Wednesday, November 24, 2010

..Situasi..

Salam alaik…

Alhamdulillah saya berkesempatan lagi mencoret pada dinding Blog saya..

Kali ini saya akan tampil dengan pelbagai situasi. Mengikut saranan kawan saya yang mencadangkan supaya saya jadikan Blog saya ini sebagai platform untuk menimbulkan situasi. Siapa yang baca, n nak join sama dalm situasi yang saya ketengahkan, Tafadhal maskura… ;-)

Kali ini jon saya bawa anda semua letakkan diri dala satu situasi Cinta… Tampak senang untuk membuat keputusan, tapi hakikatnya apabila kita berada dalam situasi yang sebenar, keputusan di luar jangka mungkin akan kita ambil…Jika sebelum ini saya tampil dengan situasi misteri n ngeri, kali ini kita tukar tema kita.

Baiklah situasinya…

Kamu minat pada lelaki A..Dia pun minat kat kita jugak..maksudnya kamu dengan c dia love each others. Tapi malangnya cinta antara kamu dengan lelaki A ini mendapat halangan..Halangannya c dia punya kekasih lain tapi kekasih itu tak dianggap kekasih. (mungkin pilihan Family atau sebagainya).. C dia ni pulak tak boleh nak lepaskan kekasih dia atas sebab2 tertentu(mungkin kekasih dia boleh buat apa2 sahaja untuk puaskan hati – ala2 cita indon).. dalam masa yang sama anda ada seorang yang sudah lama minat kat anda. Tapi anda tarak feel ngan mamat (Lelaki B) ni… namun untuk pengetahuan 2 2 sanggup buat apa sahaja untuk anda. Kalau anda di beri pilihan untuk membuat keputusan? Apa yang anda akan buat?kenapa?

Saya 4ward mesej ni pada rakan2..n ini jawapan mereka n kenapa mereka tampil dengan keputusan itu. Tiada jawapan betul n tiada yan salah. Kerana menurut taksonomi bloom soalan ini adalah berbentuk pendapat.. N siapa2 bebas untuk memberi jawapan. Saya susun ikut siapa cepat dia dapat tempat..hahaha

Miss Sheeda Salleh : ini jawapan saya. Kalau ikut petua cinta saya akan pilih lelaki B. Tetapi tak mustahil saya akan ambil keputusan untuk menolak kedua2nya. Atas alasan saya tidak sudi untuk menderita hanya kerana cinta. Pilih lelaki A saya menderita, pilih lelaki B saya mungkin tidak bahagia. Lelaki A- walau bagaimana pun dia. Saya cinta akan dia. Mustahil saya mampu pilih lelaki B n hidup dengan dia tanpa sebarang perasaan rindu pada lelaki yang mengajar saya erti cinta. Lagipun saya rasa itu adalah mustahil. Kerana saya fikir ini adalah tidak adil untuk lelaki B. n suatu hari perkara ini akan dijadikan bahan perkelahian apabila melayari rumah tangga. Ada berani? Saya tidak seberani itu untuk mananggung risiko. Namun saya amat berterima kasih kepada lelaki B kerana mencintai saya dan saya doa dia berjumpa wanita yang jauh lebih membahagiakan dia. Namun untuk memilih lelaki A juga suatu yang mustahil! Cinta hati saya bukan untuk dikongsi. Selagi saya setia, maka saya mengharapkan perkara yang sama dari pasangan saya. Mungkin lebih baik saya merantau membawa diri (future study or melancong- lebih berfaedah kepada diri sendiri). Mana tahu saya temui cinta baru saya ;-)


Madam Haliza : Tak tahu nak jawab apa. Susah jugak jadi orang yang punya banyak peminat!..

Madam Nana Ra fiona : Lelaki B. sebab cinta saya bukan untuk di duakan. Saya akan belajar untuk mencintai lelaki B sebab dia cintakan saya dan dari itu saya akan sentiasa rasa selamat.

Miss Aina Ena : Lelaki B. Sebab lelaki A tak nak putus dengan pompuan dia. So why not try hidup baru dengan lelaki B. dalam masa yang sama, lupakan A…hehehe

Miss Dkna Nurul Ashikin : Tak tahu nak jawab apa. Terserah kepada jodoh. Tapi kalau dipaksa juga saya akan pilih lelaki B. Cinta tak semestinya memiliki. Bukan senang nak cari lelaki macam B yang cinta kita n sayang kita. So saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mencintai n menyanyanginya kembali.

Madam Naimah Said : Saya menolak untuk memilih kedua2nya. Saya tak pilih lelaki A sebab dia memang tak pandai n tak mampu nak handle kekasih dia. Saya tak pilih sebab saya takda perasaan dengan dia. Mungkin saya akan cari cinta baru.

Miss Radna Dewi : Lelaki B. Sebab saya suka lelaki yang mencintai saya lebih berbanding lelaki yang saya cintai.lagipun hero kedua selalunya baik2 belaka.

Madam Neng : Lelaki B. Cintai orang yang mencintai. Saya tak pilih lelaki A sebab tak mustahil suatu hari nanti dia akan sanggup tinggalkan saya.

Madam Suriana Naffilla : Lelaki B. 2 2 lelaki suka kita. Laipun ikut logik, lelaki B single. Lelaki A tak boleh dipercayai kerana belum apa2 kita boleh lihat hatinya berbelah bagi. Kalau c A betul2 nak kat saya, suruh dia putuskan hubungan dengan kekasih dia.. “Hua.. I tak sanggup di madukan!!!”.. kalau c A tak mampu apa salah terima B. n buka lembaran cinta baru.

Madam Win Marzuin : Da, saya pilih B. sebab cinta itu boleh di pupuk. Tapi itu tidak bermakna rasa cinta saya pada lelaki A langsung hilang. Cuma dalam situasi ini saya rasa cinta itu tak semestinya bersama. So saya akan pupuk rasa kasih saya pada lelaki B.

Miss Mimiey Shermimiey : Wah rumit sungguh situasi yang ada beri. Hurm agak susah untuk saya membuat keputusan. Boleh tak saya ambil jalan untuk tidak menjawab. Luluh hati saya mengenangkan setiap keputusan yang bakal saya berikan. tapi saya berkeputusan sesiapa yang lebih cepat datang jumpa bapak n pinang saya. itu yang akan saya terima. kerana dari situ saya tahu siapa yang benar2 mahukan saya sebagai suri mereka. 

Miss Faradiela : susahnya soalan. Saya taknak dengan lelaki B sebab saya tak cinta dengan dia walaupun dia cinta saya. Kasihan dia. Saya nak dengan lelaki A tapi dia ada kekasih plak. Tapi we love each others!! So saya punya jawapan : lelaki A. sebab dia sayang saya, saya sayang dia. But kalau jodoh denan lelaki B saya try terima dia n buka hati saya untuk cintainya.

Miss Atol : saya pun tak tahu nak pilih siapa. pilih  orang yang sayang kita lebih berbanding dengan orang yang kita sayan. Masalah nya disini situasi ini melibatkan perasaan. Susah nak paksa. Kalu pun dipaksa pasti ambil masa yang lama. setahun dua. Tapi kalau saya. kalau saya memang tiada jodoh dengan lelaki A, saya akan pilih lelaki B. sebab, daripada sengsara tengok lelaki A yang juga miliki teman wanita lebih baik saya pilih lelaki yang benar2 sukakan saya. sekurang2nya saya tidak menderita. Let bygones be bygones..


Nampaknya naimah punya jawapan yang sama macam saya. Mungkin satu hati, jadi kami punya jawapan yang sama. Saya akui dalam bab yang melibatkan kaum adam, keputusan saya dengan Naimah akan sama. (hampir tapi tak semua - contoh hal poligami- kami tak sependapat).

Setelah menerima variasi jawapan, saya boleh membuat pandangan sendiri. Ya benar apa kata Madam Win Marzuin. Saya tak berani tanggung risiko. Saya akui. Saya bukan setabah yang disangka (siapa yang sangka saya tabah?hehehe). saya lebih suka mengambil keputusan bersendiri. Contoh dalam hal poligami. Situasi yang pernah saya wujudkan suatu ketika dulu. Tapi dah tak ingat jawapan sahabat yang lain.

Situasi kahwin. Mampu bagi zuriat, hidup bahagia sebelum ini. Namun, tiba2 suami kita minta izin untuk kahwin lagi. Apa yang akan saya lakukan?.

Jawapan saya : walaupun cerai adalah perkara halal yang paling Allah benci, saya akan pohon itu. Saya tidak mampu hidup bermadu. Sepertimana saya tidak mahu di madu saya jua akan elak untuk jadi isteri kedua pada mana2 lelaki. (so isteri2 lelaki dunia, anada selamat daripada saya..hahahha- namun kakau sudah takdir hidup saya …andai itu takdirnya saya dengan berat hati menerima.) Kenapa saya pilih untuk minta cerai? Saya tidaklah sekejam apa untuk tidak memikirkan hal anak. Namun saya fikir lelaki yang selama ini bersumpah sehidup semati berfikir untuk mencari pengganti. Adalah mustahil untuk saya menerima sebarang alasan apatah lagi melibatkan hal perasaan. Saya mampu beri dia zuriat. Itu paling penting. Namun kalau dia punya alasan lain, saya akan terima but let me go. Anak2 dia boleh jumpa kalau dia mahu. Saya takkan larang. Insya Allah saya punya kedudukkan ekonomi yang kukuh untuk biaya anak saya jadi itu bukan masalah bagi saya. Satu hal yang tak mungkin dapat saya tolak, kasih sayang ayah. Ya anak2 saya mungkin hilang kasih saya ayah mereka, namun seperti yang saya katakan tadi, saya tidak larang dia untuk melawat anak2nya. Kerana dalam hal melibatkan perasaan saya bukan wanita yang boleh berkompromi. Saya ambil keputusan ini juga untuk kesenangan bakal isteri suami saya. Saya tidak mahu dia yang baru melangkah ke alam rumah tangga merasa hidup berkongsi. Sungguh ia bukan sesuatu yang mudah!! Dalam hal melibatkan cinta n kasih sayang, saya tidak mengharapkan peluang kedua untuk itu tiada peluang kedua yang akan saya beri kepada sesiapa sahaja. walaupun agak kejam (komen kawan saya) tapi sekurang2nya saya tidak menderita. itu pilihan saya. Tapi kalau sudah takdir saya menjalani hidup bermadu.. Saya Redha... dan saya yakin rasa cinta saya pada suami saya tidak seikhlas dulu.. Saya boleh hidup tanpa dia namun saya juga fikir pasal anak2... Semoga kehidupan mendatang tidaklah sesukar situasi yang direka kami sendiri...



7 comments:

ThE lOvE said...

hehehe....pake nama sebenar ow...hehehe.....best2....kak dot...pk gik situasi...hehehe....best wak ada situasi2 cam towk..hehehe...dpt kerjakan otak...espcly hal cintan cintun...hohohoh...

aina shafiza~ said...

cmne mnghadapi situasi gtok?heheeee

Sue'S said...

Aku Jadi hero Nya ..tp Yg mana Satu?sadis

♥ Sheeda Hyun Ssi ♥ said...

hehehe Sue's boleh pilih yang mana satu ^_^

Sue'S family said...

Madu kan best :)

Sue'S family said...

Poligami terbaik.....kelak aku ngasah parang tajam2 haha hahahhaha ...

♥ Sheeda Hyun Ssi ♥ said...

Hahaha,mun best k pa parang.. Ready jak botol k nkah madu,pasya jual!hehe