Thursday, April 30, 2015

:: Motivasi diri :: jadilah wanita bahagia :: Part 1

Assalamualaikum...

blog kesayangan hamba...

hari ini saya berminat untuk kongsikan sesuatu yang kadangkala sebagai wanita kita terlepas pandang akan perkara ini. 

Hari ini kita mendengar pelbagai isu berkaitan rumahtangga. 

yang bahagia. alhamdulillah.

yang kurang, didoakan menemui redha ilahi. 

ok back to the topik...

dalam rumahtangga. suami dan isteri punya tangungjawab yang hampir sama. cuma lelaki ofkos punya lebih berat dan banyak. tahu kenapa? kerana sah2 dosa isteri pun akan ditangung oleh suami. 

memilih suami samalah ertinya kita sendiri harus menyediakan diri menjadi isteri yang baik untuk seseorang yakni bakal suami kita nanti. 

saya petik petikan ini dari blog 

http://apeciter.com/2015/04/09/pesan-rasulullahjangan-kahwini-6-jenis-wanita-ini/ 

boleh g link kat atas tu untuk info yang lebih menarik. ^__^

jom baca :


wanita-solehah.jpg
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah.
1.Wanita Ananah :
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
::::::   hari ini tanpa sedar,kita sebagai wanita banyak terlepas pandang akan perkara ini. nampak ringan. nampak kesedaran ada di situ. namun sejauh mana kita berusaha untuk mengelak. menghindari daripada terjebak. Ya Allah janganlah kau jadikan aku wanita yang Ananah. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmatMu. 
2.Wanita Mananah :
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
Yup hari ini perkara ini paling banyak berlaku. kerana banyank wanita yang pelajarannya lebih tinggi berbanding suami. tak semua. tapi kebanyakkan. Ya Allah janganlah kau jadikan aku wanita yang Mananah. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmatMu. 

3.Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
marilah kita elakkan perkara ini berlaku ke atas kita. sudah ada yang dihadapan mata. tetapi menginginkan yang lain pula. Ya Allah janganlah kau jadikan aku wanita yang Hananah. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmatMu. 
4.Wanita Hadaqah :
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Sunday, November 9, 2014

9.11.14

bismillahirrahmanirrahim... 

alhamdulillah, debu sik debu blog tok ya belakang kira.  bukan baru ada kesempatan, tapi terlebih telan vitamin M, jadi hasilnya blog k diat ngan mata jak. 

Mimi dah update blog,
Dayang pun ada update, 
Latest Liza update.
so i think this time is my turn..

banyak perubahan dalam 2 tahun tok. 
mengembirakan opkos and sikkan dapat tinggal beberapa perkara yang kurang menyenangkan. 
yang gembira, in Sha Allah akan dikongsi selagi mampu. yang sebaliknya, biarlah rahsia. ^___^

Ok. cne nak start tok. 

saya masih lagi berkhidmad di SK Sungai Duan. So far saya ok di sini. macam yang pernah saya katakan, Sekolah Cantik, In Sha Allah orang2nya pun baik. 
banyak perkara yang dapat saya belajar di sitok. 
Pelbagai kaedah pembelajaran di Praktikkan. 
Pemerhatian, Individu, Kerja Kursus dan sik ketinggalan kaedah Projek ^__^.. hahah Mengarut sangat!. 

Masih lagi menjadi Guru Pemulihan dan ada hati nak sambung Master dalam bidang pendidikan Pemulihan. Kenapa? sebab sik rame kawan2 yang sama kelas dolok ngaja pemulihan. Aku? Alhamdulillah, Degree in Pemulihan, Ngaja Pemulihan di Kelas Pemulihan dan In Sha Allah Nak sambung ambik Master Pemulihan. Jangan masuk pusat pemulihan sudah!. macam sik menarik jak hidup aku tok.. hahahah.. 

Ok lets go apa yang menarik?

Alhamdulillah, ramai kawan2 yang bertemu jodoh. Tahniah. Semoga bercinta sampai ke Jannah! 

Suhana : bahagia dengan Encik Topeq Q dan Topeq Junior Haziq!. Saya doakan haziq dapat adik (Qaseh). 

Win : In Sha Allah bakal bertiga dengan Encik Padhil, dan Sollahuddin al Ahyubi!

Farah : Alhamdulillah kahwen dah dengan pilihan hati, Adli Aziz. n guess what? She's Pregnant!!! alhamdulillah. 

Sharmimi : Cik Tunangan orang. Bakal jadi isteri orang soon! congrat buddies! semoga bahagia sampai akhirat! 

Liza : Same with mimi, bezanya tak bertunang lagi. In Sha Allah bakal jadi isteri orang next year! Congrat!! >_<

Yang lain? i guess still in progress. Semoga Atol, Dayang dan Naimah bertemu jodoh yang baik secepatnya! dan semoga saya berjumpa Fahrin Ahmad tak lama lagi., hihihihhi

Yang dah kahwen, Semoga berkekalan hingga Syurga,. Apa2 dugaan dalam rumahtangga itu asam garam rumah tangga. Selagi mana boleh dipertahankan, bertahanlah. Selagi mana boleh diperbaiki yang kurang, renovetlah. 

Yang masih in progress. Teruskan mencari cintamu selepas Allah dan rasul. Semoga kita bertemu yang setimpal, yang boleh memahami, yang boleh membimbing dan yang pasti yang akan menjaga, mencinta hingga hujung nyawa. ^_^


Entah kenak, sebak plak rasa. Lepas tok, masing-masing akan teruskan kehidupan masing2. Semoga ukhwah akan terus kukuh dan semoga kasih sayang ini akan terus berkekalan kerana Allah.

detik tak kan pernah mundur,
namun kertas putih akan selalu ada,
waktu mana mungkin akan mengundur dan sudah pasti hari tidak akan pernah berulang,
tetapi masa depan akan sellau menawarkan kisah hidup yang lebih menarik dan bererti untuk menjawab semua persoalan dan pertanyaan yang masih tidak terjawab.

LOVE... LIFE... 

amin..






Saturday, June 21, 2014

:: Tak sabar nak puasa ::

Assalamualaikum ya ahli kuburrr jaddid.. 

hehehehe.. 

tak lama lagi nak puasa.. 
TAK SABAR!! 

pengalaman bepuasa kali kedua jauh dari keluarga... 

Ya Allah semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang memberikan lebih 1001 kebaikan kepadaku, keluargaku, sahabat2ku dan seluruh umat islam. 

Bulan puasa bulan rehat dari seksa kubur.. 

Al fatihah untuk Arwah Mak dan Abang. 
dan seluruh umat islam yang telah kembali kepada penciptaNya.  

Sunday, January 12, 2014

.. QUICK UPDATE..

Bismillahirrahmanirrahim.. 
assalamualaikum~ 
salam sejahtera.. 
sangat lamak dah sik update.. 
nak kata buzi gilak sik juak lah, tapi masa yang ada i mean masa terluang sik macam dolok..
dolok bleh gik jengok2 FB, Blog.. 
kinek ada masa terluang jengok FAIL PPGB, jengok buku RPH, jengok BBM, jengok kelas.. 
hurm.. i just can say.. it is tanggungjawab! 
yes tanggungjawab!
untuk diri, untuk murid2, untuk sekolah, untuk pendidikan, untuk agama, untuk keluarga untuk negara dan paling penting untk masa depa yang lebih diberkati.  
today topik : quick update bout me

diri 
# masih seperti dulu..
# berat belum turun secara konsistan.. hehehe
# macam makin bulat jak asa
# masih belum diSahkan dalam jawatan..
# dah bersuami.. alhamdulillah.. encik Myvi
# dah ishtiharkan harta dunia yang pertama dalam hidup : QAA 1223 H

karier 
# berkhidmat di SK Sungai Duan, Mukah
# ajar major : Pemulihan
dalam masa 2 tahun akan datang, hope boleh keluar dari sekolah tok dengan baik (sambung belajar)
# sayang kerjaya saya.. sayang profesion saya

sahabat
# masih lagi bersahabat baik dengan sahabat2 saya.. 
jarang jumpa, jarang contact tapi dalam hati dalam ingatan tetap terpahat- sori kepada yang berkecil hati 
# punya sahabat baru (fasa berkerjaya) di sini

keluarga
belum punya keluarga sendiri.. hehehe

love 
Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi, Berat rasanya ku dapatkan semua ^_^





sekian, terima kasih ^_^






Thursday, October 17, 2013

:: Wanita Pinang Lelaki ::

"sudi tak jadi suami saya" 

urm..
bunyi agak pelik.. tapi saya kira itu isu yang sering diperkatakan hari ini.. 
dan tidak mustahil ada yang menyatakan itu satu ungkapan yang memalukan..
tidak pernah dilakukan oleh nenek mOyang.. 
Mentaliti masyarakat kini menganggap wanita yang melamar lelaki dianggap suatu perkara yang agak memalukan. Namun hakikatnya ia bukanlah perkara yang kurang baik seperti yang perkatakan, tetapi ia tidak menjadi satu masalah selagi tidak melanggar syariat Islam.
Pujangga menyatakan "cinta takkan ada kalau kita tak memberi, dan cinta juga takkan ada kalau kita tak menerima"  

hari ini bila masyarakat mempersoalakan Perempuan meminang lelaki, samalah maksudnya dengan isu perigi mecari timba..
konOnnya sekiranya berlaku, jatuhlah martabat seorang wanita..  
namun kita mungkin tidak sedar, Ini bukan satu fenomena baru.. 
pada Zaman Rasulullah sebenarnya perkara ini sudah terjadi.. 

dan baginda melalui kedua-dua situasi..

1. Dipinang oleh isteri kesayangannya baginda.. Siti Khadijah

Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit ‘malu’ terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu
2. Baginda meminang Siti Aisyah..
perkara ini berlaku 2 dalam satu.. pihak perempuan meminang pihak lelaki dan pihak lelaki meminang pihak perempuan.Umar pernah melamar Usman untuk anaknya Siti Aisyah, namun Usman dengan rendah hati menolak pinangan. Tanpa kenal putus asa, Umar melamar Abu bakar. kerana dia mahu anaknya berama dengan orang yang baik2.. Abu Bakar juga menolaknya..dan tiba2 bilamana mendengarkan cerita tersebut, seorang lelaki Super tahu akan hal ini. Tanpa buang masa, Baginda meminang gadis itu untuk dirinya sendiri.. dan lelaki super itu adalah Rasulullah ^_^

JAdi siapa bilang wanita meminang lelaki itu satu perkara yang salah? 
mungkin agak janggal gayanya, tapi perkara ini bukan satu kesalahan.. 
"bukan satu kesalahan sehingga bOleh menjejaskan aQidah" Ustaz Salehudin Bin Hj Sabar (2010)
Melayukini.net - dalam mencari pasangan perlulah kita sentiasa berusaha. Biarlah tanggapan orang sama ada Perigi Mencari Timba mahupun Timba Mencari Perigi. Yang paling penting soal usaha dalam mencari jodoh. Andai diri kita rupawan, jangan jadikan ia sebagai modal dengan sekadar menunggu di tepian. Berenanglah ke tengah selagi mana kita mampu. Namun andai kita tidak rupawan, usahlah menganggap diri kekurangan. Namun bentuklah suatu modal iaitu jati diri agar diri kita mudah disenangi. Tidak semua orang memandang kepada rupawan, oleh itu sematkan dalam diri, tanamkan dalam diri, soal jodoh perlu kita usaha tanpa bertepuk dahi.

Carilah cinta itu selagi boleh mencari.. 
dan ingat dalam mencari jOdoh, pertimbangkan 4 perkara utama.. 
Agamanya, Rupa, Harta dan keturunan
InsyaAllah.. semOga berOleh restu ilahi dan sentiasa dibawah reDhanya.. 
Aminnn.. 

Friday, June 21, 2013

It seems just like yesterday

All the best in your future undertaking! :)
Thank you and sorry for everything!

"It seems just like yesterday,
We registered to be a trainee teacher,
It seems just like yesterday,
We just got to know each other.

It seems just like yesterday,
We shared moments together,
It seems just like yesterday,
We did our best to be better.

They said its time to say good bye,
But I don't want to bid farewell.
Instead I will say 'See you later',
Because goodbye is too mainstream."


Tuesday, June 4, 2013

: ~ Konvo ~ :

Haaaaacuuumm!!!
uhuk.. uhuk.. uhuk.. 

rasa nak beli bulu manok k buang debu.. hahahaa.. 
bismillahirrahmanirrahim.. 
assalamualaikum... 

alhamdulillah... rupa2nya setelah 2 bulan lebih bok lah blog tok di update.. 
belum pernah jadi.. hahaha salu nya every month pun saya update.. 

okay lets start!!

saya dah intrim di sekolah saya almost 3 month..
so far so good..
malah saya nak stay kat situ dalam 2-3 tahun.. 
cikgu2nya okay~ itu saya suka..
n saya harap selama saya ada sia.. orang2 yang saya senang akan masih ada sia.. hehehe
dak nya bait3.. 
anak2 murid saya pun swit..
even saya jaga 2 orang OKU but still saya happy ngan daknya.. hehehe

baru2 tok, alhamdulillah saya dah konvo..
berkesempatan untuk menghadiri konvokesyen kali ke 3 ya.. 

malas nak madah papa jom layan gamba jak o ^_^
















Friday, March 29, 2013

:: First Posting ::

bismillahirranhmanirrahim.. 

alhamdulillah saya sudah pun mendaftar ke sekolah yang telah ditakdirkan untuk saya.
walaupun sekadar status intrim (program baru lepasan guru) namun penantian itu satu perkara yang kadangkala akan membahagiakan kita. dalam situasi saya, YA saya GEMBIRA. sebab apa, sebab saya tidak lagi menyandang status penganggur. 
then ini aalah rezeki yang telah Allah suratkan untuk saya 

:: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUAN (SKSD) ::

sebuah sekolah pedalaman yang berada di pinggir bahagian Mukah. sarawak. 
so secara tidak langsung saya adalah Pendidik Bumi Kenyalang!! >_<

teruja, gembira, sedih, semua perasaan bercampur baur. 

so jom, mari lihat sekolah dia macammana. 

Tadaa... bak kata Guru besar

"Istana dalam hutan!"






opkos my dad my hero!! hehehe






datang ke soklah no jangan nak guna kreta lowed! sebab jalan dia "cantekkkkk" 


hehehe so 
doakan saya baik2 aja..
adik2.. jangan takut dengar nama sekolah ni..

sekolah ni cantek!
in sha Allah orang2nya pun baik!!