Wednesday, March 9, 2011

.. wanita..

aKU wanita pUnya hati nurani yG tak dapat dibohongi.. edeh2.. berlagu ndah.. Just nak sharing note dari kawan kat FB.. menarik n meaningfull..


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

 
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai pun sama!!
 
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

 
Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

 
Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...



Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni



Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...



Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...



Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...



Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!




credit to atol note...
lumrah.. manusia hari ini menilai dari luaran pada awal.. benar kata orang, faktor luaran itu penting.. utk orang yang menilai kecantikan sebagai pokok utama.
Tidak dinafikan dan saya tidak menolak, saya suka sesuatu yang cantik... namun tidak dinafikan juga kecantikan itu akan hilang sedikit demi sedikit andai apa yang ada pada dalaman itu terserlah. Maksudnya perangai yg kurang elok lak.. yalah takkan makin meningkat kalao dah tahu sikap nya macammana, kalau perangai Tip Top, wah memang beruntung la siapa2 yang dapat.. hehehe

papapun.. buruk mana pun wajah.. cantik mana pun wajah.. itu semua Allah bagi pinjam...

Tiba2 teringat, saya pernah bagi situasi pada rakan-rakan...

hari ini kita boleh uji orang dengan mudah, (tanpa mereka tahu)
contoh, kita suruh seorang wanita yang cantik tapi kurang cerdas (pandai) dan seorang wanita kurang cantik tapi sangat cerdas berjalan bersama2.. kemudian, kita tanya lelaki, siapa pilihan mereka.. rata2 pasti akan pilih wanita cntik... so apa akan jadi pada wanita kurang cantik?? sendiri tahu jawapan bagaimana... hehehe

kadang2 bila kita perhatikan betul2 dunia selalu tidak adil pada wanita kurang cantik.. berbuat salah sukar benar untuk di maafkan.. wanita cantik? berbuat salah dengan lembut hati memaafkan.. alasan? sebab wajah itu!!

entahlah.. pokoknya, saya bersyukur kerana saya wanita.. walaubagaimana pun saya, itulah saya.. ehe...




No comments: