Sunday, December 23, 2012

:: 23. December 2012 ::

23.12.1987 

Keheningan pagi itu mempu mengilukan tulang sum sum! pagi itu juga Mak Sapiah terasa perutnya meragam. Dirabanya perutnya yang memboyot. Menunggu kelahiran yang ke empat. Kesakitan yang dirasainya pada pagi ini lain macam. Jam di atas kepalanya di capai. Jam menganjak ke empat pagi. Suaminya yang bekerja sebagai pekebun tiada di rumah. Semalam telah bertolak ke Bandar untuk menjual hasil tanaman. Alhamdulillah buah tembikai mereka menjadi. Dilihatnya adik lelakinya yang sengaja diajaknya bermalam untuk menemaninya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengejutkan adik bongsunya itu. 

" Tero, tunggah nenek lok. sakit perut lain macam tuk"
walaupun frekuensi suaranya tidak setinggi biasa, namun jelas kedengaran seperti menahan sakit. Tero terus bangun mendapatkan nenek Sauyah yang tidur di luar bilik. Tidak sampai seminit, nenek Sauyah sudah berada di pintu bilik. 

" kau dah nak beranak ka?"soalnya
" sakit mak" jawapnya pula
"jap" tanpa membuang masa Nek Sauyah terus menyelak kain yang dipakai Mak Sapiah
"dah nak keluar biak tok" 

Nek Sauyah membaca beberapa potong ayat. Mujurlah Nek Sauyah sememangnya bidan di kampung itu. Jadi dia tahu apa yang hendak dia lakukan. 

kira kira jam 4.30 pagi .Pada hari rabu maka lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia. 
Alhamdulillah sempurna sifatnya. terpulang kepada bagaimana ibu bapa mencoraknya.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

teror sik teror, itu adalah antara karangan pendek yang aku karang khas mengikut pengalaman dan cerita sebenar yang disampaikan kepadaku. 

Terima Kasih Allah,
kerana dengan izinMu aku dilahirkan kedunia..
Terima Kasih Mak n bapak, 
Kerana tanpa mak n bapak, sikkan saya lahir ke dunia..

Masa tok lah ingatan yang kuasa berganda2 teringat ngan arwah mak.. 
..Jom bersajak..

wajah itu...
Seketika menggamit  hatiku...
membawa diriku mengharungi satu daerah yang berbeda...
daerah yang bernama hati..
kepiluan dan kesedihan sebagai penghuni,...
wajah itu...
wajah yang sudah lama tidak ku tatap..
wajah yang selalu aku rindu,...
pemilik wajah itu,
aku harapkannya selalu bersamaku..
aku harapkannya selalu disampingku...
namun, apa dayaku..
Allah pemilik ratu hatiku...
Allah menjemput dirinya terlebih dahulu...
Allah menjemputya sebelum impiannya ku tunaikan...
saat Hati dan diri ini masih memerlukan...
saat hati dan diri ini masih belum rela membiarkan..
saat hati dan diri ini masih ingin dimanjakan..
kini..
hati dan diri ini sudah bisa menerima hakikat..
bahawa Allah lebih menyanyanginya...
terima kasih kerana melahirkan...
terima kasih kerana mendewasakan..
terima kasih atas segalanya..
damailah engkau disana..
bersama orang2 yang bertaqwa..
Al-Fatihah...buat bonda tercinta...


Alhamdulillah Hari ini genap umur saya mencecah 25 tahun.. 
Allah beri aku kesempatan untuk hidup lagi.. 

Terima kasih Ahli keluarga yang mengucapkan selamat.. 
Terima kasih kawan2 terbaik ^_^ 
Terima Kasih Rakan2 FB n Twitter.. 
Terima Kasih Ahmad Fedtri Yanhya yang wish :p
Terima kasih senior2 yang baik
Terima Kasih Junior2 yang ohsem
Terima Kasih rakan2 yang baik punya..

So. Just for fun, sempena tarikh kelahiran saya senaraikan wish saya.. hehehe

#wishList 
1. Allah merahmati kehidupan saya
2. Allah beri kesejahteraan kesihatan kepada saya sendiri dan  orang2 yang saya sayangi
3. Allah melancarkan urusan penempatan kami
4. novel saya boleh siap!
5. Saya jumpa jodoh yang saya mahu :p
6. Saya boleh kurus :p



semakin panjang umur, semakin dekat kita dengan mati 
semoga Allah permudahkan urusan saya.. 
Semoga ku tidak lupa diri walau dalam apa juak keadaan..


Kali ini saya dapat 3 Kek.. 
hehehe
Dari Nass n from Mimi together with Wyn n suprisely by team Google :p

Mimi n win berik Tq dear

Nass bagi Tq Nass


Of course from google

Terima Kasih semua..
Semoga Allah merahmati kita smua ^_^





No comments: