Tuesday, January 18, 2011

...Pembunuhan Di Sadong Jaya...


ekoran kes bunuh di tempat saya, jadi saya nak syer artikel berkaitan ni...huhuhu

saya ambik artikel ni dari :

dalam link ya ada gambar sekali..huuhu
sian...

Remaja Dibunuh Kerana Enggan Masuk Geng Curi




KOTA SAMARAHAN, 17 Jan (Bernama) — Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad berkata Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.



Beliau berkata penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal hari ini yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.

“Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.



Beliau berkata siasatan awal pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan baru digali sebelum menemui mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian serta berlumuran darah.



Polis, kata Abdul Rahman, juga menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk membunuh mangsa tidak jauh dari lubang tempat mayat mangsa ditemui.



Beliau berkata berdasarkan laporan awal siasatan, sekumpulan lelaki yang dipercayai daripada geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan terbabit memandangkan mangsa telah mengetahui kegiatan mereka, namun mangsa enggan.



Berikutan kejadian itu, Abdul Rahman berkata polis kini turut memburu suspek lain yang dipercayai masih bebas dan terbabit dalam pembunuhan kejam itu.– BERNAMA
 
 
REMAJA DIBUNUH UNTUK SIMPAN RAHSIA!

(18 Jan) Kota Samarahan: Bimbang rahsia kegiatan jenayah mereka terbongkar, sekumpulan lelaki dipercayai ahli sindiket curi motosikal dan pecah rumah membelasah remaja berusia 15 tahun hingga mati sebelum menanam mayatnya dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di Kampung Pendam, Sadong Jaya.




Jenayah itu dikatakan dilakukan ahli sindiket terbabit bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa, sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan bahaya.



Mangsa dikenali sebagai Taufik Abdul Rahim, dari Kampung Iboi, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan duduk dalam lubang cetek di belakang rumah suspek kira-kira jam 8 pagi semalam.



Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun ketika menunggang motosikal milik remaja berkenaan di sekitar kawasan kampung berkenaan beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemui.



Suspek yang juga penganggur membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditanam, di belakang rumahnya selepas disoal siasat polis.



Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ketika ke kedai membeli barang keperluan dapur dengan menunggang motosikal Modenas Kris milik abangnya.



Katanya, bapa mangsa membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari kelmarin dan polis yang menjalankan siasatan tidak menunggu lama untuk menyelesaikan kes itu apabila menahan seorang lelaki menunggang motosikal mangsa di sekitar Kampung Pendam.



Beliau berkata, suspek yang tinggal berseorangan dipercayai mengenali mangsa dan berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan dibunuh kerana mengetahui kegiatan suspek bersama beberapa lelaki lain yang terbabit dalam aktiviti mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan berkenaan.



“Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah menggunakan kayu sebelum mayatnya ditanam dalam keadaan duduk di dalam lubang sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek,” katanya.



Katanya, siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di lokasi mayat ditemui mendapati mangsa berpakaian lengkap itu mempunyai kesan luka di kepala.



Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk membantu siasatan.



Katanya, polis menjejaki lima lagi suspek berusia 30-an yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu. -hm





Arwah renung selimut



KOTA SAMARAHAN: Bapa kepada remaja mangsa pembunuhan yang mayatnya ditanam dalam lubang di belakang rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, semalam tidak menyangka tingkah laku pelik arwah merenung selimut sebaik terjaga daripada tidur beberapa hari lalu sebenarnya membawa petanda buruk.



Abdul Rahim Hassan, 42, berkata, malam sebelum menghilangkan diri, anak ketiga daripada lima beradik itu tiba-tiba terbangun daripada tidur dan merenung selimutnya seolah-olah merinduinya.



“Ketika itu, saya tidur di sebelahnya dan ternampak perbuatannya agak pelik itu, namun tidak menyangka itu petanda dia meninggalkan kami semua,” katanya.



Abdul Rahim berkata, dia percaya anaknya, Taufik, 15, dibunuh suspek bersama beberapa lelaki lain kerana khuatir rahsia kegiatan jahat mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa.



“Anak saya seorang pendiam dan senang untuk lain orang mengambil kesempatan ke atas dirinya, namun kami percayai dia tidak terbabit dalam sebarang kegiatan haram,” katanya.




 Al FAtihah untuk Taufik



Jenazah dikeluarkan dari tempat ditanam


Suspek!

Tempat arwah ditanam sebelum dijumpai

Jenazah di usung ke Van jenazah









No comments: