Thursday, September 20, 2012

:: abstrak ::


PENGGUNAAN SEBATANG PENSEL DALAM MEMBANTU CINDERELLA DAN SNOW WHITE MENJARAKKAN TULISAN

Normasheeda Binti Salleh
whitetulip2312@gmail.com

PISMP Pemulihan Ambilan Januari 2009
IPG Kampus Batu Lintang

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan sebatang pensel dalam membantu murid  menjarakkan tulisan mereka  serta bagaimana pensel  dapat menambah baik amalan kendiri saya sebagai seorang guru. Peserta kajian ini ialah Cinderella dan Snow White (nama samaran), murid pemulihan Tahun 3  Cemerlang di  Sekolah Kebangsaan Alamanda.  Penyelidikan berlangsung sepanjang praktikum tiga. Kedua – dua peserta kajian mempunyai masalah jarak yang  tidak konsisten. Data dikumpulkan melalui lembaran kerja, pemerhatian  dan temubual. Data dianalisis dan hasil menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi Snow White dan Cinderella  dapat dikurangkan.  Data disemak menggunakan analisis sumber melibatkan lembaran kerja dan rakan praktikum.  Pada akhir kajian, Cinderella dan Snow White mampu menjarakkan tulisan meskipun tidak lagi menggunakan pensel sebagai alat bantu semasa menulis. Penggunaan alat khas pemegang pensel dijadikan sebagai cadangan untuk tindakan susulan.   

Kata kunci:  Pensel, pemulihan, jarak tulisan tidak konsisten, kemahiran menulis, dan bahasa Melayu. 

1 comment:

Anonymous said...

Out of the ordinary information. Credit on behalf of the info!