Sunday, September 2, 2012

.. Guru dan cabaran semasa ..


#ni hasil jawapan sorang guru jugak.. saya copy n paste then tambah cket2.. hehehe


hari ni saya terbaca terbaca satu blog,dia kata dia engineer.

walaupun entry ni dah dekat nak setahun, tapi still saya selaku bakal guru terkesan dengan apa yang cuba dia sampaikan..   

kebetulan sem ni , kami belajar guur dan cabaran semasa.. inilah cabarannya .. 
bila ada mulut2 cakap : 

 gaji basic dekat 2K, elaun tu elaun ni, kerja setengah hari, cuti banyak, lpas tu kerajaan mintak cikgu kerja 9 jam, cikgu membantah.


hehhe kata2 dia kat atas tu ada unsur jeles la Cik Kak.. 
bah mohon jadi cikgu.. kalau nak lagi senang (seperti yang di war2kan minta jadi guru Kemas dulu..)

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.


kalau cikgu2 baru, yang ada masalah nak menyesuaikan diri, mulanya memang lah tak berkualiti, tapi lama-lama, mestilah ada kemajuan sebab sudah banyak pengalaman. kalau hari ni posting, minggu depan nak kritik, memang lah hasil kerja nya tak banyak yang bagus pun. dan bukan semua cikgu ada masalah macam ni, sebab most of the teachers are friendly. n kalau nak, saya boleh terangkan peringkat2 perkembangan guru macammana.. 
teori2 yang boleh engineer macam Cik kak ni fahami.. 


gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!


berbaloi lah gaji dengan elaun2 semua tu, kami kerja pun bukan senang, nak jaga hati mak ayah orang, hati students, kalau sekolah asrama, warden, almost 24/7 kerja, ada cikgu yang bagi komitmen tinggi, pergi gelap, balik pun bergelap jugak, awak pernah dengar pasal ni? tak kan. sebab saya rasa kamu ni terlalu menghakimi kerjaya seseorang. tak perlulah kami nak menceritakan susah payah kami nak membentuk anak bangsa, sebab kalau sebut2 selalu, riak kan. orang pun meluat dengar or baca. lagi satu, BERSYUKUR LAH DENGAN HASIL DAPATAN MASING2. kalau kerja ikhlas, insyaALLAH gaji berkat, 700 pun rasa cukup nak sara hidup.


cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.


cuti bukan hak ataupun keistimewaan untuk kami, tahukah kamu, time cuti sekolah, kami boleh dipanggil bertugas. kerja setengah hari? [waklu..] siapa cikgu, dia tahulah.. :p bacalah pekeliling tentang cuti kami, pastu baru komplen ye. keikhlasan bukanlah sesuatu yang perlu digembar gemburkan. bunyinya cam liyana ni tak puas hati ngan cikgu2 sekolah dia dulu. sebab tu dia cakap camni.

cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?

sekolah awak dulu cikgu dia cam ni ke..tak semua cikgu macam ni.. bukak mata, bukak minda, jangan nak condemn  sangat. yang pasal tuisyen tu, mungkin ada benarnya, tapi cuba bandingkan, bilangan pelajar tuisyen dengan bilangan pelajar dalam kelas. budak tuisyen kan tak ramai bilangan dia, senang nak kawal.. bukak minda, bukaa luas2.. haih.. kalau cikgu je asyik nak disalahkan, walhal budak tu yang malas nak majukan diri sendiri, bagi apa2 latihan pun tak nak buat, salah kami jugak ke? kami? teruskanlah menuding jari, nampak sangat peribadi awak tu macam mana. sangat teruk kan cikgu2 ni, waoww.. offensive. g la mintak maaf dengan cikgu2 yang pernah ngajar awak.


dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "


BILA AKU DAH KENAL ERTI DUIT. ok, baguslah, sekarang kenallah lah pulak ERTI MENGENANG BUDI. hargailah apa yang awak dah miliki. kalau ilmu setinggi langit, disanjung orang sebab dapat membina bangunan yang megah2, pandanglah siapa yang memimpin, membimbing, mengajar tanpa mempedulikan hal peribadi sendiri. kami bukan mintak disanjung2 tapi janganlah kami direndah2kan sebegini. kasihan bekas cikgu2 awak. di sini, cikgu2 yang niat memang ikhlas nak memajukan anak bangsa macam awak ni, akan jadi kesal, berkat tak jadinya? sendiri lah jawab liyana. kasihan awak ye.. NANTI ANAK2 AWAK, BUAT HOME SCHOOL JE. awak lebih pandai mengajar, esok jadi macam awak jugak. kenal erti duit. kami ni tak layak ajar anak awak, maklum lah sibuk BERNIAGA, BERBLOG N MENGAJAR TUITION.


multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

kenapa niat kami disalahertikan? tahu tak masih ada yuran PIBG, KOPERASI dan DUIT MAJALAH? bendahari kelas pegang duit? yeeeeelah~..hmm... dengan adanya PBS skrg ni, mmg cikgu2 sibuk key in data, data sekolah, data disiplin, banyak, kami tak suruh pelajar buat. bukak mata tu. maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^ kesian cikgu awak. kesian sangat. kalau ada yang dah meninggal, jawablah kat akhirat nanti.

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..
aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

terima kasih atas nasihat, we will always do our best. see? takkan lah dalam setandan pisang semuanya busuk. renungkan baik2 apa yang awak dah tulis tu.. tak salah melontarkan apa yang terbuku, tapi kalau ungkit bangkit, tak baguslah. tapi kena sedar, pokok pangkalnya, adalah usaha pelajar tu sendiri, kalau dia sedar yang dia perlu bangun, majukan diri, ya bolehlah kami kembangkan potensi dia. kalau dia jenis nak bersuap ja, memang azab untuk kami, dan malangnya bila mereka jadi orang yang tak berguna, masyarakat [macam awak] tuding jari pada kami. dan ya, kat akhirat nanti kami kena jawab. nampak relevannya ALLAH kurniakan kami gaji sebegitu? jangan anggap mudah.

tujuan saya update ni bukan nak menunjukkan kami ni bagus sangat, superman or superwoman. cuma saya terkilan dengan cara dia merendahkan kami cikgu2. mungkin ini bukan saluran yang betul untuk saya tegur dia, saya cuba komen kat blog dia, tapi tak boleh. nak letak kat chatbox, terhad sangat patah perkataannya. terus terang saya cakap, ada yang saya setuju, tapi lebih banyak yang saya tak setuju. macam yang saya dah bagitau, dalam setandan pisang, takkan lah semuanya busuk. fikirkan balik apa yang awak dah tulis. awak engineer, janganlah salah gunakan kerja awak, bina bangunan indah2 guna barang2 murah, roboh, mati orang ramai, awak salah. kerja kita berbeza, awak buat kerja awak, saya buat kerja saya.

sekian. assalamualaikum

2 comments:

dknaori 미스 said...

daebakkkkk..!!! ^0^
saya suka..
patut ditagged miak ya kt ctok..
pat nya bukak mata, bukak minda, bukak hati pikey balit apa ditaipnya...

wahai manusia sekalian,jika anda bukan seorang guru,anda tidak akan tahu bagaimana rasanya jadi seorang guru...
sebelum mengutuk profesion or keja orang lain,lebih baik cermin dolok kerja dirik mpun...
bagus ka sik...
asanya sik semua orang sempurna lam dunia tok...
wallahualam...

hanim70 said...

Peh...kalau ngutuk cikgu bukan main lagi...
Ingatla sikit wahai engineer...yang awak tu pandai baca dan tulis di ajar oleh cikgu juga.....