Sunday, October 31, 2010

..JIka..

saya petik dari pohon Blog kawan saya... http://shermiemy.blogspot.com



Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. dan ingat setiap apa yang kita lakukan di dunia ini suatu hari kita akan dapat balasannya..;-)

------------------------------------------------------------------------------------

Jika kamu menadah air biarlah ia berpada, janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sesekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia terbuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya. 


Begitu juga dalam konteks berkawan... tak perlu kita mencari kawan yang sempurna untuk dijadikan pelengkap diri..Cukuplah andai kita bersamanya kita dapat rasakan kesempurnaan diri kita. sesungguhnya tiada yang sesempurna ALlah... ;-).






........................................................................................................

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ...yang kamu pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"


love this ' ' v 

No comments: