."


Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.


Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: 
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."


Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.


Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: 
"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."


Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya 
Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. 

Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." 

Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau.

"Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." 

Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." 

Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." 

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."


Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir 
sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."


Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian 

Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: 

"Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

#Sorry sebab masalah teknikal tidak dapat dielk semasa mengCOPY cerita ni.. hehehe


~ Saat Pemergian Rasulullah ~
Gubahan : sheeda_ salleh

Ibadahmu bayangan kehambaanmu
Akhlakmu membayangkan murni hatimu
Pemurahmu menandakan tiada dunia dihatimu
Sabar.. Bukti ketahanan jiwamu
Berani..Itu lambang tawakalmu
Musuh menentang.. kau balas dengan doa semoga mereka beroleh hidayah….
Tiada siapa akan lupa luhur budimu Ya Rasulullah

Setelah sekian lama memperjuangkan islam..
Jibril datang membawa pesanan..
Maka seluruh sahabat dipanggil..
Kepada mereka kau khabarkan segalanya..
“ Agama kita telah sempurna2x”
Betapa gembira sahabat mendengarnya
Kesempurnaan diterima dengan hati yang tebuka
Namun, disebalik kegembiraan terselit sebuah duka yang berpanjangan
Tiada siapa menduga “permata” itu akan pergi selamanya..

Luluh hati Abu bakar mendengarkan
Berat rasa hati Ali merelakan
Payah untuk Umar mempercaya
Sungguh sukar untuk ummat menerima..

Muhammad!!
Kau pergi tiada ganti
hilanglah seri sebuah taman
tiadalah sudah penyelamat Ummat
ternoktahlah juga perjuangan keramat
Saat ajal semakin mendekat..
Qisas kau pinta dari ummat..
Kepada sesiapa kau berbuat silap
Ukashah bangun seraya berkata
Rasullullah pernah memukul belakangnya..
Lantas Qisas dijalankan segera..
Meski sahabat dan cucu2nya tampil..
Namun Rasulullah tidak rela..
baju dibuka…
Ukashah lantas mencium badan baginda
“pukulan ditebus dengan jiwa..”
Kasihnya Ukasyah pada baginda

Bertaqwa kepada Allah!!..
Itu pesan Rasulullah….
Saat ajal baginda bertamu
Senyuman tetap menghiasi bibir..
Sebuah senyuman yang menteteramkan
Setiap insan yang kebimbangan..
Hakikatnya…tak terkata
Betapa payah derita kau tanggung
Betapa berat sakit yang mengunung
Kasihmu mendalam kepada ummat..
Kau soal ganjaran ummat di hari kiamat
Berita gembira dikhabarkan Malaikat
Terbang menghilang segala rasa tenat

Ketika rohmu diangkat bertemu yang Esa..
Kau wasiatkan solat itu dijaga..
Dan Hingga pada nafas terakhirmu..
Bibirmu menutur kasih kepada Ummat
Umati..umati…
Akhirnya penuh ketenangan jiwamu pergi
Diiringi air mata syahdu insan yang menyayangi
Walau sukar umat menerima
Meski payah Umar mempercaya
Namun Iman merelakan segalanya
Manusia itu akan pergi jua selamanya..
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Maka gerhanalah seluruh semesta
Walau kini Kau telah tiada
Cintamu pasti kan bersemarak selamanya
Kau tinggalkan kami sebuah warisan yang abadi
Percayalah, Sesungguhnya kami ummat yang merinduimu..