Tuesday, May 24, 2011

Snsd " Mr Taxi"

SNSD

[Taeyeon] Tokyo, Seoul, London, New York
[Taeyeon] Kimama ni sekai wo drive tonight
[Jessica] Kakuchi de hirou suru new style
[Jessica] Mita koto nai mono dake mise tageru
[Tiffany] Hora kotchi wo mite sukoshi keikai seyo!
[Seohyun] Ano hidari handoru yori nan-bai mo
[Sunny] I'm so fast

[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Yoona] Oitsukenai supiido de
[Yuri] Nee tsuite ko reru no?
[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Sooyoung] Hikari kagayaku
[Seohyun] Kedo fure rarenai no
[Tiffany] Masani Supersonic n' hypertonic
[Hyoyeon] Ubatte hoshii no
[Sunny] You take me ima sugu
[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Jessica] Kedo kantan ni
[Taeyeon] Wa ikanai no yo

[Tiffany] Machi no higa marude shooting star
[Tiffany] Tsugi no mokuteki-chi made non-stop
[Seohyun] Enjin-on dake nokoshite dashi boja ushirode de say goodbye
[Sunny] Hora yosomi shinaide bouken seyo!
[Taeyeon] Ano migi handoru yori mo tashika yo
[Jessica] I'm so sure
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/snsd/mr_taxi.html ]
[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Yoona] Oitsukenai supiido de
[Yuri] Nee tsuite ko reru no?
[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Sooyoung] Hikari kagayaku
[Seohyun] Kedo fure rarenai no
[Tiffany] Masani Supersonic n' hypertonic
[Hyoyeon] Ubatte hoshii no
[Sunny] You take me ima sugu
[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Jessica] Kedo kantan ni
[Taeyeon] Wa ikanai no yo

[Sooyoung] 1, 2, 3 -- here we go!
[Yuri] Doko e de mo jiyuujizai yo
[Sunny] Sou uchuu no hate de sae mo
[Sooyoung] Negai dourina no yo doushite fuan na no?
[Jessica] And I don't know why, and I don't know why
[Tiffany] Tsuite kite yo nee I don't wanna say good bye, goodbye ([Taeyeon] Goodbye. Don't wanna say goodbye)

[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Yoona] Oitsukenai supiido de
[Yuri] Nee tsuite ko reru no?
[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Sooyoung] Hikari kagayaku
[Seohyun] Kedo fure rarenai no
[Tiffany] Masani Supersonic n' hypertonic
[Hyoyeon] Ubatte hoshii no
[Sunny] You take me ima sugu
[All] Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi
[Jessica] Kedo kantan ni
[Taeyeon] Wa ikanai no yo
P/s : Paling suka tengokk Soo Young n Yoona dalam vedio ni.. cutetta..











Credit to google ;-D

Monday, May 16, 2011

.. Main2 situasi ..

kdG2 saya terfikir jugak, apa kami buat hinggakan kami boleh duduk bersama dalam masa lebih dari 2 jam..
kami tu merujuk kepada genG saya.. hehehe

semalam <---- (ahad, 15.6.2011) kami dok kalut dengan satu situasi yang dicetuskan oleh sorang member..
" kena jawab dengan jujur. Soalan 1st : dalam maktab ni sapa korang penah minat?"
wah berderet jawapan yang diberikan.. hehehe boleh tahan gak geng aku nih... pecah rekod sorang kawan, dia minat sampai 5 tak termasuk lect.. paling sikit 2. n yang bestnya 2 2 jadi Bf dia.. Saya urm 3 ja.. ops 4.. hehehe nyaris2 nak 5...
yang ada dalam maktab ni ada 2 orang... yang len dah chow.. hehehe
gila tak gila.. tapi sayang, junior pulak.. hurm
dulu saya penah cakap tak nak yang muda, sekarang apa jadi? jauh tu.. muda dia.. hehehe
tak leh jadi nih.. karang kuar lagu
"anneyong sarang3x.. goodbye sarang3x.." huhu
sedih pulak krang kalau dengar dia kawen macam yang dulu.. hehehe
gilaa.. michossow...!!!

episod situasi ni tak habis situ jer.. sambung dengan soalan berikutnya.. dalam banyak2 orang yang korang minat plak, sapa korang harap bleh jadi husband..
soalan apa ni? ala.. tapi kami jawab jugak..
then timbul pulak, kalau geng disuruh buat pilihan, dalam banyak2 orang yang kita minat tu, diaorang nak bagi (syorkan) siapa jadi husband.. hehehe.. triller punya soalan..
saya dapat sorang yang dah kuar maktab, n 6 vote utk si junior... hohoho..

tak cukup dengan itu, kami sambung, kalau lah orang yang kami mnat ni tau n buat feedback yang memberansangkan, apa tindakan,..
saya senang, jumpa my father.. hehehe.. kalau dia nak kawen je teruih.. hahaha
maok sik orang??

Tak habis lagi, sambung pulak kalau disuruh pilih sapa nak dijadikan madu dalam kalangan kawan (means mesti pilih,) hehehe kita nk pilih sapa.. saya dapat satu Vote.. hahaha
n saya pun pilih dia.. (dari dulu lagi)

ada lagi, kalau husband kawan pulak nak pilih sapa? means kta pilih husband.. situasi berbeza dengan sebelumnya, sebelumnya pilih kawan, n ini pilih husband dia..
i pilih orang utara.. hahaha..

soklan paling best, dalam maktab ni sapa korang prasan dia minat korang.. huish.. perasan punya soklan,, n dalam banyak2 orang dalam maktab ni tak sorang pun aku rasa dia minat aku.. dengan gaya aku la..
cuma ada sorang mamat ni, masalah nya pulak, mamat ni memang layan semua pompuan.. tapi nama soalan pu perasaan, lantaklah,.. janji ada.. ahahah
banyak lagi la kami syer semalam....

dalam kelas tadi saya tanya member, kalau diaorang disuruh memilih seorang sahaja rakan dalam kelas untuk dijadikan isteri siapa diaorang pilih..
hard to decide!!.. saya tahu tu, tapi saja ja tanya.. hehehe

urm main macam ni saya tak nampak ia budak2.. tapi saya nampak satu pintu hati itu terbuka untuk berfikir.. palin best saya memamng suka diberi situasi.. n saya sukakannya sebab memberansang minda saya untuk berfikir...
dari situasi macamni jugak kita tahu apa tersirat dalam hati sahabat kita... readers, try it out!

kita minat dia, dia minat orang lain (ada ka grup  ni dalam Fb? hehehe)...

actually tak lah banyak sangat perkara yang menarik untuk saya kongsikan. but still want to share, even its sound like childcord.. hehehe

kadang2 terfikir jugak, layakkah saya ni untuk dia.. urm... tapi sekadar mnat, perhatikan dalam diam, kuenchana.. itu tetap hak saya.. hehehe

ottukehaeyo?...

Saturday, May 14, 2011

.. Dia jOdoh atau bUkan?..

saya rasa baru2 ni saya selalu bercakap pasal jodoh. Terus terang gink saya memang suka cara "si dia" ahahha..
macammana ni? tak pa lah <----- saya berkata pada diri saya sendiri...
kalau dia bukan jodoh kita, kuenchana..
but i've something to share..
sekadar untuk santapan minda.. hehehe

 
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih  (saya tukar kepada "si dia" ) kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Sheeda said : belum sampai tahap ni.. urm...

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
Sheeda Said : ini lagilah.. masih belum pernah...setakat berselisih, tu len cerita la...

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
Sheeda Said : ni pun tak sure lagi... SDPO la jawabnya...

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
 
Sheeda said: haik, memang tak pernah sampai sini.. setakat ni semua samar2.. alahai.. hehehe

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, May 8, 2011

..Pray the best for her..

Satu hari, saya bersiar2 di blog rakan saya..
n saya jumpa note nih!..


Warning: Others might feel irritating reading this because it is not for you to neither read nor understand so please don't ever read this if you don't want to.

 
I remember when we first met, I don't think I like you. As I remembered, I met you at Pustaka, when suddenly my ex-schoolmate asked me, “What’s the name of the boy with a black attired?” I have no idea because “that boy” was not my course-mate. He’s Teslians. Then, I asked my course-mate that is seated beside me. She told me that the boy is………Wait a minute, I think I’ve heard that name before. Owh, the boy that wanted me to become his vice-president in Lajnah Qiamullail during fasting month is him. Start from that time, I want to know more about him. I’ve no reasons why I want to know all about him. At that time, my heart will beat faster when I bumped you somewhere else. I bet you know nothing about my feeling towards you.

Well, first I had this crush on you. You know what, I started admired you since I am in second semester for my foundation. Same goes to you. Crush? This has been lingering in my mind recently. I have never believed in such thing as having crush on someone. But, I guess it happens in life, as a human being you can’t just deny it. I found you as attractive as your face are like a little boy. I mean you look like a boy that is still studying in the school, even though you are already in Teachers Education Institute during that time. I also remembered that you always bring your note book with you at all times. I have no idea what I should call that thingy. Then we got to know each other more and more and who knew I start developing feelings for you. Next thing you know, I admired you so much and the most important thing, every time you go to the mosque to perform the solat, I always peeping on you through the “jendela” that is the separator between the muslim and the muslimah. As I remembered, I didn’t tell anybody about my feelings towards you, except my BFF, Kak Edot, Kak Mimi, Nae, Liza & dyg. I want to keep my feelings towards you as a secret, because I know I'm the kind of girl who is quiet in large groups or around people I don't know , you only see the real me if we're close . I smile and laugh a lot, especially at the most inappropriate times. I'm a hopeless romantic. I trip over air, up stairs and over people's feet. I am the hardest person to offend but it is all too easy to make me feel horrible. I hate telling people about my problems, they don't need to worry about me. I believe people should not be judge before one takes the time to get to know them, yet I am guilty of doing that exact thing. I am clumsy, annoying, not beautiful at all and not that intelligent like anyone else. I don’t believes in such love because for me, myself people will judge on beauty if they want to find someone to be their part of life. But me? I’ve no experience to be-loved by someone like my friends, so I kept thinking and I think I should kept my feelings as a secret.

But, until today, I still shock because if you still remembered, you’ve gave me KFC at the end of year 2008. I kept thinking, for what reason? One day, I’ll ask you yourself why you gave me that gift because start from that, I developing a tremendous hope on you, that’s you’ve the same feeling like I did. As I remembered, when you still around, you give me KFC twice and “Aik Kacang Soya”, but the only things from you that I kept until now is that tabung duit…even though, there’s no sound anymore. But, this has been lingering in my mind until today. Why you give me hopes through your KFCs and Soya Bean?....or, I am the one to be blamed, I am the one that is terlebeh-lebeh…frankly speaking, I’m strong girl, but when it comes to love…I’m weak…and for your information, you’re the first guy that showed the positive feedback among the other guys that I admired before. Frankly speaking, since you’re not around, I also admired someone else, but I admired you the most. I might get attracted to another person but I won't simply fall in love because you still holding a BIG part of my ♥. For some reasons, my BFF bet me to express my feelings towards you on our final year. Should I? For your information, among all the boys I admired before, I admired you the most and it is proven when I still remembering you until today. When we first met, I have no idea you would be so important to me. As much as I remember, I keep saying that I have no interest with you in front my friends, but in my heart, it cannot be denied that I admired you so much. To guy who completely change my negatives outlook towards men, I ADMIRED YOU. You're the best and I bet your friends and family are very thankful to have you, so do I. Forever and Always…:~D

 
LB said: For me, I don't need a Royal Prince to feel great, all I need is a Loyal Prince.

Sheeda Salleh said : saya doakan yang terbaik untuk sahabat saya ini...
kmk org tau sedalam ney rasa ya tol...
n kmk doa kitak bahagia.. ;-)

Wednesday, May 4, 2011

.. isu dan trenda dalam Pendidikan Pemulihan..

Ini sebenarnya 8semen untuk isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan. Lect kami bagi peluang kami buat berdasarkan apa yang kami peroleh semasa di sekolah. means isu2 yang terdapat atau yang saya bincangkan dalam ni semua yang berkaitan. namun ada juga tambahan daripada rakan2. Just want to syer n hope dapat membantu sapa2 yang memerlukan. ;-)

Laporan berkaitan isu-isu dan trenda dalam perkembangan pendidikan pemulihan

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.

Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘menjadikan pulih’. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Namun hari ini setelah memasuki alam pemulihan untuk beberapa ketika, kami disuruh mendalami dan mengkaji isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan di sekolah.

Isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan di sekolah boleh dibahagikan dengan beberapa bahagian seperti, guru pemulihan, murid pemulihan, pihak pengurusan, peruntukan yang diberikan, bahan bantu mengajar yang digunakan, penglibatan ibu bapa dan akhir sekali kemudahan fizikal.

Apabila melibatkan faktor guru isu yang paling popular pada masa ini adalah Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas. Sekalipun di sekolah mempunyai guru pendidikan khas, namun guru yang dilantik bukanlah guru yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan pemulihan. Namun sedikit bernasib baik apabila guru tersebut sentiasa menghadiri kursus-kursus berkaitan hingga membuatkan guru itu faham dunia pemulihan sebenar. Satu lagi isu yang sering menjadi masalah dalam kalangan guru itu sendiri adalah Kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa. GPK dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar. Sikap negatif sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar murid-murid pemulihan khas juga menjadi satu isu dan permasalahan yang dihadapi oleh individu yang terlibat dalam pendidikan pemulihan.

Isu yang melibatkan murid jua menjadi satu masalah yang harus menemui jalan penyelesaian secepatnya supaya dengan itu, contohnya Murid kerap ponteng sekolah. Sekiranya murid kerap ponteng sekolah, secara tidak langsung mereka akan ketinggalan beberapa unit pembelajaran didalam kelas mereka. Contohnya sepanjang pratikum 1 yang lepas seorang murid yang berpotensi untuk maju lebih kehadapan telah ponteng selama seminggu. Hal ini memaksa kami menggurkan dia dari kumpulan A (kumpulan paling pandai) dan memasukkannya dalam kumpulan sederhana kerana dia telah tertinggal beberapa unit pembelajaran sepanjang dia tidak bersekolah. Paling serius, terdapat murid yang langsung tidak turun ke sekoalh sehingga mencatatkan sifar hadir sepanjang sebulan kami berpraktikum. Hal ini jelas menggambarkan murid yang terlibat akan ketinggalan berbanding rakannya yang lain. Hal ini bukan sahaja menyukarkan pihak guru pemulihan itu sendiri, malah pelajar itu juga pada masa hadapannya.

Selain itu, murid pemulihan tidak kurang yang memiliki sikap negatif terhadap pelajaran. Terdapat murid yang malas, malah ramai yang tidak berminat untuk belajar . Mereka adalah individu yang mempunyai motivasi yang kurang, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba. Satu lagi masalah yang sering ditimbulkan oleh murid pemulihan adalah terdapat murid yang terlalu lemah untuk menguasai pelajaran. Tahap pengusaan yang kurang baik, malah boleh dikatakan sangat lemah ini memaksa guru mengasingkannya daripada kumpulan pelajar yang lain. Meskipun kasihan melihat pelajar yang diasingkan namun harus diakui apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan mereka sendiri kerana hanya pelajaran yang akan membantu mereka suatu hari nanti.

Pemerolehan bahan bantu mengajar yang sesuai juga menjadi isu dalam pendidikan pemulihan pada hari ini. Secara keseluruhannya hampir semua sekolah sukar untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai dan terkini. Bagi Guru pelatih pendidikan pemulihan pula, bahan rujukan sukar untuk didapati dan kurang di pasaran pada hari ini. Pendidikan pemulihan bukan satu topic yang baru malah pemulihan telah diperkenalkan sejak 1960-an lagi. Namun isu rujukan masih menjadi isu dalam pendidikan ini ekoran majoriti rujukan yang adalah adalah dalam bentuk jurnal dan buku-buku bahasa inggeris dan hanya dipasarkan dalam pasaran maya sehingga menelan belanja berates ringgit untuk satu buku.

Murid pemulihan sepertimana murid di kelas perdana juga sukar akan bahan bantu mengajar berbentuk elektronik. Mereka bersemangat untuk belajar apabila guru mengeluarkan computer riba. Meskipun computer riba itu sangat membantu, namun saya yakin dan percaya dengan adanya bekalan ‘LCD’ maka pembelajaran akan lebih telus dan berkesan.

Selain isu berkaitan guru, murid dan bahan bantu mengajar, isu peruntukan kewangan daripada kementerian untuk pendidikan pemulihan juga seringkali dijadikan isu. Berdasarkan temubual dengan hampir 10 orang guru, rata-rata menyatakan mereka menggunakan duit sendiri untuk menyediakan segala bahan bantu mengajar malah segala keperluan murid di dlaam kelas mengggunakan duit sendiri. Kementerian tidak menyediakan peruntukkan yang spesfik untuk pendidikan pemulihan sebaliknya hanya bergantung kepada panitia bahasa melayu dan matematik memberikan sumbangan. Jelas nilai yang diperlukan jauh lebih tinggi dari nilai yang diberikan.

Kemudahan fizikal untuk kelas pemulihan juga sering diabaikan. Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas sedikit sebanyak akan menganggu kosentrasi pelajar untuk belajar. Meskipun mereka sekadar murid pemulihan dan tidak memiliki apa-apa keistimewaan pada mata guru biasa malah orang lain, namun mereka juga pelajar yang tidak dipedulikan. Dalam hati kecil mereka tetap menyematsatu harapan ingin berjaya pada masa hadapan. Bermaksud, mereka juga perlukan kelas yang kondusif dan menyelesakan. Paling mengasihankan ada kelas pemulihan diadakan di bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai.

Isu yang seterusnya adalah penglibatan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Membiarkan mereka dirumah tanpa hadir kesekolah bukan satu cara yang harus diberikan pujian. Malah membiarkan anak kesekolah kemudian balik ke rumah tanpa menelaah juga bukan satu cara yang baik. Anak harus diberikan pendidikan yang baik dari rumah. Sekiranya ibu bapa yang kurang pandai dijadikan satu alasan untuk mereka tidak mengajar anak-anak mereka, maka berilah perhatian serius ke atas kerja sekolah yang telah dibekalkan. Murid boleh belajar bersama kawan-kawan mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Paling penting mereka siapkan kerja rumah kerana melalui kerja rumah itu, guru berusaha untuk membina kemantapan konsep dan isi pembelajaran yang telah diajarkan disekolah pada sesi pembelajaran disekolah. Selain pelajaran, kemudahan dan makanan anak-anak juga harus diambilkira.

Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak sepertimana yang disangkakan. Memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid-murid menjadi sebahagian daripada rakan-rakan yang berada di kelas perdana. Pendidikan pemulihan juga bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang tanpa isu-isu yang membimbangkan, malah jika diambilkira, pendidikan pemulihan ini memberi satu cabaran secara tidak langsung kepada guru pemulihan untuk membentuk murid-murid supaya mereka boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti. Belakang pasang diasah lagikan tajam. Tegur biar jujur, ajar biar sabar, didik jangan diherdik

 disediakan oleh ,
                                                                                                             
Normasheeda binti Salleh
 PISMP Pemulihan Jan 2009
   IPG Kampus Batu Lintang

Tuesday, May 3, 2011

.. Bila Bersahabat ..


1. Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka....  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2. Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3. Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5. Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.  Dan bersikaplah seperti seorang paderi pendita dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7. Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8. Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9. Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10. Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11. Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12. Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.



saya sayang sahabat saya.. ;-)