Sunday, December 23, 2012

:: 23. December 2012 ::

23.12.1987 

Keheningan pagi itu mempu mengilukan tulang sum sum! pagi itu juga Mak Sapiah terasa perutnya meragam. Dirabanya perutnya yang memboyot. Menunggu kelahiran yang ke empat. Kesakitan yang dirasainya pada pagi ini lain macam. Jam di atas kepalanya di capai. Jam menganjak ke empat pagi. Suaminya yang bekerja sebagai pekebun tiada di rumah. Semalam telah bertolak ke Bandar untuk menjual hasil tanaman. Alhamdulillah buah tembikai mereka menjadi. Dilihatnya adik lelakinya yang sengaja diajaknya bermalam untuk menemaninya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengejutkan adik bongsunya itu. 

" Tero, tunggah nenek lok. sakit perut lain macam tuk"
walaupun frekuensi suaranya tidak setinggi biasa, namun jelas kedengaran seperti menahan sakit. Tero terus bangun mendapatkan nenek Sauyah yang tidur di luar bilik. Tidak sampai seminit, nenek Sauyah sudah berada di pintu bilik. 

" kau dah nak beranak ka?"soalnya
" sakit mak" jawapnya pula
"jap" tanpa membuang masa Nek Sauyah terus menyelak kain yang dipakai Mak Sapiah
"dah nak keluar biak tok" 

Nek Sauyah membaca beberapa potong ayat. Mujurlah Nek Sauyah sememangnya bidan di kampung itu. Jadi dia tahu apa yang hendak dia lakukan. 

kira kira jam 4.30 pagi .Pada hari rabu maka lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia. 
Alhamdulillah sempurna sifatnya. terpulang kepada bagaimana ibu bapa mencoraknya.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

teror sik teror, itu adalah antara karangan pendek yang aku karang khas mengikut pengalaman dan cerita sebenar yang disampaikan kepadaku. 

Terima Kasih Allah,
kerana dengan izinMu aku dilahirkan kedunia..
Terima Kasih Mak n bapak, 
Kerana tanpa mak n bapak, sikkan saya lahir ke dunia..

Masa tok lah ingatan yang kuasa berganda2 teringat ngan arwah mak.. 
..Jom bersajak..

wajah itu...
Seketika menggamit  hatiku...
membawa diriku mengharungi satu daerah yang berbeda...
daerah yang bernama hati..
kepiluan dan kesedihan sebagai penghuni,...
wajah itu...
wajah yang sudah lama tidak ku tatap..
wajah yang selalu aku rindu,...
pemilik wajah itu,
aku harapkannya selalu bersamaku..
aku harapkannya selalu disampingku...
namun, apa dayaku..
Allah pemilik ratu hatiku...
Allah menjemput dirinya terlebih dahulu...
Allah menjemputya sebelum impiannya ku tunaikan...
saat Hati dan diri ini masih memerlukan...
saat hati dan diri ini masih belum rela membiarkan..
saat hati dan diri ini masih ingin dimanjakan..
kini..
hati dan diri ini sudah bisa menerima hakikat..
bahawa Allah lebih menyanyanginya...
terima kasih kerana melahirkan...
terima kasih kerana mendewasakan..
terima kasih atas segalanya..
damailah engkau disana..
bersama orang2 yang bertaqwa..
Al-Fatihah...buat bonda tercinta...


Alhamdulillah Hari ini genap umur saya mencecah 25 tahun.. 
Allah beri aku kesempatan untuk hidup lagi.. 

Terima kasih Ahli keluarga yang mengucapkan selamat.. 
Terima kasih kawan2 terbaik ^_^ 
Terima Kasih Rakan2 FB n Twitter.. 
Terima Kasih Ahmad Fedtri Yanhya yang wish :p
Terima kasih senior2 yang baik
Terima Kasih Junior2 yang ohsem
Terima Kasih rakan2 yang baik punya..

So. Just for fun, sempena tarikh kelahiran saya senaraikan wish saya.. hehehe

#wishList 
1. Allah merahmati kehidupan saya
2. Allah beri kesejahteraan kesihatan kepada saya sendiri dan  orang2 yang saya sayangi
3. Allah melancarkan urusan penempatan kami
4. novel saya boleh siap!
5. Saya jumpa jodoh yang saya mahu :p
6. Saya boleh kurus :p



semakin panjang umur, semakin dekat kita dengan mati 
semoga Allah permudahkan urusan saya.. 
Semoga ku tidak lupa diri walau dalam apa juak keadaan..


Kali ini saya dapat 3 Kek.. 
hehehe
Dari Nass n from Mimi together with Wyn n suprisely by team Google :p

Mimi n win berik Tq dear

Nass bagi Tq Nass


Of course from google

Terima Kasih semua..
Semoga Allah merahmati kita smua ^_^





Tuesday, December 18, 2012

:: Lamaran ::

Bismillahirrahmanirrahim
assalammualaikum..

saya rasa ini adalah entry pertama saya untuk bulan ini.. 
Alhamdulillah Allah beri kesempatan lagi untuk hidup ~ 

dolok masa gik sekolah soalan femes mun tiba2 anak dara berkumpul 
"ko budget kawen umur bila?
ada yang jawab 23, 27 25 n majoriti la jawab 25. Macam ideal jak kot
termasuk saya.. hehehe saya pilih 25
tapi jawapan saya datang dengan syarat.
saya mungkin kawen awal kalo saya tak sambung study n mungkin lewat kalo future study. 
n c. it is tRuE!!!

Hari ini 18.12 ada something berlaku..
tak lah gempak sangat sebab sebelum ni pun pernah jadi.
 Bezanya sebelum ni orang cakap " kalau anak aku belum kawen, aku ambik kau jadi menantu"
itu KALAU! 


bermula daripada hash taq #ToBeHonest
so saya kongsi apa yang berlaku hari ni.. 
Tak gempak tapi tetap suatu perkara yang sedikit terkesan..hahah

sebenarnya "Pak Cik" ni dulu slalu p rumah kami..
masa tu kami adik beradik kecik lagi..
dia tak tua sangat. paling2 pun umur 40 kot.. 

tadi terjumpa kat Desa Ilmu.. 
macam biasalah, dah lama tak jumpa, bebual la. 
Dia yang dh lama tak balik kampung tanya pasal kampung..
Last2 dia tanya lah 
" ko dah kawen?"
so saya jawab " hahah belom, bok jak habis blaja" 
" ko mok nikah ngan anak "Pak Cik"
sgera ya juak saya tek tetak (ketawa).. So sorry, bukan merendah2kan kata2nya,. 
but saya tetap rasa benda ya lucu n sengaja dibuat main..
"aih, nanyak bena tok" katanya lagi.. 
Tersengih2 saya jawab  " anak ktk biak glak ah. Sian ngan nya lak kawen ngan saya kawen orang tua" hahaha
sebab apa saya kata begitu? sebab nampak sangat umur anaknya muda. 
sedangkan masa saya darjah berapa nya g rumah masa ya nya belom kawen. 
ikut kiraan guna kaedah Polya, saya rasa umur anaknya dalam 18 kot :p
#sayasedardiriOkay kalau muda sampey dekat 10 tahun, saya in shaa Allah try elakkan.. 
hehehe

lepas saya tulis tok, baru saya teringat, hari tok 3 kali saya ditanya pasal kawen
1. Kazen
2. Mok Aji
3. "Pak Cik" tadi

#Followerkehidupansaya a.k.a falmy hahaha

In Shaa Allah ada jodoh saya kawen..
bohonglah kalau tak nak..
Just doakan yang terbaik untuk saya.. hehehe



Ehsan gOOgle


Friday, December 14, 2012

.. Proud to be Pemulihan-ians ..

Salam..

alhamdulillah.. minggu ni segala perkara yang di tunggu2 selama 5 tahun, semua dah lepas dah..
percaya pada kata2 
"Allah tidak akan menduga hambanya melebihi kemampuan mereka"

Allah tahu kami mampu..
terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 5 tahun ini..
but most of all menjadikan saya dan rakan2 kuat..

MQA
hanya MQA yang pandang kami..
hahaha.. bukti dia  cari kami samapi di kuching demi untuk lulus verifikasi   

Ok apa yang bakal saya sampaikan ini adalah kata hati saya sahaja..
kalau ada siapa2 yang terbaca n tersingung, saya minta maaf.. 
sebab to be honest itu bukan niat saya..
mengungkit apatah lagi membangkit..

pemulihan..
satu bidang yang kadang2 (sikit lah) orang pandang sipi..
"owh pemulihan.. patutlah.."

saya tak minta kami dikenali tapi most of the time kami sering dilupakan..
perasaan dilupakan tu sama dengan perasaan apabila berada di dalam kelas, tapi cikgu tak ingat nama.
as a student, it's the worst feeling will they feel
dan itu yang kami pernah rasai.. 

suatu ketika kami pernah rasa down giler..
macam rasa aku stress giler..
walaupun ianya cuma satu kaedah permainan, namun saya tetap katakan jika ada guru yang mengaplikasikan permainan tersebut, 
guru itu memberi satu pengalaman DOWN yang sangat pahit untuk peserta yang kalah. 
bayangkan, kita berusaha untuk menambah mata, tapi 3 kumpulan lain berpakat tolak markah kita.. 
3 lawan 1.. apakan daya kami..
dengan alasan supaya diri sendiri selamat, berpakatlah mereka menjatuhkan kami..
waktu itu perasan saya sukar untuk digambarkan..
sehingga saya menyatakan kepada salah seorang ahli kumpulan (yang kami rasakan tidak pernah melakukan kami sedemikian rupa)
saya benci kumpulan kamu!!!
silap saya jugak lah sebab mungkin bukan niat dia.. sebab nama pun kumpulan, mesti akan ada yang terpaksa akur dengan yang lain, TETAPI waktu itu saya betul2 sedih
apa salah akmi sebenarnya?
Ya, mungkin kumpulan awak tak pernah rasa sepertimana kami rasa..

tapi alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan hati yang senang memafkan..
saya maafkan mereka tapi mustahil untuk saya lupakan perkara yang pernah beri impak besar dalam diri saya..
so far so good, saya berkawan dengan mereka sepertimana saya berkawan dengan yang lain >_<
sebab dari situ saya mula terfikir..
bagaimana untuk meningkatkan nilai profesionalisme pemulihan di mata mereka.. 
dan saya percaya pengalaman yang mereka berikan itu merupakan satu pengalaman yang menjadi pengajaran sampai bila bila. 

dan hari ini saya belajar daripada pengalaman itu..

untuk pengetahuan semua 
saya adalah salah seorang individu dari kelas saya yang suka menyatakan pendapoat sekiranya saya rasakan pendapat saya perlu diutarakan..
mulanya saya fikir menyuarakan pendapat itu adalah satu perkara asas dalamsistem demokrasi..
namun apa yang terjadi beberapa ketika dalam masa yang terdeka ini, rupa2nya ada individu yang merasakan pendapat hanya boleh diutarakan oleh individu yang berkepentingan dalam organisasi..
hurm..

saya tak minta pendapat saya diterima 100%.. tapi jika anda berada ditempat saya, anda akan buat perkara yang sama ~ i guess!
selepas saya suarakn pendapat saya....
komen itu di delete oleh dia..
di post komen yang lain untuk menarik perhatian. supaya diri saya yang nampak bersalah..
ok, saya terima kerana saya tahu awak kalau dah buat keputusan takkan boleh dibangkakng Farah (2012)..
tahniah kerana semua orang nampak saya slaah..
ketua awak juga nampak saya salah..
DUNIA! 
asalkan pandai buat muka kasihan, smeua orang akan percaya..

niat saya untuk mempertahankan hak rakan2 mati di  situ sahaja.. 
sebab saya MALAS!
tapi ada insan lain dalam kelas yang perjuangkan..

guna singkatan untuk pengajian..
setelah di undi, semua setuju untuk gunakan singkatan..
but not US!! PEMULIHAN-ians
rasionalnya : tak semua orang tahu singkatan PEM + pemulihan..
even Lect ramai yang tak tahu.. 
jadi saya berusara menyatakan pendapat..
bila disuarakan waktu itu, orang akan mula berfikir

ada benarnya dengan apa yang saya nyatakan..
Terima kasih kepada yang memahami.. 

namun ada suara kera sumbang yang bersuara bukan pada medium yang betul
PEmulihan ya rasa best!

Hey ladies yang perasan best!
ITU HAK KAMI.. 
nama itu penting lo.. 

apa yang boleh saya katakan, 
saya bersuara kerana saya rasa apa yang bakal saya suarakan adalah benar!
saya bukan bersuara untuk menjadi pembangkang untuk setiap apa yang orang lain laksanakan.. 
saya bersuara bukan untuk suka-suka..
apa yang patut saya suarakan, saya suarakan..

walau apa jua pandangan orang lain, saya tetap bangga dengan rakan2 saya..

hari ini, hasil daripada pembelajaran lepas, 
kami belajar untuk mempertahankan HAk!
kami belajar untuk meningkatkan motivasi kumpulan kami.. 
dan kami harap, kumpulan lain takkan pandang rendah pada kumpulan kami lagi..