Monday, March 28, 2011

.. yG mana piliHan hatI ..

tazkirah ini saya copy dari Fb anak sedara saya yg d tag oleh kawannya kot..
credit to them!..

Antara pegang Awek dan Pegang Anjing  
by Ketenangan Penelitianku
on Tuesday,
February 15, 2011 at 3:51pm        

1. Apa hukum kalau kita pegang orang perempuan bukan muhrim? [padahal awek, tapi malu nak cakap]  
 2. Saya keluar dengan tunang saya, tapi k...ami pegang tangan je. Tak buat pon yang teruk-teruk.   Di bawah aku sediakan jawapan dari soalan diatas berdasarkan ilmu aku yang cetek ini. 

  1. Hukumnya haram. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak diperbolehkan baginya".   Dari ‘Aisyah ia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam membai’at para perempuan dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah SAW memegang tangan para perempuan, kecuali tangan perempuan yang telah menjadi miliknya (ertinya perempuan yang telah dinikahinya = isteri Nabi). 

  2. Hukumnya haram. Bermula dari perkara yang kecil yang kemudiannya boleh menyebabkan terjebak kepada perkara yang lebih teruk seperti zina. Firman Allah S.W.T:   "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."   Surah Isra' ayat 32   Apa jawapan sahabat-sahabat sekalian jika diajukan soalan yang sedemikian?

Dibawah ini pula aku sediakan entri yang menarik yang di baca dari blog nuaeman. Jom sama-sama hayati.  

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan aku tak nafikan yang mungkin aku sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.   Kalau tak faham , saya beri contoh pada perbualan dua makhluk ni:  
LEMBU: Hai anjing, apa kabar? Macam ada yang tak kena je?  
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.  
 LEMBU : Eh? Kenapa?  
 ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”. 
  LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. 
  ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?  
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak. 
  ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”   Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni.. (tak terkecuali aku.. ) kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?   Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.  Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!   Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.   Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.   Ini sebenarnya bingkisan seorang teman yang telah lama diberikan sebagai peringatan. Rasanya elok juga dikongsikan walau status aku sekarang dah tak beraweks lagi.. tapi masih ada ‘tangan-tangan yang berlawanan jantina semestinya bukan dikalangan muhrim’ dihulurkan untuk berjabat..   Jadi, apa pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang permasalahan yang kita anggap remeh-temeh ini? Tepuk dada tanya iman. 


Sheeda Salleh Kata : Urm.. tepuk kepala tanya minda...
no hurt feeling ar..

Sunday, March 27, 2011

.. Kelab malam, masuk berdosa ke?..

salam alaik...
sekarang sebenarnya saya tengah wat RPH utk ngaja sok.. tapi tba2 tangan ni dok gatal chek satu laman sosial.. hehehe
FB la..

pastu ada kat satu page tu kat discussion board dia seorang pemuda bertanya n jawpan dari insan2 yg memberi pandangan pun saya dah baca...

soalannya berbunyi :
assalamualaikum saudaraku...minta pendapat anda semua..apakah hukum sebenar masuk kedalam kelab malam? minta ilmu saudara semua...terima kasih.. :)

urm..
saya copy n paste la diaorang punya discussion...


wanita a : salam...bukankah lebih baik kaki yang Allah anugerahkan itu dibawa masuk ke tempat2 yang baik2...hehe..dari segi halal haram saya tidak pasti..tapi kalau kita anggap diri kita orang islam yang sentiasa menyeru kearah kebaikkan, kenapa perlu bersusah payah melangkah ke tempat dimana mungkin bermulanya kita berbuat dosa...;-)
wallahuallam...


saudara yg bertanya :
thanks  :) bukan apa...sy pernah la masuk skali...rasa bsalah tu memang ada..lagi pun masuk tu memang bukan dalam niat..kawan ajak...sy terpaksa pergi.. :) harap sy xpergi lagi la...

wanita a :
selagi kita menyesal dengan ikhlas n tak buat lagi Allah tau apa dalam hati kita..n Allah maha penerima taubat...;-)
 saudara yang bertanya
trima kasih .. :)
 

lelaki a :
sah haram...

lelaki b :
assalamualaikum...haram sbb kitew da masuk ke tmpat2 maksiat
wanita B :
betol ckp wan n azfar tu...kelab malam kn kebanyakkn nye perempuan n lelaki bergaul tanpa batas,,,lg pun pakaian yg dipakai kn tidak elok dipandang n kita b'dosa pabila melihat aurat meke terdedah cna cni,,,tapi bagi yg hendak menjalankn tugas spt polis n pihak2 yg b'kaitan tu tak pe,,,utk kes ajakkn kwn ni,,lebih baik kita menolaknye,,,,sekadar berkongsi pengetahuan je,,kalo ada yg salh tolong tegur jugak ea..
 
kalau saya di tanya saya jawab apa?
urm.. mungkin jawapan saya ada pada wanita a.. sebab saya berpendapat pabila seseorng tu serius tanya hal2 berkaitan n kata tak nak p lagi, kita kena bagi jawapan yang dirasakan tidak men"down"kan dia balik. yalah mana tahu masa tu dia nak berubah. orang berubah kita kena sentuh jiwa mereka. itu akan lebih berkesan..
saya bukan ahli agama yang hendak bercerita pasal halal n haram okay.. saja ja nak bagi pandangan. wallahualam.. ;-)

Tuesday, March 22, 2011

.. Pengalaman itu kehidupan..

Salam alaik...
urm baru hari ke dua praktikum saya letih giler tahap dewa babun...
bak kata Bee Aini, "sik pa sheeda, kita cari pengalaman.. kelak kita cari laki kaya2 sik lah kita susah payah camtok " ..
hahaha...
Bee Aini, sik purik banyak kisah lucu nya ya...
apa ka? tang ada2..
masa ya mek 2 nait bas..
Balit aher sebab ada kelas tambahan PROTIM di sekolah <---- secara rasmi dilantik jadi guru protim...

banyak kisah lucu2, best2 hari pertama masok sekolah...
 So far sekolah saya ok jer... (Nama sekolah tidak di beritahu untuk tujuan privacy..hahaha)

Cikgu ok2 semua..
semalam (pes day ya dah brapa kali tulis nama)

banyak cita saya mok padah tapi yalah blur dah masa tok..

urm.. saya mengajar 10 masa...
5 Mate, 5 Bahasa melayu..
tahun 3<--- Bm, tahun 2 <--- mate..
dah berkenalan dengan murid..
 persepsi pertama.. murid tahun 2 sik boleh bagi muka...
nakal sidak ya..

so far jadual untuk 2 hari saya ngan B pulang aher ajak2.. Isnin nasib Pat bagi pinjam keta.. selasa sik pa lah mek 2 kerja keras sikit..
esok, Rabu da mesyurat gerko.. n secara rasmi ujung minggu tok sik dapat pulang sebab da mesyuarat.. hehehe
saya yakin dan percaya sepanjang berada di skolah kmk orang akan terlibat dengan melatih biak ari sukan.. huhuh

urm pasal protim..
ada sorang murid tahun 6 yang sik kenal huruf a-j pun.. huu
sian pun ada.. tapi pabila fkir camne lah cdaknya ow.. mesti palak pening percoma jak sebab pening fikir perkra yang sik tau apa di fikir...

urm.. ok ya jak.. saya nak molah ujian diagnostik pastok.,.
mata dah ngantok.. tapi pa bleh buat.. Go jak..

nyte semua...


Thursday, March 10, 2011

.. Pengarah Kami masih Pengarah Kami..


...Salam...

wah kali ini entry saya buat pengarah kami di IPG kampus Batu Lintang ni, 
Encik Abdillah Bin Adam, 


Beliau tersangat lah baikk..
beliau sangat best..
urm pendek kata beliau terbaek.. 

kalau da lawan Futsall beliau join..
cakap je nak lawan pecut brapa meter, lari jarak jauh ke.. hal2 sukan beliau champion...
Tenis, seronok ja tengok beliau men...
huhuhu
lepas ni takda lagi nak tengok semua tu...

wa.. sedihnya...

nak tahu kalau jumpa beliau, 
beliau tak nak pun kita panggil dia Encik ke, Tuan ke.. Just nice, Cikgu...
Humble lah pengarah ni...

kalau bercakap toksah lawan.. beliau champion jugak! 
tak yah guna teks..
papa pun saya bangga penah kenal dengan pengarah ni...


walaubagaimanapun beliau pergi tetap untuk jadi pengarah.. 
Tahniah Cikgu Abdillah Bin Adam...
lepas ni beliau dah jadi Pengarah Pelajaran Negeri...
tetap bangga nih!!.. hehehe



Doa kami tetap mengiringi...

" Pertemuan perpisahan adat manusia biasa...
hilang dimata tapi dihati tidak lupa...
berdoalah kita semua kepada yang Esa..
Semoga berjumpa lagi dilain masa.." 




" Kemana kan ku cari ganti" <--- modified

.
Di mana kan kami cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup kami berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal kami sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati kami
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan kami cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

.. Kompilasi Berita..

Jimmy OH Jimmy - Merto - 10 mac

credit to : mymetro

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

JIMMY...saman kepada isteri tidak sempurna SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna.

 
Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan.

 
“Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu,” katanya.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

 
Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.

 
Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

 
Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.

 
“Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi,” katanya.

 
Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai.


 
Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga.


 
Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.

 
Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu.

 
Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya.

 
Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka.


 

Wednesday, March 9, 2011

.. wanita..

aKU wanita pUnya hati nurani yG tak dapat dibohongi.. edeh2.. berlagu ndah.. Just nak sharing note dari kawan kat FB.. menarik n meaningfull..


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

 
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai pun sama!!
 
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

 
Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

 
Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...



Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni



Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...



Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...



Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...



Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!




credit to atol note...
lumrah.. manusia hari ini menilai dari luaran pada awal.. benar kata orang, faktor luaran itu penting.. utk orang yang menilai kecantikan sebagai pokok utama.
Tidak dinafikan dan saya tidak menolak, saya suka sesuatu yang cantik... namun tidak dinafikan juga kecantikan itu akan hilang sedikit demi sedikit andai apa yang ada pada dalaman itu terserlah. Maksudnya perangai yg kurang elok lak.. yalah takkan makin meningkat kalao dah tahu sikap nya macammana, kalau perangai Tip Top, wah memang beruntung la siapa2 yang dapat.. hehehe

papapun.. buruk mana pun wajah.. cantik mana pun wajah.. itu semua Allah bagi pinjam...

Tiba2 teringat, saya pernah bagi situasi pada rakan-rakan...

hari ini kita boleh uji orang dengan mudah, (tanpa mereka tahu)
contoh, kita suruh seorang wanita yang cantik tapi kurang cerdas (pandai) dan seorang wanita kurang cantik tapi sangat cerdas berjalan bersama2.. kemudian, kita tanya lelaki, siapa pilihan mereka.. rata2 pasti akan pilih wanita cntik... so apa akan jadi pada wanita kurang cantik?? sendiri tahu jawapan bagaimana... hehehe

kadang2 bila kita perhatikan betul2 dunia selalu tidak adil pada wanita kurang cantik.. berbuat salah sukar benar untuk di maafkan.. wanita cantik? berbuat salah dengan lembut hati memaafkan.. alasan? sebab wajah itu!!

entahlah.. pokoknya, saya bersyukur kerana saya wanita.. walaubagaimana pun saya, itulah saya.. ehe...




Tuesday, March 8, 2011

..Wat Happen One Year Later..

Bismillahirrahmannirrahim..

Tajuk entry tak da kena mengena sebenarnya...
Sebenarnya masa ni saya tengah nak siapkan RPH Math Tahun 4 untuk assigment (saya ngan Bee Aini).. MATH punya.. huhh
cakap pasal mate, sejak 2 menjak ni saya seolah2 merasakan bahawa Math itu adalah subjek mAJOR saya.. sebab? banyak amali perlu di buat,.. banyak tutorial perlu dilaksanakan..
kali ini sedikit bernasib baik, math kami belajar dalam BM.. kalo tak, hampos (parai kitai).. saya yakin tu saya tak berapa reti pa soalan tutorial nak.. apa amali perlu dibuat.. tak yah la nak p jauh2 sekarang pun kami ada masalah emmahami soalan tutorial n amali? kenapa?
DIrect translation!!
HONEST!! orang ambik major math, kepala logik diaorang memang superb.. SYABAs!!
nak dijadikan cerita,
sambil buat assigment saya dengar lagu SNSD.. Kumpulan wanita korea yG paling saya minat!!

Chua Hae!!!

Love them..

suka cara mereka cantikkan diri mereka..
waa.. kalaulah saya boleh jadi macam salah seorang daripada mereka...
hehehe

Ahh sudah!! jagan dok berangan!!

Oleh sebab sekarang ni sayan tengah dengar lagu Jesicca N Onew.. so saya post lagu ni lah boleh kan?.. hehehe




Hanchameul kkumeul kkun geot gata



Handongan hemaego hemaeda


Machi yaksogirado han deut


Nae gyejeoreul geoseulleo geu nalcheoreom


Maju seoinneun uri






Geu ttae uriga sseonaeryeogatdeon areumdawotdeon iyagi


Geu ttae uriga gidohaesseotdeon yeongwon hajadeon yaksokdeul


Hanassik tteoollida naui gaseumi


Gyeondiji mot halgeol algie


Ne saenggage kkukkkuk chamasseo


Neoui il nyeoneun tto eottaesseonni






Hanchameul ijeun chae saratji


Handongan gwaenchanheun deut haesseo


Hajiman sigani heureumyeon kkaedara gago isseo


Neo eobsineun naneun an doendaneun geol






Geu ttae uriga aju jogeumman eoreunseureowotdeoramyeon


Geu ttae uriga micheo mollatdeon jigeumeul aratdeoramyeon


Kkeuchi eomneun huhoeman doe noeidaga igyeonael jasini eobseoseo


Geu geot majeo kkukkkuk chamasseo


Geureoke il nyeoni heulleowasseo






Hoksi neodo nae mam gateulkka


Dasi han beonman gihoereul jugenni


Ijen ara jeoldaero urineun heeojil su eobseo


Saranghago tto saranghaneun hansaram






Uri johatdeon cheoeum geu ttaero dasi doragasseumyeon hae


Areumdawotgo haengbokhaesseotdeon sarangieotdeon naldeullo


Gaseum apeun yaegideul heotdoen datumdeul


Ijen modu da mudeo dugo


Dasin kkeonaeji malgiro hae


Gyejeori tto heulleo myeot nyeoni jinado


Oneul gateun mamman dasin eopge






Sheeda Salleh said.. Suka lagu ni... n cni bleh dengar la.. tak dapat dinafikan suara Sicca memang power!!.. hehehe
n ni saya syer maksud lagu ni pulak...




English Translation







It feels like I’ve been dreaming for a long time


I’ve wandered and wandered around for a while


As if we made a promise


Standing here in front of each other like that day from four seasons ago


Those beautiful stories that we wrote down together


Those eternal promises that we prayed for at that time


They’re all coming back to me now and I don’t think my heart can take it


I’ve even restrained myself at the thought of you


How has your one year been






For a long time, I’ve been living, having forgotten of you


For a while, I thought I was doing fine


However I started to realize it as time passed by


That I am nothing without you


At that time, if only we had been a bit more mature


If only we knew how we would be right now


I have no confidence in overcoming these endless regrets


So I’ve had to just repress them


One year has passed like that






Could your feelings perhaps be the same as mine?


Will you give me another chance?


I know now that we can never part from each other


The one person I love and love again






I wish we can go back to our first days


To the beautiful, happy and loving days


Those heart-breaking stories and vain arguments


Just bury all of that now


And promise that we won’t take them out again


No matter how many seasons pass and how many years go by


I hope that we won’t meet like today again


Masa saya post lagu ni, lagu lain dah passed.. so i just let 'them'..
next time saya post lagu len pulak.. nak sambung buat RPH ni... hehehe
nampak sangat dah ni saya tersasar dari landasan.. hehehe
c u next time my Blog... Gud Nite~...

 






luv this song!!!



Monday, March 7, 2011

.. Poligami : Surat rasmi untuk Isteri..

Saya buka Fb.. baru jer.. chek2 da sorang teman share something yang agak menarik perhatian..
" Surat Minta Kawen Lagi"


Kredit untuk blog cerita2 lawak

Monday, August 9, 2010

Surat Rasmi - Cara Minta Kawin Lagi


Share8Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa,

24300, Kemaman

Terengganu.



Isteri binti Perempuan

17, Jalan Angkasa,

24300, Kemaman

Terengganu.



31 April 2006



Puan,



PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI



Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang

merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.



3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.



4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.



5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?



6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.



7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.



8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.



Sekian, Terima Kasih.



"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Apa kata sheeda selepas baca? :
Sound interesting.. but to be honest topik perbincangan bukan sesuatu perkara yang boleh saya beri kompromi.. dengan arti kata lain " tiada kompromi untuk poligami!!"
bila saya fikir2 balik kalau betul2 benda tu (kena madu) tu jADI.. apa tindakan saya ya? betul2 ke saya akan minta cerai? memanglah cerai halal namun cerai juga perkara yang Allah tidak suka...
saya dalam di lema...
apabila mendengar alasan seorang kakak kepada kawan saya pula, terfikir pula, kenapa tidak untuk poligami? Masa bersama suami kita boleh bagi 2..
dah ejmu tengok kita suruh dia p sebelah sana.. hehehe
tu di kira derhaka ka ar?
Yalah macam mana sekalipun hati ini tidak akan mampu selamanya menipu.
sedikit sebanyak akan terdetik juga, " kenapa aku di duakan?"
hurm.. saya rasa saya terlalu awal memikirkan akan hal itu..
tapi kan, seperti saya bagitahu tadi.. hati ini tidak selamanya menipu..
saya hipokrit kalau tak terlintas difikiran saya untuk berfikir akan hal itu..
meski perkara itu tidak semestinya terjadi, namun sebagai wanita saya harus bersedia..
kalau bukan untuk anak2 (sekiranya ditakdirkan Allah ada) saya akan berjuang untuk perasaan ini.
lumrah hati kecil ini tidak mampu untuk berkongsi..
tapi saya bukan siapa2 yang berhak menentukan apa yang saya mahu jadi pada masa hadapan.. jika bergitu takdir jalan kehidupan saya, saya redha...
Allah punya alasan untuk semua itu..
Trust Him~





Friday, March 4, 2011

.. Al Quran, buat hati teNang ..

Al-Quran buat hati tenang



Bar'ah,, nama seorang gadis cilik berumur 10 tahun, terpaksa mengharungi hidup tanpa kedua- dua orang tuanya...Dengan hanya berumur 10 tahun.. umur yang masih mentah, Bar'ah sebernarnya lebih matang dari usianya apabila cukup tenang berhadapan dengan peristiwa yang begitu tragis dalam kehidupannya..

 
Menjadi piatu seawal usia tersebut, Bar'ah melihat ia sebagai satu nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepadanya..Ketenangan yang ada dalam dirinya, segala- galanya berpunca dari kelebihan yang allah kurniakan kepadanya..Seawal usia 10 tahun, gadis cilik ini telah pun menghafaz al-Quran. semuanya itu hasil didikan kedua- dua orang tuanya, yang bekerja sebagai doktor yang dipindahkan dari mesir ke arab saudi untuk memenuhi tututan tugasan. Dalam keluarga Bar'ah, al-Quran adalah sajian utama. Lantaran itu tidak hairanlah ibu Bar'ah sering berpesan kepada nya, "Anakku Bar'ah, aku akan pergi ke syurga di depan kamu..tetapi aku ingin kamu selalu membaca al-Quran dan menghafalkannya setiap hari, kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak ....."

 

Ujian bagi Bar'ah bermula bila doktor mengesahkan ibunya mengidap barah yang berada pada tahap akhir. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menantikan saat kematian. Dan disaat itu lah, Bar'ah menggunakannya untuk membaca al-Quran setiap kali dia pulang dari sekolah dan menziarahi ibunya yang terlantar sakit di hospital.. Ujian terus menimpa Bar'ah apabila ditakdirkan suatu hari apabila kebiasaan dia dan bapanya melawat ibunya, pada ketika bapanya melintas jalan, bapanya telah dilanggar sebuah kereta lalu menghembuskan nafasnya disitu juga...Bayangkan tangisan si anak kecil yang meratapi kematian si ayah dihadapan mata..Berita kematian ayahnay tidak dikhabarkan kepada si ibu kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan si ibu. Lima hari berlalu dan waktu ajal si ibu.... si ibu masih tidak mengetahui yang si suami terlebih dhulu pergi dijemput ilahi..dan pada saat- saat ajalnya tiba.. tiada si suami yang disisinya..hanya adanya Bar'ah... Begitu cekalnya Bar'ah dan tenangnya dia berhadapan dengan situasi tersebut....

Bar'ah diuji lagi.....Setelah kematian kedua- dua orang tuanya, Bar'ah, melalui ibu bapa rakan- rakan sekolahnya berusaha mencari warisnya yang tinggal di mesir...Tidak lama tinggal di mesir, Bar'ah dikesan menghidapi barah...

 
Berita tersebut sedikit pun tidak menakutkannya, sebaliknya dia berkata "Alhamdulillah, sekarang Bar'ah akan bertemu dengan ibu dan ayah...."

 
Al- Islam Mac 11

.. Haid : Qada Solat?..

Perkongsian Ilmu... ;-)

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...



Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??



Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)



Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:



"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"



Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...



Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.



Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.



Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :



PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:



Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.



2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.



"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)



HURAIAN MASALAH :



1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)



2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor



- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.



3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.



-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)



-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.



Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.



Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!



TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!



note ini dari

( AMIRUL AMIN )