Monday, August 8, 2011

..bertudung ke bermadu, urmmmm..


saya copy n paste dari blog


Isu tidak bertudung dalam kalangan wanita aku rasa isu yang sangat sensitif bagi mereka..Pelbagai alasan akan di beri bagi menegakkan pendirian masing-masing..sama ada pendirian itu dikukuh kan dengan gam gajah sekalipun,tetapi ianya tetap salah di sisi agama..
Tapi aku teringat satu kata-kata yang aku lupa aku baca kat mana…lebih kurang macam ni lah bunyinya..
Jangan suruh mereka bertudung,tetapi suruhlah mereka menutup aurat” ..ada beza kan?..boleh fikir sendiri lah semua tu…Aku pun tak mahu borak panjang,tapi aku berminat nak kongsi artikel best ni yang aku ambil dari lelakiburung..untuk renungan bersama..
*******************************************

Seorang lelaki sedang berjalan-jalan di sebuah taman bersama isterinya yang free hair sejak sebelum kawin lagi. Tiba-tiba, lelaki itu bersuara.
“Sayang, bila nak pakai tudung? Pakai la dari sekarang, berlatih awal-awal.” pinta si lelaki dengan lembutnya. Dia menanti jawapan isterinya.
Si isteri melihat suami tersayang dia sekejap lalu menjawab. “Sayang memang teringin nak pakai pun. Tapi sebelum tu, sayang nak tanya. Kenapa sayang perlu tutup aurat? Kalau boleh sayang nakkan jawapan yang lain daripada yang lain, bukan jawapan tipikal semata-mata.”
Si lelaki terdiam sekejap. Setelah puas berfikir, dia pun mula berkata. “Sebab abang tak mau kongsi kecantikan sayang dengan lelaki lain. Abang nak hanya diri abang je yang boleh tengok aurat sayang sekarang ni.”
Si isteri kemudian memandang ke arah suaminya lagi sekali lalu bertanya. “Kenapa pulak lelaki lain tak boleh tengok? Apa salahnya diorang tengok?”
“Takde masalah pun lelaki lain nak tengok, asalkan sayang pun takde masalah nak kongsi cinta abang dengan perempuan lain kalau abang nak kawin lagi.” Jelas si lelaki sambil menjawab pertanyaan isterinya dengan selamba.
Jawapan yang selamba tapi membawa maksud tersirat..
Renung-renungkan dan selamat beramal…

saya ada satu cerita lagi nak kongsi..
perkara ni jadi masa kami kelas pem conduct satu pertandingan Pidato...
masa tu da sorang kawan atur lapik meja..
kemudian, ditakdirkan kecik lah pulak lapik meja tu..
then sorang kawan saya cakap,
" cam tak cantik lah pulak meja ni bila lapik meja kecik.. singkat.."
saya terdengar hal tu, terus terfikir n cakap..
" yalah kan, kalau kain ni singkat, tak cantik pulak, tapi kalau pompuan suka pakey baju tak cukup kain, nampak cantik pulak..."
last2 kami pun bersurai sebab majlis dah nak mula dah..

macam tu lah kehidupan ka? uhuhuh..

No comments: