Monday, March 7, 2011

.. Poligami : Surat rasmi untuk Isteri..

Saya buka Fb.. baru jer.. chek2 da sorang teman share something yang agak menarik perhatian..
" Surat Minta Kawen Lagi"


Kredit untuk blog cerita2 lawak

Monday, August 9, 2010

Surat Rasmi - Cara Minta Kawin Lagi


Share8Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa,

24300, Kemaman

Terengganu.



Isteri binti Perempuan

17, Jalan Angkasa,

24300, Kemaman

Terengganu.



31 April 2006



Puan,



PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI



Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang

merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.



3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.



4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.



5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?



6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.



7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.



8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.



Sekian, Terima Kasih.



"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Apa kata sheeda selepas baca? :
Sound interesting.. but to be honest topik perbincangan bukan sesuatu perkara yang boleh saya beri kompromi.. dengan arti kata lain " tiada kompromi untuk poligami!!"
bila saya fikir2 balik kalau betul2 benda tu (kena madu) tu jADI.. apa tindakan saya ya? betul2 ke saya akan minta cerai? memanglah cerai halal namun cerai juga perkara yang Allah tidak suka...
saya dalam di lema...
apabila mendengar alasan seorang kakak kepada kawan saya pula, terfikir pula, kenapa tidak untuk poligami? Masa bersama suami kita boleh bagi 2..
dah ejmu tengok kita suruh dia p sebelah sana.. hehehe
tu di kira derhaka ka ar?
Yalah macam mana sekalipun hati ini tidak akan mampu selamanya menipu.
sedikit sebanyak akan terdetik juga, " kenapa aku di duakan?"
hurm.. saya rasa saya terlalu awal memikirkan akan hal itu..
tapi kan, seperti saya bagitahu tadi.. hati ini tidak selamanya menipu..
saya hipokrit kalau tak terlintas difikiran saya untuk berfikir akan hal itu..
meski perkara itu tidak semestinya terjadi, namun sebagai wanita saya harus bersedia..
kalau bukan untuk anak2 (sekiranya ditakdirkan Allah ada) saya akan berjuang untuk perasaan ini.
lumrah hati kecil ini tidak mampu untuk berkongsi..
tapi saya bukan siapa2 yang berhak menentukan apa yang saya mahu jadi pada masa hadapan.. jika bergitu takdir jalan kehidupan saya, saya redha...
Allah punya alasan untuk semua itu..
Trust Him~





No comments: