Thursday, May 3, 2012

Sebenarnya saya sedang dalam proses menyiapkan satu hasil tulisan peribadi saya.. kalau ada rezeki, saya nak hantar p syarikat penerbitan.. hehehe..
Mungkin tak lah menarik sangat but saya akan try jadikannya cerita yang lain dari yang lain.. hehehe..
so hari ni, saya dengan berbesar hati menge'syer' sedikit petikan dalam tulisan saya...

Love doesn’t mean you’re belong to be. Fikiranku mula mentafsirkan makna kata - kata itu . Betul ke? Aku pernah dengar quotes ni. Masa sekolah menengah. Mula-mula aku malas nak percaya benda ni. Tak memiliki bagaimana mungkin boleh dikatakan cinta. Cinta haruslah memiliki kan?. Bercinta, kemudian bertunang, kawen,ada anak kemudian lalui rumah tangga yang bahagia. Hurm, itu baru namanya cinta. Bukan begitu ke? Tapi setelah aku mula meningkat  ke alam dewasa, aku mula mengakui kata – kata itu ada kebenarannya. Mula menapakkan kepercayaan dalam hati bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki. Terutamanya bila rasa cinta itu sekadar dipendam dalam hati. Cinta dalam hati.  Kata pujangga yang pernah aku baca mengajar aku, dalam bercinta, ada masa kita perlu lepaskan dia pergi, tapi andaikata suatu hari nanti dia datang kembali kepada kita itu bermakna cinta itu sememangnya milik kita.
            Tidak siapa pun yang mahupun perjalanan cinta mereka berakhir dengan ‘sad ending’. Semuanya nak yang Happy ending jer. Padahal hakikat kehidupan ada yang sampai daftar diri kat hospital gila kerana cinta. Ish, simpang 44 malaikat. Aku tak harapkan cinta aku berakhir di Tanjung Rambutan atau kat Sarawak ni kat Hospital Sentosa. Tapi harus aku akui, aku punya cinta dalam hati. Entah, aku sukar mentafsir perasaan aku. Adakah perasaan itu sekadar sayang sebagai seorang kawan, atau sayang sebagai orang yang selayaknya disayangi atau mungkin cinta. Sebenarnya dalam hati aku ini boleh dikatakan sayang, tapi belum sampai peringkat cinta. Aku rasa. Aku sayang dia tapi aku tak cintai dia.  Aku tak pernah rasa menyesal terjebak dengan perasaan sebegini rupa kerana aku percaya Allah pasti ada cerita sendiri untuk kisah hati ini. Tanganku yang dari tadi asyik menggunting bookmark untuk anak-anak didikku terhenti. Lantas,  handphone disisi ku ku capai. Menaip apa yang perlu. Kali ini fikiranku mengingatkannya lagi. Nak text ke tak. Urm..
Message have been sent!

bersambung...

ehehehe.. ^_^


No comments: