Wednesday, September 1, 2010

...kenapa saya tak nak kapel? atau nama saintifik, kenapa kapel itu HARAM!!!...

Saya bukan orang yang baik, namun sometime baik juga lah..hehehe
kenapa sampai sekarang takda kapel? hehehe... tengok rupa dah tau kenapa..tapi deep inside my heart saya ada alasan saya sendiri. dan alasan itu sememangnya kukuh. Secara peribadi, saya tak halang orang-orang yang saya sayang nak berkapel kerna itu peribadi mereka dan saya sama sekali tiada hak dalam mencampuri urusan peribadi mereka. Tapi pabila saya fikir balik, sayang jugak apabila orang yang tak sepatutnya atau orang yang bukan selayaknya (kalau kapel tu tak sampai ke jinjang pelamin dengan cara yang sah lagi elok) memiliki apa yang sepatutnya suami kita miliki. padahal semua perasaan cinta kita dan rasa kasih seumpama itu milik sah dan sahih suami kita. CINTA pada ALLAH cinta yang abadi. Apa yang saya maksudkan disini adalah Cinta pada hambaNya juga. 

Sahabat2 yang saya sayangi... n for those who read this....

Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.....

baca hadis ni...Ya Allah terjawab persoalan yang telah lama terpendam jauh didalam lubuk hati...mengenai padahal zina ..WALAU ZINA HATI beza cinta halal dan haram..YANG HARAM ITU MERESAHKAN..YANG HALAL ITU NIKMAT....bukti dah banyak..mula dari pandangan dan jika tak dicegah..anggota lain akan menurut..sedangkan iman terpenjara...bila mata dah jatuh hati kerana tidak dicegah memandang yang haram...malu terbuang..jadi zina hati diangkat sedikit statusnya..dengan perkataan" kami jaga batas"..kuatnya iman ....sampai menidakkan apa yang terukir didalam ayat al-quranFirman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".Surah An-Nur(24) ayat 31: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,..."....dari pada ayat ni dah jelas zina bermula dari pandangan mata kemudian turun ke hati...hati merajai tubuh badan ..jika baik dia kita jaga maka baiklah perlakuan kita..jika hati dah dijangkiti virus cinta apatah lagi pada yang bukan halal....jika tak dirawat..cinta akan bertukar menjadi kepuasan nafsu semata..lalu kemana cinta suci yang diagungkan pada kekasih yang bukan halal bersaksikan bulan dan bintang?..benar bulan bintang akan menjadi saksi pada kemungkaran yang dilakukan...tika hari pembicaraan sesudah dibangkitkan....dalam satu blog menyatakan tentang sifat orang2 yang bercinta walau pun tahu cinta itu tidak halal tanpa ikatan nikah bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.dan kisah couple islamik yang membuatkan ramai tertipu lakonan wara' mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara', miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka. Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

"Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu" antara alasan yang pernah diberikan wah kalau begitu kena kenal sehingga tahap dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

..maka bila dah terlalu kenalhingga sebelum ijab dan Qabul, tanpa perantaraan...tak terasa hilangkah nikmat menikmati cinta halal umpama nikah itu cuma pengumuman..bahawa mereka sudah halal sedangkan dah pun dihalalkan ikatan dengan perbuatan yang haram tapi kerana turutkan nafsu..

nikah itu ibadah...umpama mendirikan masjid...jika bahan binaan terbina dari sesuatu yang tidak berkualiti sampai bila terjaminnya keutuhan?Ya ada yang tidak bercinta sebelum nikah bercerai tapi jika dibandingkan dengan yang bercinta dulu baru menikah peratus manakah yang lebih tinggi?....dimana hilangnya identiti islam yang selama ini kita bawa dan jelas menjaga dan menitik beratkan hubungan antara lelaki dan perempuan .jika ingin bahagia ikut syariat .jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin...jika hati dah terlanjur sangkut cepatkan nikahnya..insyaallah boleh pelihara diri dari zina....

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin

"Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah"

ameen..

kasih sayang, cinta itu suci jangan dicabuli

"Kalau bukan kerana limpahan naluri KASIH SAYANG Allah Taala semai di setiap hati ibu bapa, mungkin tiada ibu mahupun bapa yang sudi menjaga, menyusu, membesar dan mendidik anak-anak mereka. Maka cukuplah sekadar melahirkan dan akhirnya ke tong sampah, ke tangga masjid, ke kaki lima bangunan... seperti dilema yang dihadapi oleh IBU MUDA yang menjadi bidan tidak bertauliah hiba menimang cahaya mata tanpa suami 'sah' di sisi agama..."

semoga jadi peringatan buat diriku juga mereka yang sudi membaca..

wallahualam

No comments: