Tuesday, May 11, 2010

...Hidup Kita Cuma Ada 3 Hari...



HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.



Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.



HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.



Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut Adalah pemberian Allah secara percuma Dan Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.



Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.



HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.



Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan

Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila

Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.



Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.

Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu

Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai

Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,

Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,

Tetapi tidak mempunyai boarding pass.



Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,

Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .

Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai

Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata

Setemnya akan dihantar kemudian.



Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.



Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur

Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara

Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya

Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali

Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .

Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan

Kita redha Dan Allah meredhai.



Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa

.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta

Di dalam rahmat Allah s.w.t.



Ni emel yang sahabat saya anta... Sementara saya ada masa mau kongsi...so saya kongsi buat semua..Khas untuk peringatan untuk diri saya sendiri dan sesiapa yang membacanya




No comments: