Wednesday, October 20, 2010

Petua yang membuatkan kita Muda

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga kewanitaan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin,akan berkahwin dan belum berkahwin.. :)..insyAllah..
Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga yg dibina dan akan terbina.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35- 38 :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri- isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

1 comment:

my stories said...

salam i copy n paste kat my blog yer
sharing with my frens too
thanks