Friday, October 7, 2011

.. ♥ 30 challenges Day 20 – The meaning behind your blog name ♥ ..

salam alaik..
;-)

Hujah minda Bicara Hati
Apa maksud disebalik nama blog saya..
Nama blog agaknya macam nama manusia..
Memang sudah tertulis kot untuk saya.. hehehe
Sejarahnya (kalau tak nak tahu, skip part ni.. hehehe)
Nama blog ni secara spontan saya tulis masa saya buat blog beberapa tahun yang lalu..
“hujah minda bicara hati”
Di sini minda saya berhujah, di sini juga hati saya berbicara..
Waktu saya buat blog ni, masa tu saya fikir,
kadang2 kita tak boleh nak luah semua yang kita fikir pada teman kita..
Kerana tidak mustahil akan ada yang bosan dengar apa yang kita ceritakan..
Jadi, BlOg adalah medan terbaik untuk saya berhujah..
Dan adakala hati kita berbicara..
 Bicara hati, sukar untuk didengar dan kadangkala sukar diluahkan dengan suara..
 jadi apa guna jemari  sebagai penari. Jemari menari untuk menyampaikan bicara hati..
So untuk alasan itu, maka wujudlah “ hujah minda, bicara hati”

No comments: