Sunday, December 23, 2012

:: 23. December 2012 ::

23.12.1987 

Keheningan pagi itu mempu mengilukan tulang sum sum! pagi itu juga Mak Sapiah terasa perutnya meragam. Dirabanya perutnya yang memboyot. Menunggu kelahiran yang ke empat. Kesakitan yang dirasainya pada pagi ini lain macam. Jam di atas kepalanya di capai. Jam menganjak ke empat pagi. Suaminya yang bekerja sebagai pekebun tiada di rumah. Semalam telah bertolak ke Bandar untuk menjual hasil tanaman. Alhamdulillah buah tembikai mereka menjadi. Dilihatnya adik lelakinya yang sengaja diajaknya bermalam untuk menemaninya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengejutkan adik bongsunya itu. 

" Tero, tunggah nenek lok. sakit perut lain macam tuk"
walaupun frekuensi suaranya tidak setinggi biasa, namun jelas kedengaran seperti menahan sakit. Tero terus bangun mendapatkan nenek Sauyah yang tidur di luar bilik. Tidak sampai seminit, nenek Sauyah sudah berada di pintu bilik. 

" kau dah nak beranak ka?"soalnya
" sakit mak" jawapnya pula
"jap" tanpa membuang masa Nek Sauyah terus menyelak kain yang dipakai Mak Sapiah
"dah nak keluar biak tok" 

Nek Sauyah membaca beberapa potong ayat. Mujurlah Nek Sauyah sememangnya bidan di kampung itu. Jadi dia tahu apa yang hendak dia lakukan. 

kira kira jam 4.30 pagi .Pada hari rabu maka lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia. 
Alhamdulillah sempurna sifatnya. terpulang kepada bagaimana ibu bapa mencoraknya.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

teror sik teror, itu adalah antara karangan pendek yang aku karang khas mengikut pengalaman dan cerita sebenar yang disampaikan kepadaku. 

Terima Kasih Allah,
kerana dengan izinMu aku dilahirkan kedunia..
Terima Kasih Mak n bapak, 
Kerana tanpa mak n bapak, sikkan saya lahir ke dunia..

Masa tok lah ingatan yang kuasa berganda2 teringat ngan arwah mak.. 
..Jom bersajak..

wajah itu...
Seketika menggamit  hatiku...
membawa diriku mengharungi satu daerah yang berbeda...
daerah yang bernama hati..
kepiluan dan kesedihan sebagai penghuni,...
wajah itu...
wajah yang sudah lama tidak ku tatap..
wajah yang selalu aku rindu,...
pemilik wajah itu,
aku harapkannya selalu bersamaku..
aku harapkannya selalu disampingku...
namun, apa dayaku..
Allah pemilik ratu hatiku...
Allah menjemput dirinya terlebih dahulu...
Allah menjemputya sebelum impiannya ku tunaikan...
saat Hati dan diri ini masih memerlukan...
saat hati dan diri ini masih belum rela membiarkan..
saat hati dan diri ini masih ingin dimanjakan..
kini..
hati dan diri ini sudah bisa menerima hakikat..
bahawa Allah lebih menyanyanginya...
terima kasih kerana melahirkan...
terima kasih kerana mendewasakan..
terima kasih atas segalanya..
damailah engkau disana..
bersama orang2 yang bertaqwa..
Al-Fatihah...buat bonda tercinta...


Alhamdulillah Hari ini genap umur saya mencecah 25 tahun.. 
Allah beri aku kesempatan untuk hidup lagi.. 

Terima kasih Ahli keluarga yang mengucapkan selamat.. 
Terima kasih kawan2 terbaik ^_^ 
Terima Kasih Rakan2 FB n Twitter.. 
Terima Kasih Ahmad Fedtri Yanhya yang wish :p
Terima kasih senior2 yang baik
Terima Kasih Junior2 yang ohsem
Terima Kasih rakan2 yang baik punya..

So. Just for fun, sempena tarikh kelahiran saya senaraikan wish saya.. hehehe

#wishList 
1. Allah merahmati kehidupan saya
2. Allah beri kesejahteraan kesihatan kepada saya sendiri dan  orang2 yang saya sayangi
3. Allah melancarkan urusan penempatan kami
4. novel saya boleh siap!
5. Saya jumpa jodoh yang saya mahu :p
6. Saya boleh kurus :p



semakin panjang umur, semakin dekat kita dengan mati 
semoga Allah permudahkan urusan saya.. 
Semoga ku tidak lupa diri walau dalam apa juak keadaan..


Kali ini saya dapat 3 Kek.. 
hehehe
Dari Nass n from Mimi together with Wyn n suprisely by team Google :p

Mimi n win berik Tq dear

Nass bagi Tq Nass


Of course from google

Terima Kasih semua..
Semoga Allah merahmati kita smua ^_^





Tuesday, December 18, 2012

:: Lamaran ::

Bismillahirrahmanirrahim
assalammualaikum..

saya rasa ini adalah entry pertama saya untuk bulan ini.. 
Alhamdulillah Allah beri kesempatan lagi untuk hidup ~ 

dolok masa gik sekolah soalan femes mun tiba2 anak dara berkumpul 
"ko budget kawen umur bila?
ada yang jawab 23, 27 25 n majoriti la jawab 25. Macam ideal jak kot
termasuk saya.. hehehe saya pilih 25
tapi jawapan saya datang dengan syarat.
saya mungkin kawen awal kalo saya tak sambung study n mungkin lewat kalo future study. 
n c. it is tRuE!!!

Hari ini 18.12 ada something berlaku..
tak lah gempak sangat sebab sebelum ni pun pernah jadi.
 Bezanya sebelum ni orang cakap " kalau anak aku belum kawen, aku ambik kau jadi menantu"
itu KALAU! 


bermula daripada hash taq #ToBeHonest
so saya kongsi apa yang berlaku hari ni.. 
Tak gempak tapi tetap suatu perkara yang sedikit terkesan..hahah

sebenarnya "Pak Cik" ni dulu slalu p rumah kami..
masa tu kami adik beradik kecik lagi..
dia tak tua sangat. paling2 pun umur 40 kot.. 

tadi terjumpa kat Desa Ilmu.. 
macam biasalah, dah lama tak jumpa, bebual la. 
Dia yang dh lama tak balik kampung tanya pasal kampung..
Last2 dia tanya lah 
" ko dah kawen?"
so saya jawab " hahah belom, bok jak habis blaja" 
" ko mok nikah ngan anak "Pak Cik"
sgera ya juak saya tek tetak (ketawa).. So sorry, bukan merendah2kan kata2nya,. 
but saya tetap rasa benda ya lucu n sengaja dibuat main..
"aih, nanyak bena tok" katanya lagi.. 
Tersengih2 saya jawab  " anak ktk biak glak ah. Sian ngan nya lak kawen ngan saya kawen orang tua" hahaha
sebab apa saya kata begitu? sebab nampak sangat umur anaknya muda. 
sedangkan masa saya darjah berapa nya g rumah masa ya nya belom kawen. 
ikut kiraan guna kaedah Polya, saya rasa umur anaknya dalam 18 kot :p
#sayasedardiriOkay kalau muda sampey dekat 10 tahun, saya in shaa Allah try elakkan.. 
hehehe

lepas saya tulis tok, baru saya teringat, hari tok 3 kali saya ditanya pasal kawen
1. Kazen
2. Mok Aji
3. "Pak Cik" tadi

#Followerkehidupansaya a.k.a falmy hahaha

In Shaa Allah ada jodoh saya kawen..
bohonglah kalau tak nak..
Just doakan yang terbaik untuk saya.. hehehe



Ehsan gOOgle


Friday, December 14, 2012

.. Proud to be Pemulihan-ians ..

Salam..

alhamdulillah.. minggu ni segala perkara yang di tunggu2 selama 5 tahun, semua dah lepas dah..
percaya pada kata2 
"Allah tidak akan menduga hambanya melebihi kemampuan mereka"

Allah tahu kami mampu..
terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 5 tahun ini..
but most of all menjadikan saya dan rakan2 kuat..

MQA
hanya MQA yang pandang kami..
hahaha.. bukti dia  cari kami samapi di kuching demi untuk lulus verifikasi   

Ok apa yang bakal saya sampaikan ini adalah kata hati saya sahaja..
kalau ada siapa2 yang terbaca n tersingung, saya minta maaf.. 
sebab to be honest itu bukan niat saya..
mengungkit apatah lagi membangkit..

pemulihan..
satu bidang yang kadang2 (sikit lah) orang pandang sipi..
"owh pemulihan.. patutlah.."

saya tak minta kami dikenali tapi most of the time kami sering dilupakan..
perasaan dilupakan tu sama dengan perasaan apabila berada di dalam kelas, tapi cikgu tak ingat nama.
as a student, it's the worst feeling will they feel
dan itu yang kami pernah rasai.. 

suatu ketika kami pernah rasa down giler..
macam rasa aku stress giler..
walaupun ianya cuma satu kaedah permainan, namun saya tetap katakan jika ada guru yang mengaplikasikan permainan tersebut, 
guru itu memberi satu pengalaman DOWN yang sangat pahit untuk peserta yang kalah. 
bayangkan, kita berusaha untuk menambah mata, tapi 3 kumpulan lain berpakat tolak markah kita.. 
3 lawan 1.. apakan daya kami..
dengan alasan supaya diri sendiri selamat, berpakatlah mereka menjatuhkan kami..
waktu itu perasan saya sukar untuk digambarkan..
sehingga saya menyatakan kepada salah seorang ahli kumpulan (yang kami rasakan tidak pernah melakukan kami sedemikian rupa)
saya benci kumpulan kamu!!!
silap saya jugak lah sebab mungkin bukan niat dia.. sebab nama pun kumpulan, mesti akan ada yang terpaksa akur dengan yang lain, TETAPI waktu itu saya betul2 sedih
apa salah akmi sebenarnya?
Ya, mungkin kumpulan awak tak pernah rasa sepertimana kami rasa..

tapi alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan hati yang senang memafkan..
saya maafkan mereka tapi mustahil untuk saya lupakan perkara yang pernah beri impak besar dalam diri saya..
so far so good, saya berkawan dengan mereka sepertimana saya berkawan dengan yang lain >_<
sebab dari situ saya mula terfikir..
bagaimana untuk meningkatkan nilai profesionalisme pemulihan di mata mereka.. 
dan saya percaya pengalaman yang mereka berikan itu merupakan satu pengalaman yang menjadi pengajaran sampai bila bila. 

dan hari ini saya belajar daripada pengalaman itu..

untuk pengetahuan semua 
saya adalah salah seorang individu dari kelas saya yang suka menyatakan pendapoat sekiranya saya rasakan pendapat saya perlu diutarakan..
mulanya saya fikir menyuarakan pendapat itu adalah satu perkara asas dalamsistem demokrasi..
namun apa yang terjadi beberapa ketika dalam masa yang terdeka ini, rupa2nya ada individu yang merasakan pendapat hanya boleh diutarakan oleh individu yang berkepentingan dalam organisasi..
hurm..

saya tak minta pendapat saya diterima 100%.. tapi jika anda berada ditempat saya, anda akan buat perkara yang sama ~ i guess!
selepas saya suarakn pendapat saya....
komen itu di delete oleh dia..
di post komen yang lain untuk menarik perhatian. supaya diri saya yang nampak bersalah..
ok, saya terima kerana saya tahu awak kalau dah buat keputusan takkan boleh dibangkakng Farah (2012)..
tahniah kerana semua orang nampak saya slaah..
ketua awak juga nampak saya salah..
DUNIA! 
asalkan pandai buat muka kasihan, smeua orang akan percaya..

