Wednesday, July 29, 2009

H1N1 Punya pasal...

huhuhuhuhuhuhu'
dengan bangganya kami dikuarantin...
tapi yang sik bestnya kuliah jalan spt biasa...

Wednesday, July 22, 2009

dengan "kembar"


ada satu cerita menarik...Menarik ke??hehehe
ada pekerja library yang disamakan dengan aku..
dalam erti kata lain ya kembar aku kat sitok...
hohoho..
sapa2 yang tengok photo tok pastok..komen owh...
TQ

..ni gamba ramai2 plak...


ha ni bergambar beramai2...
ada lagi jap erk...

..wif shawn, Melissa n Kyle..



masa ni aku bergambar 3 wakil dari university tu...Nak tau?budak kecik kat depan tu umur dia baru 12 tahun..Menariknya dia dengan berani menyatakan pendapat!
kan best kalau kami punya course pun ada link luar negara. Sebab Pemulihan pun berasal dari luar negara...

Tuesday, July 21, 2009

...setulus hati Aisya...PART 1

Jam di sisi katilnya sudah menunjukkan hampir pukul 7.50 pagi. Aishah terasa malas nak bangun. Kesejukkan pagi membuatkan dia lebih malas untuk bangun. Selimut di hujung katil segera ditarik menyelubungi tubuh yang rasanya sudah hampir ke tahap ais batu. Semalam awan menumpahkan air tanpa belas. Kesannya,sejuk hingga ke pagi ini.

“ Aishah,ooo cik Sha ,bangun!!!" Kedengaran suara serak-serak basah yang sumbang menjerit-jerit memanggil Aishah. Siapa lagi kalau bukan Aniza. Teman sebilik Aishah. Hanya Aishah, Aniza dan suria yang tinggal dalam bilik itu. Kelebihan mereka yang masing-masing berada dlam tingkatan enam membuatkan mereka ditempatkan di asrama yang istimewa. Setiap blok memiliki asrama yang hanya menempatkan tiga atau empat orang untuk setiap bilik. Apa yang paling menyeronokkan, bilik-bilik istimewa ini hanya untuk pelajar-pelajar tingkatan enam. Atas alasan keselesaan mereka untuk menelaah pelajaran.

“ Ya Allah, Sha bangun!!!!! “ pekikan suara Aniza kedengaran lagi. Aishah seperti mahu menutup telinganya. Sekali lagi selimutnya ditarik sehingga menenggelamkan dirinya yang sedia kecil.

" Ya Allah, tingginya frekuansi suara member aku ni..." Aishah mengumpat di dalam hati. Berbuat dosa pagi-pagi lagi. Aishah masih lagi telentang di katil umpama buaya lepas makan.

" aghh, malasnya nak bangun.." ujarnya sendirian.

" Malas,apa ko cakap? Ko malas nak bangun? Ko tahu tak pagi ni ko ada meeting dengan MPP berkenaan dengan kemasukan pelajar baru pagi ni? Ada Cikgu Mar turut serta kan? Kau tu setiausaha, jangan pulak buat-buat lupa! solat pun belum, bersiap pun belum. Sah lah kau lambat hari ni Sha." Tiba-tiba Suria, rakan biliknya yang lain bersuara. Aniza yang dari tadi menjerit sudah berada betul-betul dihadapannya. Bila masa minah ni terpacak kat sini? Aishah jadi kurang pasti.

Jam loceng ditunjukkan betul-betul dimuka Aishah. Jarum sudah menghampiri angka 8 pagi. Mesyuarat akan bermula jam 8.30 pagi.

" Ha, Ya Allah macam mana aku boleh lupa ni?" Aishah menjerit kecil. Niatnya untuk bersenang-lenang sempena hujung minggu kali ini terbantut secara tidak langsung. Segera dia bangkit dari katilnya. Bangkit dari mimpi-mimpi semalam. Tuala yang disidai dikerusi dicapainya pantas. Semua pergerakannya laju. Persis lipas kudung. Aishah terus bergegas ke tandas. Segera membersihkan diri dan mengambil wuduk. Mandi?? Tidak sama sekali..Huhuhu....Sejukkkkk.... Hanya ada berus gigi ditangannya. Alah, diaorang faham punya. Lagipun diaorang bukannya tahu aku mandi ke tak. Akal nakalnya ligat berfungsi. Senyuman nakalnya mula terukir. Gila! Aishah memang berani.

...university of South Florida....

......salam.......

ari tok mek orang bok kak habis ceramah dengan orang luar...
student n cikgu2 dari University of South Florida..
alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,
InsyaAllah mun dah semua sattle, lak ku upload gambar..
hehehe

Monday, July 20, 2009

....rindu...

wajah itu...
menggamit seketik hatiku...
membawa diriku mengharungi satu daerah yang berbeda...
daerah yang bernama hati..
kepiluan dan kesedihan sebagai penghuni,...
wajah itu...
wajah yang sudah lama aku tak tatap..
wajah yang selalu membelenggu jiwaku ini..
wajah yang selalu aku rindu,...
pemilik wajah itu,
aku harapkannya selalu bersamaku..
aku harapkannya selalu disampingku...
namun, apa dayaku..
Allah pemilik ratu hatiku...
Allah menjemput dirinya terlebih dahulu...
Allah menjemputya sebelum impiannya ku tunaikan...
saat Hati dan diri ini masih memerlukan...
saat hati dan diri ini masih belum rela membiarkan..
saat hati dan diri ini masih ingin dimanjakan..
kini..
hati dan diri ini sudah bisa menerima hakikat..
bahawa Allah lebih menyanyanginya...
terima kasih kerana melahirkan...
terima kasih kerana mendewasakan..
terima kasih atas segalanya..
damailah engkau disana..
bersama orang2 yang bertaqwa..
Al-Fatihah...buat bonda tercinta...

............alhamdulillah............

salam...
alhamdulillah...
dapat lah u coretkan seluruh rasa n jiwa ku kat ctok...
best gik kelaka sarawak nak?
erm..
banyak yang aku mok post sebenarnya, tapi yan lucunya ku bok tauk cara...
hahaha
nasib da anak Pak Man tolong ngaja...
k anyway, aku akan mulakan diari aku dengan senyuman..hikhikhik..