Thursday, October 6, 2011

.. kiamat..

bismillahirrahmanirram...

rukun iman menyatakan kita wajib yakin/ beriman/ percaya pada 6 perkara..

1. Beriman kepada Allah..
2. Beriman kepada Malaikat.
3. Beriman kepada Rasul.
4.Beriman kepada Kitab
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar

ya, semua ini melengkapkan diri kita menjadi muslim yang hakiki..INsyaAllah

bercakap soal hari kiamat, ya saya percaya adanya hari kiamat..
suatu hari kita akan di kumpulkan di padang Masyar..

memang ada yang tidak mahu mempersoalkan bila tibanya hari kiamat, tidak mahu membayangkan bagaimana rupanya hari kiamat..
kerana, hari itu pasti akan tiba!!.. itu pasti..
namun, manusia seperti saya harus sentiasa diingatkan dengan hal2 sebegini rupa..
kerana saya akui diri ini sering alpa..
melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah. namun atas rasa kepuasan diri saya lakukan jua.. selagi tak membatasi ajaran agama..
InsyaAllah..
n alhamdulillah saya punya teman2 yang sedia menegur..

persoalan di kemukakan? adakah saya sedia menuju kiamat..
tanya lah siapa jua di sekeliling anda, jika ada yang menjawab YA..
subhanaAllah, pasti dia insan pilihan...

dan jika saya ditanya, jawapan saya pastinya tidak..
namun, jika jawapan itu dijadikan ukuran terjadinya kiamat,...
tepuk dada tanya minda...

kerana walau apa pun terjadi, kiamat itu pasti...

mari kita imbas kembali, apa tanda2 kiamat?
tanda2 akan tibanya hari kiamat..
antaranya adalah :


*Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

-  lihatlah bagaimana dunia hari ini. tak perlu kita menjenguk pada penganut agama lain..tak usah juga kita menjenguk ke negara lain. Lihat yang ada di depan mata...
tanpa segan silu, zina diagungkan dan dibanggakan..
buktinya, kenapa anak2 kecil dibiarkan menjadi bahan makanan binatang.. mengapa tubuh kecil ini menghuni kawasan yang bukan tempatnya..
buka mata buka minda..

kesedaran dalam diri kita ada, namun usaha kita untuk menghentikannya nyata sekali terlalu sukar untuk dilaksana..

kita tegur, dijawabnya,  "tak usah kau nak sibuk hal aku!!"

huh, apa lagi yang mampu kita lakukan? kerana kita manusia biasa..
sekadar peringatan diri.. iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang... wallahualam..

dan apabila maksiat itu membuahkan hasil, diberi situasi "apa tindakan? melahirkan atau menggugurkan?"
dijawab melahirkan, kasihan si anak jadi ejekan apabila dilahirkan..
dijawab digugurkan, kasihan si bayi juga berhak melihat dunia..
yang persalah sipelaku..
yang memikul kesalahan anak si pelaku?
so?
nak buat tu fikir2 lah dulu..
Masya Allah.. lidah saya kelu untuk memberi jawapan..
hukum Allah bukan lagi satu perkara yang hambanya takuti..
malah semakin berani pula mengingkari..

Ya Allah, lindungi diriku yang lemah ini...


*Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

muzik itu satu perkara yang menyenangkan..
tapi harus kena pada masa dan tempatnya..
sekali lagi, mari kita lihat bagaimana wajah dunia hiburan kita hari ini...
semuanya berlandaskan muzik semata2..
hingga saya sendiri mengajar murid2 dengan penerapan muzik..
hurm..
sekali lagi, harus kena pada tempatnya..
saya tak kata berhibur itu salah..
saya tak kata saya tak menyanyi..
saya tak kata saya takkan menyanyi di khalayak ramai..
kerana saya sendiri tidak pasti,
adakah pasti saya tidak melakukannya dikemudian hari..
kerana sekali lagi,
saya tetap manusia biasa..
akan lupa dan akan leka..

*Menghias masjid dan membanggakannya

huh...
pergi search dekat google..
taip " MASJID"
nah, tersergam indah gambar2 yang diberikan..
malah baru2 ini ada usaha pula membuat poskad tentangnya..
macammana, percaya tak?
hari ini kita lebih suka Menghias masjid dan membanggakannya!!..
saya tak kata menghias masjid itu salah..
saya tak kata membanggakannya juga salah..

namun, janganlah kita terlalu megah dan berlumba2 kerananya..
hingga tanpa sedar, masjid itu terlalu besar : kerana orang hanya sekadar datang melawat.. bukan datang nak solat..

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

jadilah kita golongan yang sentiasa bersederhana dalam segala perkara.. buka golongan yang mengagungkan suatu yang bukan hakiki milik kita..
menderma dalam pembinaan masjid, kalau tak masuk tv,marah!
merasmikan masjid, kalau tak masuk tv tah sah!..

hai manusia, <--- termasuk saya
sama2lah kita beringat.. semua itu, Allah yang punya..
kita sedang di duga dengan kekayaan dan nikmat dunia..

*Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

saya yakin semua rasa perkara ini.. termasuk saya..
saya tak bagi salam pada orang yang tidak saya kenali..
bantulah saya bagaimana mengatasi..
namun, hakikat walau bagaimana kita cuba untuk memulakan,
kita tetap berada dunia akhir zaman..
mungkin agak terlambat, namun bukan satu dosa untuk kita mulakan ;-)

*Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

nah, yang ini sudah terang lagi bersuluh..
hari ini kaum hawa seronok mempamerkan body untuk tetapan lelaki..
kenapa? kerana mereka akan dikatakan kuno kalau guna baju tak ikut trend..
konon!!

pakai baju fit, stail..
pakai baju jarang, stail..
pakai baju seksi, stail..

adeh3 terus terang, sakit mata saya apabila menyaksikan bukan sahaja golongan muda berpakaian sedemikian..
malah yang tua, beranak pinak.. malah ada yang sudah punya cucu, tanpa segan silu menanyang body pada orang ramai..
masya Allah mana dia budaya kesopanan dan kesusilaan kita..
dimana dicampakkan adab berpakaian kita..

pakai tudung, tapi pakai seluar yang boleh dikatakan sesuai untuk digunakan di dalam kain..
bezanya seluar nampak ranggi dengan riben sana sini...
hurm...

bila ditegur, ini lah stail..
tak macam kamu, muda2 tapi tak mahu bergaya..

Saya bersyukur Allah kurniakan saya dengan berbadan besar!!
saya bersyukur Allah kurniakan saya wajah yang biasa2..
tahu kenapa? kerana naluri wanita saya pernah ingin melakuakn perkara yang sama..
bergaya setiap masa..
Astagfirullah..
Ya Allah, ampunkan aku..

..kiamat...
memang membuatkan saya sentiasa termenung...
sentiasa membuatkan hati ini bingung..

memang, jangan dipersoal bila kan tiba, jangan ditanya di mana bermula dan jangan dibayang bagaimana riak rupa..

namun, kerana ia dipersoalkan bila tiba, dibayang bagaimana rupa..
hati dan diri in berusaha..
meningkatkan amalan dunia..
meskipun tidak banyak mana..
kerana dipersoalkan juga, diri ini percaya.. hanya amalan yang akan dipertimbangkan..
dan kerana itu, diri ini bersedia...
mekipun timbangan amalan tak seberat mana,
namun saya akan sentiasa bersedia..
bukan sekadar temenung di kaki tangga..
menunggu hari itu tiba..
hanya Allah tahu bagaimana rasa..

benar,
islam hari ini tak menjamin islam sampai mati..
iman hari ini tak terjamin kekalkan di kemudian hari..

insya Allah saya juga manusia yang ingin menjadi wanita solehah..
yang sentiasa berpesan2 kepada kebenaran dan yang sentiasa berpesan2 kepada kesabaran..

wallahualam..

1 comment:

dknaori 미스 said...

alhamdulillah...^^* jurnal yg memberi kesedaran kepada semua...