Tuesday, October 4, 2011

.. ♥ 30 challenges Day 17 : How you hope your future will be like ♥ ..

salam...
ok its time untuk beta update blOg kesayangan beta.. hehehe

lets gi dream team.. <--- tajuk korean pun game sebenarnya..

ok back to d topikk..

apa yang saya harap saya pun future life akan jadi?
ok this is harapan..
so saya akan letak harapan saya..
n hope tiada yang buat perbandingan okey..
sebab masing2 punya hak nak imagine n harap future life dia macammana..

tak payah nak letak, saya tak lah harapkan saya punya rumah besar istana macam orang lain!

so, apa yang saya harapkan untuk masa depan saya?

opkos saya mengharap suatu yang terbaik untk diri saya, keluarga saya dan semua yang disekeliling saya..

..dan ini harapan saya..

1. my father p Makkah..
insyaAllah ini memang impian saya..
dalam masa kurang dari 2 tahun saya kerja, saya harap bapak kesayangan hamba itu boleh naik haji...
upah haji untuk my arwah mak saya..
n InsyaAllah saya biayai semuanya bukan dengan duit pinjaman tapi duit gaji saya sendiri... amin..  (doa2kan ya..)

2. saya nak renovate rumah di kampung...
INsyaAllah ini juga saya harap saya boleh tunaikan..
ini impian bapa saya..
saya nak bapak saya tinggal dalam rumah yang dia impikan sendiri..
rumah yang bapak design bersama anak2 dia..
bapak mahu ada beranda kat rumah atas, supaya petang2 dia bleh duduk2 nikmati angin petang..
InsyaAllah bapak, walaupun my bapak sik follow blog tok, saya tetap nak bapak tahu suatu hari kelak, impian bapak pasti akan saya tunaikan...

3. InsyaAllah pada umur kurang dari 32 tahun saya sudah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang cintai saya cukup sekadar hujung kuku.. meskipun tak panjang, tak besar, tak dalam.. tapi cinta itu akan selalu tumbuh dan mekar hingga hujung nyawa saya.. sepertimana kuku tumbuh..
dan once saya kahwen, insyaAllah saya akan cuba jadi yang terbaik, meski banyak kekurangan.. ;-)dan daripada perkahwinan itu, saya doakan saya punya keluarga yang bahagia dan diredhai Allah..
menjadi menantu kepada mentua yang baik.. masih menjadi anak yang tidak lupa kepada keluarganya..
dan sudah pasti saya berharap saya menjadi ibu kepada anak2 dari rahim saya sendiri.. hurm.. ;-)
menjadi ibu saudara kepada anak sedara saya.. ;-)


4. saya harap pada masa depan, saya doa adik2 saya berjaya..
sepertimana seorang kakak mengharapkan kejayaan adiknya, INsyaAllah saya sedaya upaya membantu adik2 saya dalam pelajaran mereka..
kerana kami tak punya harta berjuta, kami tak punya tanah berekar.. hanya ilmu yang menentukan segalanya..
dan saya sangat2 berharap saya benar2 boleh membantu adik saya belajar balik sekurang2nya Ambik diploma..
sikpa neng, tunggu setahun setengh gik..

5. hubungan saya dengan sahabat2 saya, tak kira teman serumah yang sangat2 saya sayang, ataupun geng pem, geng PISMP 2009 yang akan pasti saya rindui sekalipun tina, hani n noriz.. saya doakan ukhwah antara kami takkan terputus begitu sahaja.. kerana bersama mereka setiap pengalaman yang saya rasai itu sangat berbeza dan bermakna dan memberi kesan yang mendalam keatas diri saya..
guys, i love u more than words..

6. menjadi seorang guru yang sentiasa bersemangat mencurahkan ilmu kepada anak2 didiknya..
ingat, tanpa mereka saya bukan siapa2..

7. dalam masa 10 tahun akan datang, saya adalah pemilik sekurang2nya 2nd deg..(master) dalam pendidikan.. tak kira pemulihan atau apa jua..
dan dalam jangka masa yang sama atau mungkin lebih 15 tahun akan datang, saya adalah seorang pendidik.. Pensyarah.. INsyaALlah.. ;-)..
itu impian saya...
suatu yang saya harapkan terjadi pada masa depan saya...

8. miliki rumah n kereta sendiri..
ini sangat2 perlu..
saya harap saya adalah pemilik kereta paling kurang Pesona n opkos pemilik kepada kereta idaman saya CRV.. hehehe..
itu harapan ye tuan2 dan puan2..hehehe

9. sudah pasti saya mengharapkan diri saya masih menjadi muslimah yang sentiasa percaya bahawa Allah adalah segalanya..
insyaAllah...


sekian, terima kasih ;-)