Tuesday, July 21, 2009

...setulus hati Aisya...PART 1

Jam di sisi katilnya sudah menunjukkan hampir pukul 7.50 pagi. Aishah terasa malas nak bangun. Kesejukkan pagi membuatkan dia lebih malas untuk bangun. Selimut di hujung katil segera ditarik menyelubungi tubuh yang rasanya sudah hampir ke tahap ais batu. Semalam awan menumpahkan air tanpa belas. Kesannya,sejuk hingga ke pagi ini.

“ Aishah,ooo cik Sha ,bangun!!!" Kedengaran suara serak-serak basah yang sumbang menjerit-jerit memanggil Aishah. Siapa lagi kalau bukan Aniza. Teman sebilik Aishah. Hanya Aishah, Aniza dan suria yang tinggal dalam bilik itu. Kelebihan mereka yang masing-masing berada dlam tingkatan enam membuatkan mereka ditempatkan di asrama yang istimewa. Setiap blok memiliki asrama yang hanya menempatkan tiga atau empat orang untuk setiap bilik. Apa yang paling menyeronokkan, bilik-bilik istimewa ini hanya untuk pelajar-pelajar tingkatan enam. Atas alasan keselesaan mereka untuk menelaah pelajaran.

“ Ya Allah, Sha bangun!!!!! “ pekikan suara Aniza kedengaran lagi. Aishah seperti mahu menutup telinganya. Sekali lagi selimutnya ditarik sehingga menenggelamkan dirinya yang sedia kecil.

" Ya Allah, tingginya frekuansi suara member aku ni..." Aishah mengumpat di dalam hati. Berbuat dosa pagi-pagi lagi. Aishah masih lagi telentang di katil umpama buaya lepas makan.

" aghh, malasnya nak bangun.." ujarnya sendirian.

" Malas,apa ko cakap? Ko malas nak bangun? Ko tahu tak pagi ni ko ada meeting dengan MPP berkenaan dengan kemasukan pelajar baru pagi ni? Ada Cikgu Mar turut serta kan? Kau tu setiausaha, jangan pulak buat-buat lupa! solat pun belum, bersiap pun belum. Sah lah kau lambat hari ni Sha." Tiba-tiba Suria, rakan biliknya yang lain bersuara. Aniza yang dari tadi menjerit sudah berada betul-betul dihadapannya. Bila masa minah ni terpacak kat sini? Aishah jadi kurang pasti.

Jam loceng ditunjukkan betul-betul dimuka Aishah. Jarum sudah menghampiri angka 8 pagi. Mesyuarat akan bermula jam 8.30 pagi.

" Ha, Ya Allah macam mana aku boleh lupa ni?" Aishah menjerit kecil. Niatnya untuk bersenang-lenang sempena hujung minggu kali ini terbantut secara tidak langsung. Segera dia bangkit dari katilnya. Bangkit dari mimpi-mimpi semalam. Tuala yang disidai dikerusi dicapainya pantas. Semua pergerakannya laju. Persis lipas kudung. Aishah terus bergegas ke tandas. Segera membersihkan diri dan mengambil wuduk. Mandi?? Tidak sama sekali..Huhuhu....Sejukkkkk.... Hanya ada berus gigi ditangannya. Alah, diaorang faham punya. Lagipun diaorang bukannya tahu aku mandi ke tak. Akal nakalnya ligat berfungsi. Senyuman nakalnya mula terukir. Gila! Aishah memang berani.

No comments: