Tuesday, April 3, 2012

.. saya rindu update bLog ..

Melangkah ke arah untuk menjadi seorang guru banyak mengajar saya selok belok profesion perguruan. Saya bangga kerana saya tidak memilih jalan yang silap untuk menjadi guru kerana ianya satu kepuasan kepada diri saya. Saya capai impian ibu bapa saya yang inginkan saya menjadi seorang pendidik.
Saya berjaya mempelbagaikan kerjaya dalam keluarga saya.  Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang saya menjalani praktikum.  Karenah anak2 murid saya memang kadangkala menyakitkan hati. Namun semestinya telatah itu yang  akan saya rindu suatu hari nanti kerana sudah pasti saya takkan kembali kesekolah tersebut lagi.
Terima kasih kepada warga SK RPR Batu Kawa. Cikgu Sharipah yang snagat banyak membantu.
Terima kasih kepada warga SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan. Sebab beri pengalaman yang sangat bermakna untuk saya dalam membekalkan diri menuju kea rah guru yang berkualiti.
Terima kasih kepada warga SK Stapok, kerana member peluang untuk saya menumpang kasih di sana.
Saya rindu pada mereka, yang ada ketika pandai memujuk hati saat geram dengan telatah mereka. Dengan manja, hampiri saya dan rakan dengan harapan dia dimaafkan atas kesilapan rakan lain yang menyebabkan sesi P&P tidak berjalan lancar. Saya rindu pada mereka yang matanya sepet, baju tidak ber’iron’, dihindari rakan kerana jarang mandi waktu pagi. Sedih rasa hati bila melihat kaki kecil itu melangkah dengan dua beg sandang di bahu. Tanpa silu tersenyum menutup matanya yang sedia sepet. Saya rindu pada yang paling bijak mengambil hati atau dalam kata lain paling bijak membodek. Menanyakan perihal guru cantik seperti yang diperkenalkan semasa perhimpunan. Ricky yang paling takut pencil pembelian ibunya hilang hingga sanggup naik ke bilik pemulihan untuk mencari pencilnya itu. 
walau camne pun sidaknya berolah.. saya sayang dak nya ^_^

No comments: