Sunday, September 9, 2012

.. Kematian itu pasti ...

bismillahirrrahmannirrahim... 

setiap yang hidup pasti akan mati..
meninggalkan dunia yang fana..
lately, disekeliling saya banyak kehilangan berlaku..
ya saya simpati pada mereka..
saya faham perasaan mereka kerana saya pernah rasa benda yang sama..

Adik2..
Mohammad Jainal Abdul Rahman, 
Farhana Jafar Sidek
Nur Faizah Hamdian
Azeera Azman..
dan siapa sahaja..

jadi anak yang kuat..
kita kena teruskan hidup..
senyum, tidak bermakna kita tidak menangisi pemergian mereka..
senyum tawa, tidak bermakna kita tidak sedih kehilangan mereka..

sekurang-kurangnya hidupkan impian mereka..
bohong kalau kita tidak pernah membina impian bersama..
tapi itu tidak bermaksud impian kita mati disitu..
kerana mereka kita harus teruskan hidup..
untuk mereka kita harus kuat..
kerana
airmata tidak akan pernah menghidupkan mereka kembali..
air mata kita tidak akan pernah menjadikan kita tenang..

tidak bermaksud kita terus lupakan mereka..
ingati mereka dalam setiap doa kita..
kerana dengan doa, kita hubungkan diri kita bersama mereka..

jadi anak yang kuat adik2 saya..
jadi insan yang tidak menolak ketentuan yang sudah ditulis ilahi..

ingat, Allah tidak akan uji kita sekiranya kita tidak mampu..
dengan ujian itu, bukti Allah inginkan kita selalu..
dengan ujian itu, bukti Allah train kita jadi anak2 yang baik dan kuat, jadi hambanya yang selalu bersyukur..

saya mungkin bukanlah sehebat mana untuk memberi nasihat, 
namun sekurang2nya saya pernah rasa apa yang anda semua rasa.
pergi ibu atau ayah, sama sahaja ibarat hilang sayap sebelah.. 

hargai mereka yang masih ada ^_^
kerana mereka perlukan kita untuk jadi kuat..
kalau hilang ibu, ayah adalah orang yang paling merasai pemergiannya.. 
lebih lama hidup sebantal denagn nya..
kalau hilang ayah, ibu insan yang paling lemah jiwanya..
kerana tiada lagi tempat bergantung harap.. 

hidup perlu diteruskan..
yang berlalu biarlah berlalu, yang mendatang, hadapi dengan cemerlang..
kita sayang mereka, namun syukur, Allah lebih sayangkan mereka..



No comments: