Friday, March 4, 2011

.. Al Quran, buat hati teNang ..

Al-Quran buat hati tenang



Bar'ah,, nama seorang gadis cilik berumur 10 tahun, terpaksa mengharungi hidup tanpa kedua- dua orang tuanya...Dengan hanya berumur 10 tahun.. umur yang masih mentah, Bar'ah sebernarnya lebih matang dari usianya apabila cukup tenang berhadapan dengan peristiwa yang begitu tragis dalam kehidupannya..

 
Menjadi piatu seawal usia tersebut, Bar'ah melihat ia sebagai satu nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepadanya..Ketenangan yang ada dalam dirinya, segala- galanya berpunca dari kelebihan yang allah kurniakan kepadanya..Seawal usia 10 tahun, gadis cilik ini telah pun menghafaz al-Quran. semuanya itu hasil didikan kedua- dua orang tuanya, yang bekerja sebagai doktor yang dipindahkan dari mesir ke arab saudi untuk memenuhi tututan tugasan. Dalam keluarga Bar'ah, al-Quran adalah sajian utama. Lantaran itu tidak hairanlah ibu Bar'ah sering berpesan kepada nya, "Anakku Bar'ah, aku akan pergi ke syurga di depan kamu..tetapi aku ingin kamu selalu membaca al-Quran dan menghafalkannya setiap hari, kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak ....."

 

Ujian bagi Bar'ah bermula bila doktor mengesahkan ibunya mengidap barah yang berada pada tahap akhir. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menantikan saat kematian. Dan disaat itu lah, Bar'ah menggunakannya untuk membaca al-Quran setiap kali dia pulang dari sekolah dan menziarahi ibunya yang terlantar sakit di hospital.. Ujian terus menimpa Bar'ah apabila ditakdirkan suatu hari apabila kebiasaan dia dan bapanya melawat ibunya, pada ketika bapanya melintas jalan, bapanya telah dilanggar sebuah kereta lalu menghembuskan nafasnya disitu juga...Bayangkan tangisan si anak kecil yang meratapi kematian si ayah dihadapan mata..Berita kematian ayahnay tidak dikhabarkan kepada si ibu kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan si ibu. Lima hari berlalu dan waktu ajal si ibu.... si ibu masih tidak mengetahui yang si suami terlebih dhulu pergi dijemput ilahi..dan pada saat- saat ajalnya tiba.. tiada si suami yang disisinya..hanya adanya Bar'ah... Begitu cekalnya Bar'ah dan tenangnya dia berhadapan dengan situasi tersebut....

Bar'ah diuji lagi.....Setelah kematian kedua- dua orang tuanya, Bar'ah, melalui ibu bapa rakan- rakan sekolahnya berusaha mencari warisnya yang tinggal di mesir...Tidak lama tinggal di mesir, Bar'ah dikesan menghidapi barah...

 
Berita tersebut sedikit pun tidak menakutkannya, sebaliknya dia berkata "Alhamdulillah, sekarang Bar'ah akan bertemu dengan ibu dan ayah...."

 
Al- Islam Mac 11

No comments: