Wednesday, September 1, 2010

kita bunga atau permata?

Saya petik artikel ini dari kawan yang hantar kat satu sumber.. InsYaAllah kita ambil prinsip ABC..
 A- Ambil yang Jernih 
B- Buang yang keruh 
C- Ciptakan yang baru ..

Nice prisip!!!

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh...
Apa kabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana Hati dan Iman hari ini...
Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita dan membantu kita untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini, Insya Allah...
Insya Allah Allahuma Amiin


note http://www.facebook.com/note.php?saved&&note_id=455091024602


╔♫═╗╔╗ _♥ ♥ ♥ ♥_
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝


Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: "Adakah anda bunga atau mutiara?" Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali 'Imran ayat 102):

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."


Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31)

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


"...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka..."


FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36)

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ


"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka."

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah "aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku."

Renungan

Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri, "Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah." Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.

Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:


1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?


Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya."
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Malu dan iman adalah beriringan."
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31), "... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka..."

Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik." Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: "Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: "Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka." (Riwayat al-Tirmizi)



Semoga apa yang kita peroleh mendapat Keberkahan dan Rahmat dari Allah.. amiin...



================
Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas or tag
semuanya milik bersama dan semoga bisa bermanfaat

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru



Salam Da'wah wa Salam Ukhuwah
Keep Istiqomah wa HAMASAH

^_senyum_^

.. Doaku..

Bismilla hirohmanirrohim…

Segala puji bagi Allah yg mentadbir sekalian Alam ini..selawat salam buat junjungn baginda Nabi saw, keluarga ,sahabat handai dan seluruh umat islam..

Ya Allah…
Ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami dan dosa seluruh umat islam…
Dosa yg kami zahirkan mahupun dosa yang kami sembunyikan… dosa saudara kami yg telah meninggal mahupun masih hidup..sesungguhnya Ya Allah engkau maha mengetahui..oleh itu ampunilah dosa2 kami ya Allah…

Ya Allah…
Semperna 10 terakhir bulan ramadhan kami memanjat kesyukuran padaMu Ya Allah kerana kami masih lagi hidup dan bisa menikmati bulan yang penuh barokah ini… oleh itu Ya Allah pertemukan kami dengan malam yang diimpikan oleh setiap ummat islam iaitu malam lailatulqadar…sesungguhnya Ya Allah, kami manusia yg hina lagi daif…

Ya Allah…
Kurniakan lah kami darjat wanita solehah dan lelaki soleh ya Allah, kuatkanlah iman kami Ya Allah, perkuhkanlah iman kami ya Allah, tetapkan iman kami… sesungguhnya ya Allah engkau mengetahui apa yg baik untuk kami…engkau kurniakanlah nur hidayahMU sebagai penentu arah hidup kami...jadilah kami anak soleh dan solehah…kurniakan kami ilmu yg bermanfaat… panjangkanlah umur kami dalam ketaatan padaMU Y a Allah ya Rohman Ya rohim…

Ya Allah..
Ada antara sahabat kami ini sedang sakit, maka engkau sembuhkanlah ia Ya Allah, ada sahabat kami ini sedang menghadapi masalah yg sukar, maka engkau permudahkan segala masalahnya Ya Allah…, sesungguhnya engkau tidak akan memberi cubaan yg berat melebihi kemampuan ummatMu.. sekiranya ada sahabat kami yg berdosa, maka engkau ampunkahlah ia yaAllah…

Ya Allah..
Jadilah keluarga kami keluarga sakinah serta adik2 kakak2 abang2 kami menjadi anak soleh dan solehah… keluarga yang saling sayang menyangi antara satu sma lain… kuatkanlah ikatan antara kami sekeluarga Ya Allah… semoga keluarga kami bisa menjadi contoh buat masyarakat..

Ya Allah..
Engkau bantulah ummat islam yg sedang berperang Ya Rohman… berilah kejayan buat mereka ya Allah..engkau jadikanlah ummat islam petunjuk kepada ummat agama lainnya…engkau satukanlah hati2 ummat islam yaAllah… sesungguhnya islam adalah agama yg diredhai engkau…

Ya Allah…
Sesunggunya ak malu untuk meminta padaMu lagi… terkadang ak tidak bersyukur dgn apa yg telah engaku kurniakan padaku… subahanallah..jadilah kami hamba2MU yg bersyukur..

Amin ya robbal alamin..

...kenapa saya tak nak kapel? atau nama saintifik, kenapa kapel itu HARAM!!!...

Saya bukan orang yang baik, namun sometime baik juga lah..hehehe
kenapa sampai sekarang takda kapel? hehehe... tengok rupa dah tau kenapa..tapi deep inside my heart saya ada alasan saya sendiri. dan alasan itu sememangnya kukuh. Secara peribadi, saya tak halang orang-orang yang saya sayang nak berkapel kerna itu peribadi mereka dan saya sama sekali tiada hak dalam mencampuri urusan peribadi mereka. Tapi pabila saya fikir balik, sayang jugak apabila orang yang tak sepatutnya atau orang yang bukan selayaknya (kalau kapel tu tak sampai ke jinjang pelamin dengan cara yang sah lagi elok) memiliki apa yang sepatutnya suami kita miliki. padahal semua perasaan cinta kita dan rasa kasih seumpama itu milik sah dan sahih suami kita. CINTA pada ALLAH cinta yang abadi. Apa yang saya maksudkan disini adalah Cinta pada hambaNya juga. 

Sahabat2 yang saya sayangi... n for those who read this....

Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.....

baca hadis ni...Ya Allah terjawab persoalan yang telah lama terpendam jauh didalam lubuk hati...mengenai padahal zina ..WALAU ZINA HATI beza cinta halal dan haram..YANG HARAM ITU MERESAHKAN..YANG HALAL ITU NIKMAT....bukti dah banyak..mula dari pandangan dan jika tak dicegah..anggota lain akan menurut..sedangkan iman terpenjara...bila mata dah jatuh hati kerana tidak dicegah memandang yang haram...malu terbuang..jadi zina hati diangkat sedikit statusnya..dengan perkataan" kami jaga batas"..kuatnya iman ....sampai menidakkan apa yang terukir didalam ayat al-quranFirman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".Surah An-Nur(24) ayat 31: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,..."....dari pada ayat ni dah jelas zina bermula dari pandangan mata kemudian turun ke hati...hati merajai tubuh badan ..jika baik dia kita jaga maka baiklah perlakuan kita..jika hati dah dijangkiti virus cinta apatah lagi pada yang bukan halal....jika tak dirawat..cinta akan bertukar menjadi kepuasan nafsu semata..lalu kemana cinta suci yang diagungkan pada kekasih yang bukan halal bersaksikan bulan dan bintang?..benar bulan bintang akan menjadi saksi pada kemungkaran yang dilakukan...tika hari pembicaraan sesudah dibangkitkan....dalam satu blog menyatakan tentang sifat orang2 yang bercinta walau pun tahu cinta itu tidak halal tanpa ikatan nikah bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.dan kisah couple islamik yang membuatkan ramai tertipu lakonan wara' mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara', miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka. Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

"Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu" antara alasan yang pernah diberikan wah kalau begitu kena kenal sehingga tahap dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

..maka bila dah terlalu kenalhingga sebelum ijab dan Qabul, tanpa perantaraan...tak terasa hilangkah nikmat menikmati cinta halal umpama nikah itu cuma pengumuman..bahawa mereka sudah halal sedangkan dah pun dihalalkan ikatan dengan perbuatan yang haram tapi kerana turutkan nafsu..

nikah itu ibadah...umpama mendirikan masjid...jika bahan binaan terbina dari sesuatu yang tidak berkualiti sampai bila terjaminnya keutuhan?Ya ada yang tidak bercinta sebelum nikah bercerai tapi jika dibandingkan dengan yang bercinta dulu baru menikah peratus manakah yang lebih tinggi?....dimana hilangnya identiti islam yang selama ini kita bawa dan jelas menjaga dan menitik beratkan hubungan antara lelaki dan perempuan .jika ingin bahagia ikut syariat .jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin...jika hati dah terlanjur sangkut cepatkan nikahnya..insyaallah boleh pelihara diri dari zina....

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin

"Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah"

ameen..

kasih sayang, cinta itu suci jangan dicabuli

"Kalau bukan kerana limpahan naluri KASIH SAYANG Allah Taala semai di setiap hati ibu bapa, mungkin tiada ibu mahupun bapa yang sudi menjaga, menyusu, membesar dan mendidik anak-anak mereka. Maka cukuplah sekadar melahirkan dan akhirnya ke tong sampah, ke tangga masjid, ke kaki lima bangunan... seperti dilema yang dihadapi oleh IBU MUDA yang menjadi bidan tidak bertauliah hiba menimang cahaya mata tanpa suami 'sah' di sisi agama..."

semoga jadi peringatan buat diriku juga mereka yang sudi membaca..

wallahualam