niat saya untuk mempertahankan hak rakan2 mati di  situ sahaja.. 
sebab saya MALAS!
tapi ada insan lain dalam kelas yang perjuangkan..

guna singkatan untuk pengajian..
setelah di undi, semua setuju untuk gunakan singkatan..
but not US!! PEMULIHAN-ians
rasionalnya : tak semua orang tahu singkatan PEM + pemulihan..
even Lect ramai yang tak tahu.. 
jadi saya berusara menyatakan pendapat..
bila disuarakan waktu itu, orang akan mula berfikir

ada benarnya dengan apa yang saya nyatakan..
Terima kasih kepada yang memahami.. 

namun ada suara kera sumbang yang bersuara bukan pada medium yang betul
PEmulihan ya rasa best!

Hey ladies yang perasan best!
ITU HAK KAMI.. 
nama itu penting lo.. 

apa yang boleh saya katakan, 
saya bersuara kerana saya rasa apa yang bakal saya suarakan adalah benar!
saya bukan bersuara untuk menjadi pembangkang untuk setiap apa yang orang lain laksanakan.. 
saya bersuara bukan untuk suka-suka..
apa yang patut saya suarakan, saya suarakan..

walau apa jua pandangan orang lain, saya tetap bangga dengan rakan2 saya..

hari ini, hasil daripada pembelajaran lepas, 
kami belajar untuk mempertahankan HAk!
kami belajar untuk meningkatkan motivasi kumpulan kami.. 
dan kami harap, kumpulan lain takkan pandang rendah pada kumpulan kami lagi..



Friday, November 30, 2012

:: Harimau Malaya ::


tengok nama pun tahu kan entry kali ni pasal apa.. 
yup.,, its about Harimau Malaya...

saya harap, saya doa Malaysia menang esok.. 2 - 0 pun jadi lah.. 
tak kiralah sapa2 yang jaringkan gol..
plus pertahanan harus kuat.. 
siyes saya risau..
sebab mengekalkan kemenangan itu lebih payah daripada merampasnya.. 
hurmm.. 
esok Malaysia bakal menentang Indonesia..
bila Indonesia sebagai pihak lawan, bukan final pun nampak macam final.. 
so Malaysia, buat sehabis baik.. 

^_^

#Mahalli, Farizal Marias, Apek, Safiq, Safiee, Mat yo, Fadli Shas, Aidil, Azmi muslim, S kunalan, Khairil muhaimin, Baddrol Bahktiar, Azzamuddin, Fakri Sarani, Amar Rohidan, Hazwan bakri, Syakir Saari, Zubir Azmi  dan Datuk K Raja Gopal.. 
goOd Luck untuk esok ^_^
semoga kemenangan itu akan terus milik Malaysia

Ya Allah berikan kemenangan kepada mereka.. 
amin... 


Thursday, November 15, 2012

:: Fahrin Ahmad ::

alhamdulillah.....
well, sapa yang tahu akan maklum apa yang bakal saya perkatakan kali ini..
YES I DO..
saya mengaku saya minat kat jejaka idaman Malaysia.. Orang minyak Encik Fahrin Ahmad..
hari ini dalam sejarah, 
 kami seperti tinggal di pedalaman hari ini kerana masalah air, heheh
tapi perkara yang lebih mengembirakan adalah FAHRIN AHMAD akhirnya balas tweet saya.. hahahaha
hahaha
walaupun hanya begini, saya sangat3 gembira..
saya akan usaha lagi.. hahahaha

honestly saya rasa seperti menerima cinta baru dalam diri.. hahahah
sound silly..
but itulah kebenarannya..

ini kot rasa teruja apabila cinta diterima..
bukan sepertimana biasa, hanya bertepuk sebelah tangan..
apa2pun malam ini saya tidur dengan jiwa yang sangat3 ~~~~~~~

selain itu, shila amzah pun da tweet saya.. hehehe

Fahrin Ahmad..
pak ustaz saya.. mengharap menjadi imam setiap solat :p
^_^

lalalalalala


Sunday, November 11, 2012

:: al fatihah ::

hari ini saya menerima panggilan.
sekali lagi untuk tahun ini setelah sebulan lalu menerima penggilan yang sama..
udak saya pergi untuk selamanya..
 
al fatihah..
 
saya terasa sangat3..
sepertimana saya terasa akan kehilangan arwah mak saya 4 tahun lalu, itu lah yang saya rasai sekarang tok,..
Ya Allah,
tabahkan hati anaknya yang tengah SPM sekarang tok..
tabahkan hati isterinya yang baru sahaja melahirkan anak..
tabahkan hati2 yang menyayanginya Ya Allah,
agar hati2 itu merelakan pemergiannya..
memaafkan kesalahannya..
menghalalkan semua perkara yang melibatkannya..
 
melaluiMu aku mohon ya Allah,
agar rohnya dicucuri rahmat..
tempatkannya bersama hamba-hambaMu yang beriman..
 
al fatihah.. 

Saturday, November 10, 2012

:: 10.11.12 ::

Bismillahirrahmanirrahim
 
:: maka rasmilah sudah saya bergelar penganggur.. hehehe ::
 
sedih memang sedih lah juak berpisah ngan kawan2..
sapa sik sedih woi.. tok pun sebak sa jiwa.. sa mok minum Gaviscon
 
hurm blaja di maktab, camne rasa blaja dari Form 1 sampey F6 bawah..
5 tahun setengah..
bukan masa yang singkat..
 
:: 2007 :: 
daftar diri, of course mulalah berkenalan ngan rakan2..
Saya satu grup dengan Suhana Udin..
sue, kawen dah kinek.. hehehe
kumpulan masa ya dibahagi ikut lagu kanak2..
saya dapat lagu Oh suzana.. huhuhu
 
maok kelas, kenal lagi dengan kawan2 sekelas..
dulu kmk orang skema giler..
block D ya kelas kmk orang..
satu batch sia..
wpun kelas mula aher, kmk orang mesti juak berada sia by 7.30 am!!!
tok Mr. Tan lah pun kerja..
siap nunggu bawah pOkok mok tau sapa lambat..
adoyai...
tapi ya mendisiplinkan kmk orang..
saya sik madah junior sik berdisiplin, but apa yang dapat saya perhati setiap tapok kepimpinan ya lain nya pun cara..
 
:: 2008 ::
masok sem 2,
sedih giler masa trima keputusan exam..
gue gagal satu paper..
Matematik..
mun dah daripada 300 ++ orang ambik paper tok 100 ++ jak lulus..
hurm n saya salah seorang yang gagal..
sedih gilak2..
then ok, deiberi re-seat paper.. alhamdulillah lulus..
dan berjaya menyambung pengajian sehingga semalam.. sem yang sama juak, da berlaku sedikit konflik dalam kelas..
terasing gilak2 masa tok..
Allah tahu camne rasa..
n always remember lepas ya,apa2 hal
"biar masa jak menentukan"
n we are what we are hari ni rite sharmimi ^_^
hurm...
dalam tahun tok juak,
saya hilang insan yang tiada ganti..
mak saya pergi buat selama2nya..
saya ingat lagi, malam ya ada event yang kelas kmk orang anjur..
saya jadi MC..
kotan saya sik tentu nya, nama senior lelaki pun saya sebut saudari..
manas dak senior..huhuhu
saya sik sengaja..
masa ya, jiwa saya sik tentu..
arwah mak pergi jam 4 pagi..
al fatihah..
terkilan, sapa sik terkilan.. huhuhuh
;-(
 
:: 2009 ::
 
paling gumbira la sebab berjaya amik degree..
merasa PBS buat kali pertama..
syok lah juak..
banyak pengalaman di timba..
Cikgu Yusop basuh kmk orang khaw2 punya..
 
:: 2010 ::
 
usaha 2009, Cikgu yusop janjikan bawa g melawat semenanjung..
kmk orang g..
best juak..
 
:: 2011 ::
 
Praktikum mula dah..
dari RPR Batu Kawa
saya n Bee ke Jalan Hj Bolhassan
then ke SK Stapok..
pratikum bena2 beri pengalaman n pengetahuan yang lebih mendalam..
 
 :: 2012 ::
 
internship nya juak,
seminar nya juak,
kursus gigi
kursus KSSR
 
uih nang tahun paling busy lah..
 
n sik semua kenangan pahit manis kita boleh tulis n kongsikan..
 
apa yang penting, sini saya kenal sahabat2 saya..
macammana mereka..
kesukaan mereka..
kebencian mereka..
mungkin tidak semua, but still itu bukti saya pernah jadi sebahagian dalam hidup mereka..
terima kasih teman2 di taman langit..
akhirnya kita akan dilepaskan didunia.. mengikut alir sendiri..
kemana kita pergi, pastikan akan bersua kembali..
biar hanya Allah menjadi pemisah antara kita . InsyaAllah..
semoga semua berjaya menjadi guru2 yang disegani semua..
semoga semua berjumpa, imam2 yang mengimamkan solat setiap masa..
semoga peroleh cahaya mata yang bertaqwa..
semoga ada masa kita tetap akan bersua..
kita bersahabat sampai tinggalkan dunia..
hingga akhir nafas saya..
terima kasih untk semua kenangan yang dicipta bersama..
untuk semua pengajaran yang kita pelajari bersama..
mohon maaf untuk semua kesalahan yang pernah dibuat,
untuk ucapan yang pernah tersilap,
untuk perbuatan yang adakalanya khilaf..
saya sayang sahabat saya..
 
dan di sini saya jumpa, dia yang saya cari selama ini..
Hensem agamanya, hensem juga parasnya
sakarstik but buat hati suka..
tapi, hubungan itu takkan pernah menjadi jika satu pihak sahaja yang punya rasa itu.. hehehe
hati saya mungkin ada pada dia, but hati dia bukan milik saya..
doakan saya jumpa insan seperti dia..
yang boleh bimbing saya sekiranya saya tersasar..
yang terima saya walaupun saya besar..hahaha
yang beri saya lesson bagaimana rasa yang tidak terungkap itu mengalir dalam jiwa..
namun orang kata rasa itu tak semestinya memiliki meski ada hati yang sakit..
jangan salahkan saya kerana punya rasa ini..
sebab perasaan itu anugerah Allah
saya doakan awak bahagia dengan dia..
dia baik n sangat sesuai untuk awak..
cuma saya harap, persahabatan kita tidak juga ternoktah di sini sahaja..
terima kasih pria hati ^_^
 
so, officially, tarikh cantik
 
:: 10.11.12 ::

Secara rasmi saya bergelar penganggur..

buat rakan2 PISMP AMBILAN JANUARI 2009 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, Gengpem Batulintang khasnya , B.ed TESL OTAGO COHORT 1, Pensyarah2 yang dikasihi,staf2 sokongan dan tidak lupa adik2 junior..

terima kasih untuk setiap pengalaman dan pengetahuan serta kenangan yang telah kita bina bersama..

untuk kesilapan yang tidak...
disengajakan, kata-kata yang tersalah ucapan, tingkah laku yang tidak berkenan, mimik muka yang menggeramkan,

dengan rasa rendah diri saya pohon kemaafan untuk semua perkara melibatkan saya yang memberi kesan..hehehe

anda semua akan sentiasa dalam ingatan kerana anda semua sebahagian daripada kehidupan..

terima kasih daun keladi, InsyaAllah lain masa kita jumpa lagi..

:: sekian, terima kasih :: ^_^
 
..sadaqallahulazim..





Tuesday, November 6, 2012

:: sebalik pertemuan, perpisahan itu pasti ::

buatr masa sekarang, saya tidak mampu menulis apa2 berkaitan sahabat2 saya..
sebab setiap tarian jari ini akan menyentuh perasaan sndiri.. hehehe

cuma, 
di sebalik  pertemuan itu, perpisahan pasti akan ada.. 

Saturday, October 27, 2012

.. Aktiviti kOrban ..

slamat hari raya aidiladha..
heheh
alhamdulillah saya berpeluang beraya dirumah tahun ni, 
saya rasa raya kali ni meriah cket..

al fatihah untuk arwah mak..
al fatihah untuk rasulullah dan sahabat2nya..
dan semua ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah..

raya haji sama maksudnya dengan raya korban..
di hari raya korban ramai orang berkorban dengan pelbagai cara..
korban kerbau, korban kerjaya dan sebagainya..

apa erti pengorbanan untuk diri saya?
saya belum pernah korbankan seekor lembu..
saya belum pernah korbankan rasa kasih saya untuk sahabat baik saya :P
atau saya belum pernah korbankan kebagiaan saya untuk siapa2..

juz want to share xtvt kOrban hehehe
ya saya madah rami sikit raya tok.. hehehe
kawan2 adik saya datang.. heheh






alhamdulillah hari ni genap umur anak sedara saya 12 tahun..
but kebetulan si adik lusa 29.10 dan si bongsu 4.11 so semua disekalikan..

happy birthday
 Nurhaziqah Farisha Binti Sapuan
Nursofea Umairah Binti Sapuan
Nurizatul Aqilah Binti Sapuan

anak2 sedara Chik Dot semua menceriakan hari Chik Dot.. hehehe

jadi anak yang baik..
jadi anak yang menyenagkan >_<



Yaya


nuriz






Iqa, Yaya n nuriz




Tuesday, October 16, 2012

:: sEmut dan lalat ::

bila berbicara tentang semut..
dalam kepala kita akan terbayang

binatang yang
kecil
rajin
ada macam2.. kaler hitam, merah, coklat jernih etc
tidak boleh di bunuh sesuka hati..
suka benda manis..
ada gula ada SEMUT
bkerjasama

bila berbicara pasal lalat pula..
kotor..
suka benda terdedah
pelbagai saiz.. 
etc

tapi kan pernah tak kita terfikir, 
kenapa kalau temakan semut, kita akan mudah lupa..

tapi kalau ada lalat masuk dalam minuman kita..
ada sumber yang kata, bila lalat dah masok.. selam balik..
sebab lalat ada kebaikan yang tersembunyi..

nampak tak? binatang seperti semut, bawa sedikit keburukan kepada kita..
padahal semut rajin,.. kenapa tak kalau kita termakan semut, kerajinan kita bertambah.. hehehe
dan lalat.. 
kalau kita minum air lepas terjun papan anjalnya, kita masih dapat sedikit kebaikkan..
padah kita tahu macammana lalat itu sendiri.. 

begitulah manusia..
luaran lain..
dalaman lain..

mungkin dia dari segi fizikal, sempurna tip top.. 
namun masih ada yang tidak elok ada pada dirinya..

dan mungkin pada zahirnya seseorang itu nampak buruk, jahat..
namun tidak mustahil ada kebaikkan yang tersembunyi dalam dirinya...

kredit untuk nur_sharmimi bakar sebab membangkitkan pengerahan minda ini untuk berhujah..

so, yang baik itu datang dari Allah dan segama kekurangan itu datang dari diri saya sendiri >_<



Ehsan goOgLe

Friday, October 12, 2012

:: Suriani Naffila Adam ::


ini gamba sebelum dia kawen.. hehehhe
sekarang kawen dah..
Alhamdulillah..
saya pernah cita pasal nya masa nya kawen hari ya..
hari ni, saya stalk FB dia.. hehehe
then baca status2 dia..
sik terasa ni, u are going to be a mother!
menunggu hari..
mesti best perasaan ya nak? hehehe 
saya doa anak awak selamat..
awak pun selamat..
semoga dapat anak yang comel, dan anak yang soleh / solehah..
daripada hasil pembacaan nya mungkin dapat baby girl..
makin teruja..
bagus juaki nya beranak hujung tahun.. hehehe



tok nya ngan laki nya.. hehehe 
muka bahagia di hari raya.. 

mungkin agak terlambat, but saya nak kongsi k awak.. hehehe

Ini ada beberapa perkara secara umumnya yang harus dilakukan oleh bakal ibu;
  • Dapatkan tidur yang secukupnya. 
  • Makan dengan sihat. Pastikan ibu mendapat vitamin secukupnya terutamanya asid folik. Jangan mengelakkan sebarang hidangan terutamanya susu bagi mendapatkan kalsium yang tinggi dan protein di dalam diet untuk ibu dan bayi.
  • Hadkan pengambilan kafein. Kafein boleh dikaitkan dengan keguguran dan kurangkan pengambilannya semasa kehamilan.
  • Mengurangkan tekanan. Tekanan boleh mengakibatkan ibu cenderung untuk makan sedikit dan tidak mendapat tidur yang secukupnya.
  • Memakai tali keledar. Berlakunya kemalangan di jalan raya merupakan penyumbang besar kepada keguguran dan kecederaan bayi dalam kandungan Justeru itu, pastikan anda memakai tali keledar sentiasa.
  • Bersenam. Jika anda bersenam sebelum anda hamil, lakukan pada kadar yang lebih sederhana. Ini akan memudahkan untuk anda semasa proses kelahiran nanti. Jika tidak pernah, berbincanglah dengan doktor tentang jenis senaman yang sesuai dan terbaik untuk anda.
  • Sentiasa berhati-hati dengan penggunaan ubat-ubatan. Periksa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Dapatkan berat badan yang sihat. Umum diketahui bahawa wanita akan mendapat berat badan di antara 25-30 kilo semasa kehamilan. Jangan memaksa diri untuk berdiet atau tidak makan pada masa ini. Dan jangan lah pula menggunakan kehamilan sebagai alasan untuk ibu menambah berat badan.
  • Sentiasa berjaga-jaga dengan makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Ambil langkah berjaga-jaga apabila mengendalikan makanan mentah seperti daging, sayur dan buah-buahan kerana pada masa kehamilan ini sistem imunisasi ibu akan berkurangan.
  • Banyakkan bertanya soalan kepada yang pakar seperti doktor.
Perkara yang TIDAK harus dilakukan semasa tempoh kehamilan;
  • Makan ikan yang banyak kandungan merkuri seperti pari, jerung, tuna dan todak. FDA mencadangkan agar ibu mendapatkan tidak lebih daripada 1 atau 2 hidangan ikan atau kerang yang  mengandungi merkuri rendah setiap minggu.
  • Merokok atau mengambil sebarang dadah.
  • Mengambil susu atau produk susu seperti keju yang tidak dipasteurkan.
  • Melakukan aktiviti yang lasak yang boleh menyebabkan ibu terjatuh.
  • Mandi air panas atau bersauna. Suhu badan yang sesuai semasa kehamilan ialah sederhana dan tidak terlalu panas. Tahap cecair dalam badan juga harus dikawal dengan minum banyak air.
  • Menukar atau membersihkan kotak kumbahan kucing.
  • Elakkan pembersih toksik dan bahan-bahan berbahaya seperti pelarut, tin aerosol dan penanggal cat kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
okay itu saja buat masa ini. Apa yang diberikan hanyalah garis panduan umum untuk ibu yang nak hamil atau tengah hamil.

semoga semuanya selamat.. INsyaAllah ^_^