Wednesday, July 4, 2012

.. istihadah ..


Bismillahirrahmannirrahim....

Pernah dengar istihadah ya apa? hurm mungkin bukan satu perkara yang asing bagi kaum hawa, namun agak janggal pada pendengaran kaum adam.. 

Istihadah boleh jadi dalam 2 cara...darah yang keluar tanpa henti-henti atau darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.

Menurut Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya yang berjudul Asas-asas Fardhu Ain beliau menyatakan bahawa : 

“Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari faraj perempuan. Darah ini bukanlah merupakan darah haid atau darah nifas. Ia adalah sejenis darah penyakit. Seseorang perempuan yang ketika didatangi darah istihadhah, wajib berpuasa, bersembahyang dan boleh mengerjakan ibadah lain sama seperti orang lain yang tidak didatangi haid dan nifas.”

Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan pendapat di atas, istihadah tok bukan darah haid dan bukan juak darah nifas. Darah tok keluar after 15 day haid pompuan. so kita kiralah.. kalo dah lebih dari 15 hari haid, means ya istihadah.. 

 Dari Aisyah ra berkata :
“Fatimah Binti Abi Hubaisy telah datang menemui Nabi SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah beristihadhah, oleh itu aku tidak suci, maka adakah aku perlu meninggalkan solat? Sabda Rasulullah SAW : Tidak, itu hanyalah darah penyakit dan bukan darah haid. Ketika kedatangan haid hendaklah engkau meninggalkan solat, dan apabila kadarnya telah berlalu, maka hendaklah engkau membasuh darah yang berada pada diri engkau dan hendaklah engkau bersolat.” (Riwayat Al-Bukhari)

Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan wanita tersebut mandi hadas dan tidak wajib meninggalkan solat serta puasa. 

maksudnya kat citok, solat masih perlu okey, posa mesti teruskan. kalo nak solat, basuh darah ya dolok, guna pad baru then solat. kalau nya kuar juak masa tengah solat, redha ja lah dik, sebab kita bukan control darah ya. Allah tahu niat kita.. sebab ya hari ya kawan saya ada madah, istihadah adalah pemainan syaitan. kenak? sebab nyata dah nya molah kita ragu2..solat kah sik? tok darah haid ka? mun aok, bah, sik perlu lah aku solat..maka hakikatnya, istihadah sik wajibkan pompuan sik posa n sik solat.. 

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)


\
Faktor Istihadhah

Wanita yang mengeluarkan darah istihadhah adalah disebabkan kestabilan kesihatan tubuh badan yang terganggu atau stamina tubuh tidak terjamin yang disebabkan oleh kerosakkan organ-organ atau kelenjar-kelenjar yang berada dipersekitaran rahimnya. Kadang kala boleh juga disebabkan oleh gangguan emosi wanita tersebut.

Darah istihadhah ini mengalir secara berterusan dan kadang kala ia berlarutan sehingga beberapa minggu. Jika keadaan sebegini berterusan, maka lebih baik mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera untuk mengetahui apa puncanya.
Ciri-ciri Istihadhah
  1. Wanita umur sembilan tahun yang mengeluarkan darah.

  2. Wanita yang keluar darah melebihi batasan haid sebanyak 15 hari dan malamnya. Atau wanita yang mengeluarkan darah kurang dari 24 jam atau satu hari dan malamnya.

  3. Wanita yang mengeluarkan darah melebihi batasan masa nifas sebanyak 60 hari dan malamnya.

  4. Wanita didatangi darah sebanyak dua kali yang diselangi dengan masa suci kurang dari 15 hari dan malamnya.
Hukum Istihadhah
  1. Tidak wajib mandi ketika ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada bila-bila masa. Kecuali satu kali ketika haidnya sudah berhenti.

  2. Orang Istihadhah wajib berwuduk setiap kali hendak mengerjakan solat.

  3. Hendaklah ia membasuh kemaluannya sebelum berwuduk dan kemudian ia menutup kemaluannya dengan sehelai kain atau kapas untuk menahan atau mengurangi najis daripada terus keluar. Jika cara ini tidak berjaya menahan darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat atau mengikat kemaluannya supaya tidak bocor.

  4. Tidak menjadi halangan bagi suami yang ingin menjimak isterinya ketika istihadhah. Ini merupakan pendapat mejoriti para ulamak, kerana ia tidak mempunyai satu dalilpun yang mengharamkannya.

  5. Hukum wanita istihadhah sama sepertimana wanita yang suci daripada haid dan nifas. wanita istihadhah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf, membaca Al-Quran, menyertuh Al-Quran dan sebagainya.

No comments: